Promo 12.12 akhir tahun kembali lagi! Kali ini anda boleh merebut lebih banyak tawaran menarik dan diskaun hebat dari hidangan lazat yang akan memikat selera anda sempena dengan 12.12 ini!
Jom tengok diskauan dan tawaran menarik yang berkenan di hati anda. Boleh jimat sambil ajak kawan-kawan dan keluarga makan sama-sama.
Senarai Promo 12.12 – Diskaun Terhebat 2025!
KFC
Sempena promosi 12.12, KFC memperkenalkan tawaran istimewa yang tidak boleh dilepaskan — Dinner Plate ke-2 pada harga hanya RM12!
Tawaran ini bermula dari 10 hingga 12 Disember 2025, jadi pastikan anda menandakan tarikh tersebut dalam kalendar.
- Sah dari 10 pagi hingga 10 malam
- Terpakai untuk pembelian di restoran, Drive-Thru, Self Collect dan KFC Delivery
- Pembelian melalui KFC App, Self Collect atau kiosk di restoran layak menerima 2X Reward Points
- Tidak sah di KFC Genting Highlands, Mall of Medini dan cawangan di lapangan terbang
Untuk maklumat lanjut, layari: http://KFC.com.my/12deal
Tertakluk kepada terma dan syarat.

Secret Recipe
Nikmati detik manis hujung tahun dengan promosi 12.12 Secret Recipe yang penuh kegembiraan dan nilai hebat!
- RM22 untuk 2 pasta terpilih
- RM10 diskaun untuk selected 6-inch whole cakes
Tawaran eksklusif ini hanya boleh didapati di Lazada dari 12 hingga 14 Disember 2025.
Ini masa terbaik untuk raikan momen bersama rakan tersayang dan nikmati hidangan Secret Recipe bersama-sama! https://bit.ly/SecretRecipe_Lazada
Terma & Syarat Ringkas:
- E-Voucher RM22 for 2 Selected Pasta sah untuk dine-in sahaja.
- E-Voucher RM10 OFF Selected 6-Inch Whole Cakes sah untuk dine-in dan takeaway.
- Penebusan pasta bermula 12 Disember 2025 dalam tempoh sah.
- Penebusan diskaun whole cakes bermula 11 November 2025 dalam tempoh sah.
- Pasta yang layak:
- Spaghetti Bolognese Chicken
- Aglio Olio with Crispy Beef Strips
- Arrabiata Spaghetti
- Aglio Olio
- Whole cakes yang layak:
- Chocolate Indulgence®
- Boston Chocolate Cake
- Chocolat Au Lait
- Sah di outlet terpilih sahaja — semak senarai di laman web Secret Recipe.
- 8–17. E-Voucher mesti ditunjukkan melalui Mobile App, tidak boleh dipindah milik, tidak boleh diuangkan, tidak sah dengan promosi lain, dan tertakluk kepada semua terma penuh seperti dinyatakan.


Kenangan Coffee
Nikmati kesejukan hujung tahun dengan promosi 12.12 Kenangan Coffee yang memang padu! Semua regular-sized frappes kini hanya RM12!
Dapatkan frappes kegemaran anda dari 11–14 Disember 2025. Jangan terlepas!
Terma & Syarat Ringkas:
- Sah untuk pembelian walk-in, melalui aplikasi Kenangan Coffee dan di kiosk, dari 11–14 Disember 2025.
- Sah di semua cawangan Kenangan Coffee Malaysia, kecuali cawangan lapangan terbang.
- Tawaran terpakai untuk semua frappes bersaiz regular sahaja.
- Frappe bersaiz regular tidak boleh diubah suai (tiada pilihan bean/milk/upsize).
- Sebarang extras seperti extra shot, extra syrup atau drizzle akan dikenakan caj standard tambahan.
- Tidak sah dengan promosi, diskaun, baucar atau keistimewaan lain.
- Visual hanya untuk tujuan ilustrasi.
- Selagi stok masih ada.
- Kenangan Coffee berhak mengubah terma & syarat tanpa notis.

Nasken Coffee
Dengan setiap pembelian minuman pertama pada harga biasa, anda boleh menikmati cawan kedua hanya RM1.20 untuk minuman terpilih berikut:
- Americano
- Latte
- Spanish Latte
- Toasted Almond
- Lemon Tea
- Honey Lemon Sparkling
📅 11 – 13 Disember 2025
⏰ 7.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Sah di semua cawangan Nasken Coffee kecuali Airport
🔖 Kod Promo: NASKENDIS25

Akhiri tahun dengan sesuatu yang manis! Nikmati 3 slice kek hanya RM29 — jimat banyak dan boleh mix & match apa sahaja perisa mengikut cita rasa anda.
Nasken Coffee juga memperkenalkan menu kek terbaru, memberi lebih variasi dan pilihan untuk anda cuba.
- 11 – 13 Disember 2025
- 7.00 pagi – 11.00 pagi
- Sah di semua cawangan Nasken Coffee kecuali Airport

Tealive
Promo Buy 1 Free 1 dah habis… tapi jangan risau, kita datang dengan promo baru yang lagi jimat!
Buy 1, Get 50% OFF Second Cup hanya di Tealive Petrol Station!
Yes, betul! SEMUA Tealive di stesen minyak! Nak tahu minuman apa yang termasuk? Nah ni
- Roasted Milk Tea with Grass Jelly
- Teh Tarik Gula Melaka
- Da Hong Pao Light Milk Tea
- Signature Coco
- Coffee Peng
- Grape Juice with Aloe Vera
- Sparkling Passionfruit Tea with QQ
Walk-in sahaja. Tertakluk pada T&C.
Psst… jangan lupa tunjuk post ni dekat Tearista masa order!
Promo sampai 31 Disember je! Cepat serbu!

