Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa) 2026 adalah Program pemerkasaan khas buat 𝗶𝗯𝘂 𝘁𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹 yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dengan kerjasama agensi dan tenaga pakar yang berpengalaman. Layari portal rasmi Jabatan Pembangunan Wanita untuk pendaftaran di pautan: https://bit.ly/kasihibutunggal2026
Program ini merangkumi tiga modul utama yang fokus kepada ilmu perundangan, kewangan dan kesejahteraan emosi ibu tunggal.
Permohonan untuk menyertai progam Kasih Ibu Tunggal dibuka bermula pada 1 Februari 2026 sehingga 20 April 2026.
Rujuk info penuh di bawah.
Apa Itu Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa) 2026?
Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa) 2026 adalah program pemerkasaan ibu tunggal yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), KPWKM, dengan kerjasama pelbagai agensi dan pakar profesional.
Program ini secara umumnya adalah untuk membantu ibu tunggal meningkatkan ilmu, keyakinan dan keupayaan mengurus hidup.
Terdapat tiga (3) modul utama dalam program ini iaitu:
- Modul Pembangunan Psikososial.
- Modul Kemahiran Perundangan;
- Modul Pengurusan & Literasi Kewangan; dan
Berbeza dengan bantuan kewangan bersifat “one-off”, KasihnITa direka sebagai program bimbingan jangka panjang untuk membantu ibu tunggal bangkit, berdikari, dan menguruskan cabaran hidup dengan lebih sistematik.

Mengapa ibu tunggal perlu menyertai program ini?
Setiap modul akan disampaikan oleh tenaga pengajar pakar yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang masing-masing.
Kaedah pelaksanaan yang dijalankan memberi fokus kepada setiap kes dan permasalahan individu secara spesifik.
Melalui sesi coaching & mentoring, peserta akan dibimbing dan diberi tunjuk ajar sehingga berjaya mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
Objektif
Berikut ialah 4 objektif utama program ini:
- Memperkasa dan membantu ibu tunggal
- Membantu ibu tunggal dalam tuntutan selepas perceraian
- Membantu ibu tunggal dalam pengurusan kewangan/hutang
- Membantu ibu tunggal untuk membangunkan potensi diri dan psikososial
Modul
Program Kasih Ibu Tunggal ini menawarkan 3 pilihan modul iaitu:
Modul Kemahiran Perundangan
- Pendedahan tatacara dan prosedur perundangan di mahkamah.
- Kaedah membuat tuntutan sendiri di mahkamah tanpa bantuan guaman.
- Analisis kes dan khidmat nasihat guaman. Khidmat Bantuan Guaman – peguam akan mengendalikan kes anda ke mahkamah secara percuma – tertakluk kepada terma dan syarat.
Modul Pengurusan & Literasi Kewangan
- Menstrukturkan semula kewangan.
- Teknik mengurangkan bebanan hutang dan komitmen bulanan.
- Rahsia meningkatkan simpanan dalam masa yang singkat.
- Strategi pelaburan dan penjanaan kekayaan.
Modul Pembangunan Psikososial
- Kenali dan kembangkan potensi diri.
- Pengurusan konflik/ masalah dan emosi.
- Pembentukan minda positif.
- Strategi mencapai kejayaan.
Fasa Pelaksanaan
Setiap modul akan dilaksanakan secara berfasa seperti perincian berikut:
Fasa 1: Advokasi/Pengenalan
Sesi pengenalan modul selama 2 jam secara dalam talian. Peserta akan dipilih mengikut kriteria yang telah ditetapkan untuk layak ke fasa seterusnya.
Fasa 2: Pembangunan
Latihan intensif mengikut modul selama 3 hari secara fizikal mengikut negeri pelaksanaan yang dipilih oleh peserta. (Tempat akan dimaklumkan kemudian).
Fasa 3: Bimbingan
Coaching & mentoring secara individu dan berkumpulan secara dalam talian/ fizikal.
NOTA: Peserta perlu memberikan sepenuh komitmen bagi mengikuti tiga (3) fasa program sehingga selesai. Walau bagaimanapun peserta yang telah melalui fasa 1 akan disaring berdasarkan keperluan dan kriteria yang telah ditetapkan untuk layak menyertai fasa seterusnya.
Syarat Penyertaan
Syarat kelayakan pemilihan peserta adalah seperti berikut:
1. Ibu tunggal
Mengikut definisi KPWKM, ibu tunggal yang dimaksudnya ialah:
- Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah, bertaraf perkahwinan balu atau bercerai/ berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama; atau
- Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah tetapi mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama; atau
- Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah, tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf).
2. Warganegara Malaysia.
3. Menghadapi masalah berkaitan kewangan, perundangan atau potensi serta keyakinan diri.
Tarikh Pendaftaran Dibuka
Permohonan dibuka bermula pada 1 Februari 2026 sehingga 20 April 2026.
Cara Mendaftar KasihnITa
Peserta boleh membuat pendaftaran melalui pautan berikut: https://bit.ly/pendaftarankasihnita2026
- Pilih modul melalui ikon di atas.
- Baca dan faham maklumat yang diberikan.
- Klik pautan di “Daftar Sekarang”.
- Isi borang permohonan
Yuran
Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada peserta bagi program ini.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila layari portal rasmi Jabatan Pembangunan Wanita di pautan: https://bit.ly/kasihibutunggal2026
- Talian : 038323 1607/ 1610/ 1265/ 1620/ 1616
- E-mel : [email protected]
- Alamat : Bahagian Penilaian, Pemantauan dan Pengurusan Pengetahuan (BPPP) Jabatan Pembangunan Wanita
Soalan Lazim Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa) 2026
Program ini dibuka untuk peserta ibu tunggal mengikut definisi KPWKM sahaja.
Bagi Fasa 1 dan Fasa 2 peserta diwajibkan untuk mengikuti ketiga-tiga modul.
Tidak, penyertaan program ini adalah percuma.
Ya, puan boleh sertai.
Boleh.
YA.
Semua ibu tunggal warganegara Malaysia layak menyertai program ini. Ibu tunggal diberi pilihan untuk menyertai di 13 negeri terpilih yang berdekatan dengan tempat tinggal bagi memudahkan semasa program berlangsung secara fizikal.
Permohonan boleh dilakukan melalui https://bit.ly/pendaftarankasihnita2026.
Peserta akan menerima e-mel jemputan beserta pautan platform pelaksanaan program daripada urus setia sebelum program dijalankan.
Saya telah terpilih ke fasa seterusnya namun, saya tidak dapat memberikan komitmen yang penuh sehingga program selesai.
Peserta akan dibimbing dan dipantau selama tempoh program berlangsung bagi memastikan setiap permasalahan dapat disantuni.
Tidak dibenarkan untuk membawa anak/ tanggungan sepanjang program berlangsung bagi memastikan kelancaran program.




