Tawaran Rumah Sewa MAIS RM500 Di Shah Alam

MAIS TAWAR RUMAH SEWA SERENDAH RM500 DI SHAH ALAM

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menawarkan 30 unit rumah sewa di Seksyen 3 di sini untuk kakitangan kerajaan dan swasta.

Agensi itu memaklumkan kediaman tiga bilik dan dua bilik air di Wisma Mais itu ditawarkan kepada mereka yang berkeluarga sahaja serta mempunyai pendapatan isi rumah bawah RM5,000.

Sewa RM500 ditawarkan bagi mereka yang berkhidmat dalam sektor kerajaan manakala bagi sektor swasta nilai sewaan ialah RM600.

Antara kemudahan terdapat di bangunan ialah kawalan keselamatan 24 jam, sistem kamera litar tertutup, 220 kawasan parkir terbuka, surau dan perpustakaan wakaf serta ATM Bank Islam.

Selain itu, ia juga berdekatan dengan pelbagai restoran makanan dan kedai keperluan harian.

rumah sewa mais SHAH ALAM

Baca juga: ezHASiL: Panduan Isi e-Filing Cukai Pendapatan Untuk Kali Pertama

Syarat Permohonan Rumah Sewa MAIS 2022

ANDA MEMPUNYAI KRITERIA BERIKUT?

  • Berkeluarga
  • Mempunyai Pendapatan Isi Rumah Di Bawah RM5,000.00
  • Berkhidmat di Negeri Selangor

Kadar Sewa Bulanan

Pemohon yang memenuhi syarat di atas layak untuk menyewa kediaman MAIS dengan sewaan serendah RM500.00 (Sektor Awam) RM600.00 (Sektor Swasta).

Cara Permohonan

Mereka yang berminat dengan rumah berkeluasan 600 kaki persegi ini boleh mendapatkan borang permohonan sewaan di laman web www.mais.gov.my/sewaan/.

Spesifikasi Rumah Sewa MAIS Yang Ditawarkan

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menawarkan sewaan kediaman di Wisma MAIS, Seksyen 3, Shah Alam berkeluasan 600 kaki persegi (3 bilik +2 bilik air).

Baca juga: MySalam: Permohonan, Semakan Status & Tuntutan Kuarantin COVID19

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut boleh menghubungi saluran berikut:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!