Autonomous Rapid Transit (ART) di Sarawak Menjelang 2025

Menjelang 2025, Sarawak bakal mempunyai Autonomous rail transit (ART) mereka sendiri bag menghubungkan Kuching dengan beberapa bandar utama di Sarawak.

Dengan keluasan negeri dan kekayaan sumb negeri yang dimiliki oleh negeri Sarawak, projek seperti ini sepatutnya sudah lama dimulakan.

Projek ini dirancang untuk mempertingkatkan jaringan perhubungan antara Kuching, Samarahandan Serian.

Pembinanan kemudahan ART di Sarawak ini telah dibuat bagi menggantikan idea asal pembinan LRT sebelum ini.

Mengapa ART?

Pembinaan LRT dijangka menelan belanja RM10.8 bilion namun pembinaan ART dijangka menelan belanja hanya satu pertiga sahaja daripada kos LRT.

Ketika pengumuman awal beberapa tahun lalu, kerajaan negeri telah mengumumkan pembinaan kemudahan LRT sebagai sebahagian daripada projkek KUTS.

Selain itu, ART kelak juga bakal dikuasakan oleh gas hidrogen, menggantikan tenaga elektrik seperti yang diumumkan sebelum itu.

ART merupakan konsep kereta api elektrik, gabungan antara bas, kereta api dan tram dan mampu membawa sehinga 300 orang pada satu-satu masa.

Kuching Urban Transportation System (KUTS)

sarawak ART

Pembinaan ART ini merupakan sebahagian daripada projek Kuching Urban Transportation System (KUTS) oleh keraja negeri Sarawak sendiri.

KUTS akan diuruskan dan dirancang oleh Sarawak Metro.

Selain ART, KUTS turut akan mempertingkatkan hubungan antara bandar-bandar di Sarawak dengan pembinaan jaringan bas awam.

Syarikat Sarawak Metro telah dilantik oleh kerajaan negeri Sarawak untuk mentransformasikan jaringan perhubungan jalan raya di bandar-bandar uama di Sarawak.

Sarawak Metro merupakan anak syarikat Sarawak Economic Development Corporation (SEDC) dan akan menjadi aset dan pemilik projek KUTS ini.

Laluan ART

Laman web Sarawak Metro telah memaparkan pelan rancangan mereka untuk laluan ART.

Pada Julai 2022, pihak Sarawak Metro telah mengumumkan laluan baru untuk projek ART ini.

ART akan mempunyai 3 laluan utama berwarna merah, biru dan hijau.

Fasa pertama ini bakal mempunyai 31 stesyen dan 2 stesyen pertukaran seperti yang berikut:

  • SR5 Kuching Sentral
  • SR6 Kuching International Airport
  • SR7 Pelita Height
  • SR8 Tun Jugah
  • SR9 VivaCity
  • SR10 Jalan Tun Razak
  • SR11 Pending
  • DM1 Darul hana
  • DM2 Wisma bapa Mmalaysia
  • DM3 Menara Pelita
  • DM4 Stadium
  • DM5 Yayasan Sarawak
  • DM6 Bandar Baru Samariang
  • DM7 Sg Batu
  • DM8 Santubong
  • DM9 Damai Central
  • SM0 Rembus
  • SM1 Summer Mall
  • SM2 Aiman Mall
  • SM3 SALCRA
  • SM4 UNIMAS
  • SM5 Sarawak Heart Centre
  • SM6 Riveria
  • SM7 Stutong
  • SM8 e-Mart
  • SM9 Wisma Wan
  • SM10 The Spring
  • SM12 Batu Lintang
  • SM13 Sarawak General Hospital
  • SM14 Hikmah Exchange

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!