Semakan Keputusan Rayuan SBP /SMKA 2023
Info Rayuan ke Sekolah Khusus 2023 (e-Rayuan SBP / SMKA)
SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN KEMASUKAN KE SEKOLAH KHUSUS TAHUN 2023
Bila tarikh semakan keputusan rayuan Sekolah Khusus @ SBP?
Menurut info terkini melalui makluman di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia, keputusan rayuan boleh disemak pada 20 April 2023.
Sila rujuk Keputusan Penawaran Serta Penempatan Murid Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Ketagori Rayuan Ke Sekolah Khusus (Sekolah Berasrama Penuh Dan Sekolah Menengah Agama) Bagi Kalendar Akademik Sesi 2023/2024.
Sekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah berikut:
- Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
- Sekolah Menengah Teknik (SMT)
- Kolej Vokasional (KV)
- Maktab Tentera Diraja (MTD)
- Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang tarikh penting bagi ibu bapa dan pelajar yang membuat permohonan rayuan Sekolah Khusus bagi tahun 2023.
Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan Ke Sekolah Khusus / SBP 2023
Soalan-soalan lazim (FAQ) berkaitan pengambilan murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2023/2024
Semakan dan rayuan boleh dibuat melalui URL berikut bermula 20 April 2023.
Tingkatan 1 (SBP & SMKA) :
https://spskt1.moe.gov.my/
Tingkatan 4 (SBP, SMKA, SMT & MTD) / Tahun 1 SVM :
https://spskt4.moe.gov.my/
Sila rujuk tarikh pendaftaran kemasukan ke sekolah_khusus @ SBP pada butiran surat tawaran yang dilampirkan.
Sila ambil maklum bahawa tawaran akan terbatal sekiranya calon tidak mendaftar dalam tempoh 5 hari dari tarikh pendaftaran yang ditetapkan.
Cara Permohonan Rayuan
Berikut adalah cara membuat permohonan rayuan melalui e-Rayuan Sekolah Khusus.
- e-Rayuan boleh diakses secara online melalui:
- Tingkatan Satu : https://spskt1.moe.gov.my
- Tingkatan Empat : https://spskt4.moe.gov.my
- Pemohon perlu klik pada butang E-Rayuan seperti yang tertera dalam gambar di bawah.
- Sila isi nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dalam APDM) untuk memasuki sistem.
- Sila pilih senarai SBP yang diinginkan.
NOTA:
- Tiada rayuan dibuka untuk ke Maktab Tentera DiRaja
- Rayuan ke Kolej Vokasional & Sekolah Teknik boleh terus hadir ke Kolej Vokasional & Sekolah Teknik yang berdekatan
Baca juga: Senarai SBP: Ranking Sekolah Berasrama Penuh Terbaik Malaysia
Tarikh Rayuan SBP 2023
Permohonan rayuan kemasukan ke Sekolah Khusus Tahun 2023 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) telah dibuka bermula 17 Mac 2023.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), sila rujuk poster di bawah:
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh KPM
Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya Selangor.
Tel: 03-8321 7406 / 7408 / 7461 / 7467 / 7469 / 7471 / 7473/ 7542 / 7544 / 7546
(8.00 pagi – 5.00 petang)
Bahagian Pendidikan Islam KPM
Aras Bawah & 2, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya Selangor.
Tel: 03-8321 7327 / 7334 / 7371
(8.00 pagi – 5.00 petang)
Bahagian Pengurusan Maklumat KPM
Aras 3-4 Blok E11, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 WP Putrajaya.
Tel: 03- 8884 3509 / 3684
(8.00 pagi – 5.00 petang)
Info terkini, sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) http://www.moe.gov.my/
ATAU
Hubungi hotline 03-8000 8000