Burger King
Dari 12–14 Disember 2025, anda boleh menikmati dua burger Fish’N Crisp hanya RM12*.
Tawaran istimewa ini adalah pilihan terbaik untuk mereka yang inginkan hidangan ringan, rangup dan penuh rasa pada harga yang benar-benar berbaloi.
*Sah untuk pesanan melalui kaunter sahaja.

Sushiro
Pada 12 Disember 2025 sahaja, nikmati 3 keping Tamago hanya RM5.80! Lembut, manis dan segar pilihan sempurna untuk pembuka selera atau tambahan dalam pinggan sushi anda.
Jangan lepaskan promosi sehari sahaja ini.

The BRGR
Nikmati FREE Chicken Tenders hanya dengan menunjukkan pos ini ketika membuat pesanan!
- 10 – 14 Disember 2025
- Free Chicken Tenders dengan setiap pembelian minimum 1 burger bersama set meal.
Lokasi yang mengambil bahagian:
- Subang • Shah Alam
- Cheras • Kajang
- PJ Petaling Jaya
- Setapak, Kuala Lumpur
- Georgetown, Penang
Jangan lepaskan peluang menikmati hidangan premium The BRGR sambil dapat freebies yang memang berbaloi.

BananaBro
Nikmati segelas Teh Tarik Lawa hanya RM1 di semua cawangan BananaBro dari 3.00 petang hingga 6.00 petang, Isnin hingga Jumaat.
Tidak sah pada hujung minggu dan cuti umum.

Ahli Shopee Platinum dan Shopee VIP berpeluang mendapatkan Craving Set pada harga RM5 melalui pembelian baucar di Shopee Marketplace.
Tempoh pembelian baucar:
- Shopee Platinum: 3 – 9 Disember 2025
- Shopee VIP: 23 – 30 Disember 2025
Tempoh penebusan: 12 Disember 2025 – 6 Januari 2026
Nikmati pengalaman lengkap banana leaf rice pada harga yang sangat berpatutan.
- Sah di semua cawangan BananaBro
- Terpakai untuk Ala-carte Craving Set sahaja

CU
Ada hari yang memang memerlukan sesuatu yang lembut, sejuk dan menenangkan — dan Kream Buns dari CU sentiasa memenuhi craving itu.
Kini anda boleh indulge dalam gigitan gebu dengan inti krim sejuk yang kaya, lebih berbaloi dengan tawaran 2 untuk RM11.99.
Terma & Syarat:
- Sah di semua cawangan CU, kecuali Sky Avenue, Awana Skyway, KLIA2, Senai International Airport & ANTARA Signature Mall.
- Pembelian promosi mestilah terdiri daripada item jenis sama dan nilai sama.
- Tertakluk kepada ketersediaan, selagi stok masih ada.

NY Steak Shack
Sepanjang 1–31 Disember 2025, bawa si kecil menikmati hidangan lazat secara PERCUMA khas untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah.
Tawaran ini sah untuk dine-in sahaja dengan setiap pembelian mana-mana main entrée.

Nikmati hidangan Sizzling Crispy Chicken pada harga istimewa RM12 untuk satu hari sahaja.
Promosi tertakluk kepada caj perkhidmatan 10%.

ZUS Coffee
Mulai 8 Disember, anda berpeluang mendapatkan ChubbyBara Plushie Pop Socket secara PERCUMA apabila berbelanja minimum RM28 untuk mana-mana handcrafted drinks.
Cara Menebus:
- Buat pesanan melalui ZUS App dan pilih Pick-up
- Belanja RM28 atau lebih untuk mana-mana handcrafted drinks
- ChubbyBara Plushie Pop Socket (rekaan diberikan secara rawak) akan ditambah secara automatik ke dalam troli anda!
Kini ChubbyBara kegemaran anda boleh menemani ke mana sahaja anda pergi dan dalam masa yang sama membantu memastikan telefon anda lebih selamat dan mudah digenggam.
Tertakluk pada terma & syarat.

Kini anda boleh membina nap kit anda sendiri dengan gabungan mana-mana minuman Chocolate ChubbyBara + ChubbyBara Eye Mask pada harga hanya RM30!
(Rekaan eye mask diberikan secara rawak.)
Cara untuk mendapatkannya:
- Buka ZUS App dan pilih Pickup
- Pilih mana-mana cawangan yang mengambil bahagian
- Pergi ke kategori Chocolate ChubbyBara dan pilih mana-mana ChubbyBara Eye Mask Bundle
Gabungan coklat yang kaya, eye mask yang comel dan dunia pun boleh hilang seketika.

