Cara Refund Duit Dalam Kad Touch N Go Secara Online

CARA REFUND TOUCH N GO ONLINE JIKA KAD ROSAK, EXPIRED ATAU HILANG

Tahukah anda, kad Touch ‘n Go anda mempunyai jangka hayat selama 10 tahun.

Selepas tarikh luput, kad tidak boleh digunakan dan anda harus tukar ganti kad baharu untuk terus menggunakan perkhidmatan Touch ‘n Go.

Jika anda masih mempunyai baki dalam kad yang telah luput, rosak atau hilang, anda boleh mendapatkan baki duit yang masih terdapat dalam kad tersebut.

Proses refund ini boleh dibuat secara online sahaja.

Di sini kami kongsikan caranya.

Cara Refund Touch N Go Jika Kad Hilang, Rosak / Expired

Jika anda menghadapi masalah berkenaan dengan caj atau masih mempunyai baki dalam kad yang sudah luput, anda boleh mohon bayaran balik dengan 4 langkah mudah.

  1. Layari: https://customerservice.touchngo.com.my/erefund/
  2. Isikan maklumat penting berkaitan kad anda
  3. Isikan maklumat penting peribadi, pastikan nama penuh di isi mengikuti kad pengenalan
  4. Pilih alasan dan kaedah bayaran balik wang anda.
    Proses bayaran balik boleh mengambil masa 30 hari dari tarikh permintaan.
    Jika anda masih menghadapi masalah, sila hubungi Careline Touch n Go.

Rujuk langkah bergambar di bawah:

LANGKAH 1

Layari: https://customerservice.touchngo.com.my/erefund/

LANGKAH 2

Isikan maklumat penting berkaitan kad anda.

Refund touch n go

LANGKAH 3

Isikan maklumat penting peribadi, pastikan nama penuh di isi mengikuti kad pengenalan.

Refund touch n go

LANGKAH 4

Pilih alasan dan kaedah bayaran balik wang anda.

Proses bayaran balik boleh mengambil masa 30 hari dari tarikh permintaan.

Refund touch n go

Jika anda masih menghadapi masalah, sila hubungi Careline Touch n Go di pautan berikut: https://www.touchngo.com.my/customer-service/contact-us/

Jika anda belum pernah mendaftar kad Touch n Go secara online, sila rujuk artikel berikut:

Touch ‘n Go Login: Daftar eWallet, Aktifkan Kad & Tambah Nilai Online

Anda juga boleh ketahui lebih lanjut dan membuat semakan RFID di sini

RFID Touch n Go: Cara Pengaktifan & Pemasangan Tag Pada Kenderaan

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai pertanyaan tentang bayaran balik baki kad kad Touch n Go, anda boleh baca selanjutnya melalui pautan ini: https://www.touchngo.com.my/erefund/

Cara pembelian kad baharu online –https://support.tngdigital.com.my/hc/ms-my/articles/5319418799641-Bagaimanakah-cara-untuk-membeli-kad-Touch-n-Go-TNG-yang-dinaik-taraf-ini-melalui-Touch-n-Go-eWallet-

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!