Rumah Prihatin Johor (RPJ): Jenis, Kelayakan & Cara Memohon

rumah prihatin johor
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Rakyat di Negeri Johor yang berkelayakan amat dialu-alukan untuk membuat permohonan Rumah Prihatin Johor yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor menerusi pautan https://tinyurl.com/Borang PermohonanRPJ.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai rumah ini.

Mengenai Rumah Prihatin Johor

Rumah Prihatin Johor merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Johor dalam bentuk subsidi kos pembinaan rumah kepada golongan berpendapatan rendah khususnya di kawasan luar bandar.

Tujuan rumah ini disediakan adalah bagi meringankan beban rakyat serta memberi jaminan kediaman yang lebih terjamin kepada keluarga yang memerlukan.

Malah, ini bakal membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah pertama mereka dengan subsidi pembinaan sehingga RM30,000.

Jenis Rumah

Terdapat 2 jenis rumah ditawarkan adalah seperti berikut:

Pilihan 1Pilihan 2
HargaRM 86,000 (tidak termasuk kos penyambungan utiliti)RM 66,000 (tidak termasuk kos penyambungan utiliti)
Jumlah SubsidiRM30,000RM30,000
Jumlah Perlu Dibayar PesertaRM56,000RM36,000
Jumlah Bilik3 bilik, 2 bilik air2 bilik, 1 bilik air
Keluasan660 kps470 kps

Pemohon diingatkan bahawa tanah milikan tunggal atau pemilikan bersama atau tanah milik ibu bapa, milik adik-beradik kandung dan saudara mara dengan syarat perlu disertakan surat kebenaran daripada pemilik-pemilik tanah.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon adalah seperti berikut:

  1. Bujang/Berkahwin/Duda/Janda Pemohon dan pasangan mestilah Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon dan pasangan bertaraf Bumiputera
  3. Berumur 25 tahun ke atas.
  4. Pendapatan pemohon dan isi rumah tidak melebihi RM8,000.
  5. Pemohon dan pasangan tidak mempunyai pemilikan rumah dan merupakan rumah pertama.
  6. Kaedah Pembayaran Tunai atau Pembiayaan untuk membayar RM56,000 atau RM36,000 kepada PKPJ untuk membayar sebanyak RM56,000 atau RM36,000 kepada PKPJ.
  7. Pemohon tidak menerima atau kelulusan bina rumah dari mana-mana pihak seperti Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Pejabat Daerah, Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, ICU, Syarikat Perumahan Negara Berhad dan Jabatan Perdana Menteri.
  8. Keluasan tanah yang dibangunkan tidak kurang 1,000 kps dalam keadaan sesuai atau telah sedia untuk pembinaan.
  9. Kedudukan tapak adalah hampir dengan punca bekalan air dan elektrik serta bukan kawasan banjir. Sekiranya tiada punca bekalan air dan elektrik pemohon hendaklah bersetuju untuk menanggung semua kos pemasangan utiliti tersebut.
  10. Jika di atas tapak terdapat rumah yang sedang dalam pembinaan atau terbengkalai, permohonan tersebut akan ditolak dan tidak dipertimbangkan.
  11. Sokongan dan pengesahan daripada Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri Johor (ADUN) kawasan atau Jawatankuasa Khas Penyelaras DUN (JKPD) (Kerajaan).

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat melalui Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Jawatankuasa Khas Penyelaras DUN (JKPD) atau pejabat Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor dengan menggunakan Borang Permohonan.

Selain itu, permohonan juga boleh dibuat menerusi https://tinyurl.com/Borang PermohonanRPJ.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon Dan Pasangan
  • Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tapak
  • Akuan Sumpah Kebenaran Pemilik Tapak (Sekiranya Pemohon Bukan Pemilik Tapak)
  • Salinan Hak Milik Tapak
  • Pengesahan Pendapatan Pemohon dan Pasangan
  • Deklarasi Akujanji Kemampuan Bayaran RPJ Beserta Bukti

Sekatan Permohonan Berjaya

Bagi permohonan yang berjaya, kemasukan kaveat pendaftar oleh Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian Johor (PTGJ) atau Pentadbir Tanah Daerah akan dikenakan bagi tempoh 10 tahun.

Soalan Lazim

Jika pendapatan isi rumah saya sebanyak RM9,000, adakah saya boleh memohon?

Tidak. Pendapatan pemohon dan isi rumah mestilah tidak melebihi RM8,000.

Apakah syarat permohonan untuk memohon rumah ini?

– Bujang/Berkahwin/Duda/Janda Pemohon dan pasangan mestilah Warganegara Malaysia.
– Pemohon dan pasangan bertaraf Bumiputera
– Berumur 25 tahun ke atas.
– Pendapatan pemohon dan isi rumah tidak melebihi RM8,000.
– Pemohon dan pasangan tidak mempunyai pemilikan rumah dan merupakan rumah pertama.
Kaedah Pembayaran Tunai atau Pembiayaan untuk membayar RM56,000 atau RM36,000 kepada – PKPJ untuk membayar sebanyak RM56,000 atau RM36,000 kepada PKPJ.
-Pemohon tidak menerima atau kelulusan bina rumah dari mana-mana pihak seperti Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Pejabat Daerah, Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, ICU, Syarikat Perumahan Negara Berhad dan Jabatan Perdana Menteri.
– Keluasan tanah yang dibangunkan tidak kurang 1,000 kps dalam keadaan sesuai atau telah sedia untuk pembinaan.
– Kedudukan tapak adalah hampir dengan punca bekalan air dan elektrik serta bukan kawasan banjir. Sekiranya tiada punca bekalan air dan elektrik pemohon hendaklah bersetuju untuk menanggung semua kos pemasangan utiliti tersebut.
– Jika di atas tapak terdapat rumah yang sedang dalam pembinaan atau terbengkalai, permohonan tersebut akan ditolak dan tidak dipertimbangkan.
– Sokongan dan pengesahan daripada Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri Johor (ADUN) kawasan atau Jawatankuasa Khas Penyelaras DUN (JKPD) (Kerajaan).

Bagaimanakah cara untuk memohon rumah ini?

Permohon boleh membuat permohonan menerusi Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Jawatankuasa Khas Penyelaras DUN (JKPD) atau pejabat Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor dengan menggunakan Borang Permohonan atau secara atas talian menerusi pautan https://tinyurl.com/Borang PermohonanRPJ.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai rumah ini, sila layari Facebook Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor.

Baca juga: Perumahan Kasih Johor (2026) – Syarat Kelayakan & Cara Memohon

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut