Promosi FamilyMart Sempena Pembukaan Cawangan ke-300

Sejak mula diperkenalkan sekitar tahun 2016, ramai yang cukup gemarkan hidangan ringkas dan menyelerakan daripada FamilyMart.

Tak keterlaluan untuk digelarkan FamilyMart sebagai kedai pertama yang mula mempopularkan oden yang cukup enak dimakan panas-panas.

Selain menawarkan hidangan panas lain seperti pau, karaage dan sosej, FamilyMart juga cukup terkenal dengan sofuto serta aneka kopi dan snek yang diimport khas dari Jepun.

Sedar tak sedar, kedai sebaneka kegemaran ramai ini sudah pun mencapai pembukaan cawangan ke-300.

Sempena detik bersejarah ini, Familymart ingin mengajak anda untuk nikmati pelbagai tawaran menarik dan potongan diskaun yang menjimatkan.

Bermula 29 Jun hingga 19 Julai 2022, ada pelbagai promosi yang anda boleh dapatkan bersama rakan dan keluarga.

Tanpa melengahkan masa, jom kita tengok promosi menarik yang ditawarkan!

Baca Juga : Menu CU Mart, Harga & Promosi Terkini 2022

Promosi FamilyMart Sempena Pembukaan Cawangan ke-300

Promosi Minggu 1 (29 Jun – 5 Julai 2022)

  • 2 X Sofuto Cone @ RM 3.00
  • Iced/Hot Latte (Large) @ RM 4.80 (Diskaun 30%)
Promosi FamilyMart

Promosi Minggu 2 (6 – 12 Julai 2022)

  • Diskaun RM 3.00 untuk pembelian Oden (minimum RM 10)
  • Iced / Hot Americano (LARGE) @ RM 3.99 (Diskaun 30%)
Promosi FamilyMart

Promosi Minggu 3 (13 – 19 Julai 2022)

  • Diskaun 30% untuk semua Hot Snacks.
Promosi FamilyMart

Promosi Minggu 2 & 3 (6-19 Julai 2022)

  • Diskaun 10% untuk pembelian 3 biji roti
  • Diskaun 20% untuk pembelian 5 biji roti
Promosi FamilyMart

Tawaran Menarik Pelbagai Produk

Selain menawarkan diskaun bagi pelbagai produk FamilyMart, anda juga berpeluang untuk dapatkan pelbagai jenama snek dan minuman dengan harga yang menarik.

Antara produk terpilih yang ditawarkan diskaun adalah aiskrim Kitkat, Betagen, coklat Mars dan sebagainya.

Anda boleh rujuk di bawah untuk lihat promosi yang ditawarkan.

Menariknya promosi FamilyMart yang menanti anda! Bila lagi anda boleh dapatkan potongan diskaun hebat macam ni?

Jangan tunggu lagi, jom ke cawangan FamilyMart kegemaran anda hari ini! Sambil berbelanja, dapatlah anda kumpul mata menerusi aplikasi FamilyMart!

Jangan ketinggalan promosi dan tawaran terkini FamilyMart menerusi laman Facebook FamilyMart Malaysia!

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!