Jika anda sudah jatuh hati dengan Chocolate ChubbyBara Series, kini ada sebab tambahan untuk menikmatinya bermula dari hanya RM11.90!
Nikmati diskaun RM2 dengan setiap pembelian minuman daripada siri Chocolate ChubbyBara apabila anda membuat bayaran melalui FPX online banking.
Hanya masukkan kod promosi ZFPXRM2 semasa checkout dan nikmati penjimatan serta-merta.

McDonald’s Drive-Thru
Sempena promosi istimewa ini, McDonald’s Drive-Thru menghadiahkan anda Beg Tote Mekdi PERCUMA dengan setiap pembelian minimum RM20.
Hanya naik motor ke Drive-Thru, buat pesanan seperti biasa, dan terus dapatkan tote bag eksklusif yang memang wajib ada untuk peminat Mekdi!

Family Mart – Promo 12.12.25
FamilyMart melancarkan promosi khas 12.12 yang digelar “RM12 Combos” melalui aplikasi MY FamilyMart App untuk membantu pelanggan berjimat menjelang hujung tahun.
- Tarikh: 10–14 Disember 2025 (Selama 5 hari).
Pelanggan boleh menikmati item-item berikut dalam bentuk kombo dengan harga RM12:
🍜 Korean Cheese Ramen Set – 2 for RM12*
🍝 Mee Goreng – 3 for RM12*
🥚 Egg Muffin – 3 for RM12*
🍦 Sofuto Cup – 5 for RM12*
🍹 Ice Lemon Tea / Lemonade – 5 for RM12*
✨ Download the app and “self-reward” yourself today! 🤪
Terma dan Syarat Penting
- Stok: Ketersediaan item bergantung pada stok di kedai semasa penebusan dilakukan.
- Had Pembelian: Setiap ahli terhad kepada TIGA (3) pembelian pakej bagi setiap jenis kombo RM12 yang ditawarkan.
Penebusan Baucar:
- Setiap baucar hanya sah untuk item yang dinyatakan dalam pakej yang dibeli.
- Ketersediaan item mungkin berbeza mengikut cawangan.
- Baucar sah selama 1 bulan dari tarikh pembelian.
Cara Penebusan: Baucar boleh ditebus untuk pesanan dalam talian melalui MY FamilyMart App (Pick Up/Delivery) atau di kedai.
Cawangan Dikecualikan: Promosi ini tidak termasuk cawangan KLIA2 dan Genting.






Marrybrown
Marrybrown menawarkan peluang kepada pelanggan untuk menikmati hidangan kegemaran Marrybrown (MB favourites) dengan harga istimewa hanya RM12.90 setiap satu sempena 12.12 tahun ini.
Tempoh Promosi: 11 Disember 2025 hingga 14 Disember 2025 (4 hari sahaja).
Cara untuk Menikmati Tawaran Ini: Muat Turun/Gunakan Aplikasi MB: Pelanggan perlu menggunakan Aplikasi Marrybrown untuk mengakses dan menebus tawaran RM12.90 ini.




Tony Roma’s
Bagi peminat Tony Roma’s, jangan lepaskan peluang untuk menikmati promosi BBQ 1/4 Chicken (Ayam BBQ 1/4) berserta Kentang Goreng (Fries) dengan harga RM12 sempena 12.12.
- Tawaran Istimewa: BBQ 1/4 Chicken (Ayam BBQ 1/4) berserta Kentang Goreng (Fries).
- Harga Promosi: RM12.00 sahaja.
- Tempoh promosi: 12 Disember 2025 (sepanjang hari untuk ahli, 11am–5pm untuk bukan ahli)

The Manhattan FISH MARKET
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan kegemaran ramai, Fish ‘N Chips pada harga tak masuk akal, hanya RM12!
- Tarikh: 12 Disember 2025 (SATU HARI SAHAJA)
- Ahli: Sepanjang hari. Bukan ahli: 11 pagi – 5 petang.
Serbu semua cawangan The Manhattan FISH MARKET hari esok! (Kecuali Piccadilly GreenTown, Ipoh).

Hokkaido Baked Cheese Tart – Promo Akhir Tahun
Inilah masanya untuk borong tart kegemaran anda! Beli dua tart bersaiz biasa (regular-sized) pada harga asal, dan nikmati tart ke-3 hanya pada RM1.20 di Hokkaido Baked Cheese Tart sempena promo 12.12.
Tempoh promosi: 12 Disember 2025 — SATU HARI SAHAJA!

Selain itu, anda juga boleh nikmati promosi akhir tahun/perayaan yang menawarkan nilai hebat untuk pembelian kuantiti yang besar, iaitu “Festive Gift Set” dengan harga RM50 sahaja untuk 24 tart mini!
🗓️ Tempoh Sah: Sepanjang bulan Disember 2025 (1 – 31 Disember).

Baca juga:




