Advertisements

Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan 2022

Advertisements

Kini dibuka: PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK NEGERI SEMBILAN 2022

Pada masa ini, rintihan masyarakat yang utama adalah kesukaran untuk memiliki rumah kerana peningkatan harga yang ketara.

Salah satu penyelesaian yang wajar adalah dengan mewujudkan perumahan mampu milik dalam setiap kawasan pembangunan perumahan.

Dasar Perumahan Negeri Sembilan menggariskan empat (4) perkara utama dalam Perumahan Mampu Milik iaitu

  • komponen pembangunan dan harga perumahan,
  • komposisi pembangunan perumahan,
  • keluasan dan saiz perumahan serta pemilikan dan
  • kuota bumiputera.

Baca juga: Rumah Selangorku: Permohonan & Semakan Status Kelulusan

rumah mampu milik negeri sembilan 2021

Terkini, Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan 2022 Type A dibuka untuk permohonan.

Permohonan dibuka kepada semua khususnya yang menetap di Negeri Sembilan dan memenuhi syarat-syarat seperti bawah.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan 2022 : Syarat & Borang Online

Permohonan Rumah Mampu Milik Type A Berharga RM80,000 di Taman Kirby, Mukim Labu, Daerah Seremban kini dibuka.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM3500 sebulan
  2. Pemohon adalah wajib mempunyai pendapatan tetap dan bekerja.
  3. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang menetap atau bekerja dalam daerah Seremban serta telah berkahwin.
  4. Keutamaan kepada pemohon yang BELUM memiliki rumah atau tanah.
  5. Permohonan yang tidak lengkap, maklumat yang tidak tepat, tidak disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berkaitan serta tidak mematuhi ketetapan akan ditolak.

Permohonan boleh dilakukan melalui pautan https://forms.gle/Zsh8g1HKnKuKsUdC7 atau melalui imbasan QR Code yang disediakan.

Pemohon yang berminat boleh mendapatkan maklumat berkenaan syarat permohonan dalam pautan yang disediakan.

Tarikh buka permohonan adalah pada 13 Jun 2022 (Isnin) dan permohonan akan ditutup pada 26 Jun 2022 (Ahad).

Untuk makluman, majlis pecah tanah bagi projek ini telah dilangsungkan pada 23 Mei lalu dan dijangka siap pada Februari 2024.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Facebook YAB Menteri Besar Negeri Sembilan di pautan INI :

https://www.facebook.com/dsaminuddinharun/posts/565692288251195

Leave a Comment