SAPS Ibu Bapa: Login / Semak Keputusan Peperiksaan 2022
SAPS Ibu Bapa atau sistem analisis peperiksaan sekolah diperkenalkan untuk memudahkan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan anak-anak secara online.
Selain itu, SAPS juga digunakan di dalam peperiksaan percubaan seperti Peperiksaan Percubaan SPM.
Sistem ini juga bertujuan sebagai pelengkap toolkit pembangunan sekolah (SIT).
Semua guru mata pelajaran dan guru kelas wajib markah ujian bulanan dan ujian akhir tahun (termasuk ujian percubaan) ke dalam sistem SAPS.
Cara Semakan Keputusan Peperiksaan Melalui SAPS Ibu Bapa
Ibu bapa hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan pelajar atau sijil lahir. Kemudian pilih sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah sebelum klik button semak.
Berikut kami kongsikan gred pemarkahan sekolah rendah dan menengah.
Gred Sekolah Rendah
- 80-100 Gred A Cemerlang
- 65-79 Gred B Baik
- 50-64 Gred C Memuaskan
- 40-49 Gred D Mencapai Tahap Minimum
- 0-39 Gred E Belum Mencapai Tahap Minimum
- TH Tidak Hadir
Gred Sekolah Menengah
- 85-100 Gred A Cemerlang
- 70-84 Gred B Kepujian
- 60-69 Gred C Baik
- 50-59 Gred D Memuaskan
- 40-49 Gred E Mencapai Tahap Minimum
- 0-39 Gred F Belum Mencapai Tahap Minimum
- TH Tidak Hadir
Gred Menengah Atas
- 90-100 Gred A+ Cemerlang Tertinggi
- 80-89 Gred A Cemerlang Tinggi
- 70-79 Gred A- Cemerlang
- 65-69 Gred B+ Kepujian Tertinggi
- 60-64 Gred B Kepujian Tinggi
- 55-59 Gred C+ Kepujian Atas
- 50-54 Gred C Kepujian
- 45-49 Gred D Lulus Atas
- 40-44 Gred E Lulus
- 0-39 Gred G Gagal
- TH Tidak Hadir
Semakan SAPS Ibu Bapa boleh dibuat di laman web https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
- Sila login ke alamat berikut www.sapsnkra.moe.gov.my
- Pilih butang SEMAKAN IBUBAPA
- Masukkan No. Kad Pengenalan pelajar
- Kemudian pilih Sekolah Menengah dan Tahun peperiksaan yang perlu (Contoh : 123456789101, Sekolah Menengah, 2012)
- Kemudian klik SEMAK LAPORAN
- Pilih jenis Keputusan Peperiksaan yang ingin diperolehi (Contoh : PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN Kemudian pilih sama ada Papar Slip Keputusan / Papar Markah Peperiksaan)
Takwim Kemasukan Markah Peperiksaan 2022
Di bawah pula merupakan takwim yang digunakan untuk memasukkan markah peperiksaan 2022 ke dalam sistem SAPS Ibu Bapa.
Jadi berpandukan takwim ini, ibu bapa boleh membuat semakan SAPS mengikut jadual yang disediakan tahun ini.
Antara maklumat yang dikongsikan adalah jenis peperiksaan, tahun/tingkatan dan tarikh mula serta akhir masuk markah. Tarikh kemasukan markah SAPS sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia adalah seperti berikut:
- Ujian Awal Tahun
- Tahun 6/Tingkatan 5:
- Peperiksaan Pertengahan Tahun
- Tahun 6/Tingkatan 5:
- Peperiksaan Percubaan
- Tahun 6:
- Tingkatan 5:
- Peperiksaan Akhir Tahun
- Tahun 5/Tingkatan 4: –
KEPUTUSAN DAN JENIS PEPERIKSAAN YANG BOLEH DISEMAK
Berikut adalah keputusan dan jenis peperiksaan yang boleh disemak melalui sistem SAPS iaitu :
- Keputusan Sekolah Menengah:
- Tingkatan 1 – 5
- Keputusan Sekolah Rendah:
- Darjah 1 – 6
Jika anda perlukan bantuan berkaitan sistem SAPS, anda boleh hubungi pihak sekolah atau download manual penggunaan SAPS di sini.
Login SAPS NKRA Ibu Bapa
Sekiranya ibu bapa menghadapi masalah seperti nombor kad pengenalan pelajar tidak dapat akses SAPS, sila rujuk maklumat di bawah.
Ibu bapa perlu menghubungi guru kelas (GK) anak mereka bagi memaklumkan masalah tersebut.
GK hendaklah menyemak nombor KP dengan dokumen sokongan (KP/sijil lahir).
Jika disahkan salah, GK perlu mengemaskini pelajar berkenaan di APDM dan melaporkan masalah ini kepada SUP sekolah.
SUP dikehendaki mengemaskini nombor KP pelajar tersebut di SAPS dengan cara seperti berikut:
Begitu juga jika ejaan nama pelajar salah dalam sistem SAPS, ibu bapa perlu menghubungi guru kelas untuk memaklumkan hal tersebut.
Baca juga:
- Cara Scan Dokumen Guna Telefon Bimbit Android dan iOS
- Permohonan Bantuan Kuarantin NADMA RM100/Hari, Maksimum 14 Hari
Semakan Keputusan Peperiksaan SPM 2021
Untuk peperiksaan SPM, calon boleh membuat semakan melalui kaedah berikut:
KAEDAH 1 : SEMAKAN DI SEKOLAH
Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada 16 Jun 2022.
Bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dihantar melalui pos pada 16 Jun 2022.
KAEDAH 2 : SEMAKAN ONLINE
Semak secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2021 mulai
pukul 10.00 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada 24 Jun 2022; dan/atau
KAEDAH 3 : SEMAKAN SMS
Semak secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan SPM 2021 dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.
Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada 22 Jun 2022.
Maklumat Lanjut / Soalan Lazim SAPS 2022
Berikut antara isu yang terjadi ketika proses log in ke dalam sistem analisis peperiksaan sekolah 2022.
A: Masalah ini terjadi disebabkan pengguna terlupa ID atau kata laluan sebenar. Kesilapan huruf besar/kecil bagi ID atau kata laluan juga menyebabkan pengguna tidak boleh login ke dalam sistem. Untuk selesaikan masalah ini sila hubungi HELPDESK.
A: Hanya Guru Kelas / Guru Matapelajaran sahaja boleh menukar ID atau password pengguna dengan melakukan langkah-langkah seperti di bawah: