Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mewujudkan Program Intervensi Belia Tidak Berpesatuan KBS 2026 bagi mendekati, membimbing dan menarik minat golongan belia untuk menyertai pertubuhan belia serta melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembangunan belia yang boleh dipohon menerusi https://spsb.kbs.gov.my.
Perincian lanjut boleh dibaca dalam artikel di bawah.
Mengenai Program Intervensi Belia Tidak Berpesatuan
Program Intervensi Belia Tidak Berpesatuan ini ialah inisiatif khas untuk menarik golongan belia yang tidak menyertai persatuan melalui pelaksanaan program pembangunan belia.
Bantuan akan disediakan kepada pertubuhan belia berdaftar bagi program di peringkat neger dan daerah untuk meningkatkan keahlian dan menarik minat belia menyertai organisasi formal.
Ini secara langsung akan menarik minat golongan belia untuk menyertai pertubuhan belia ssecara aktif dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pertubuhan terbabit.

Jumlah Bantuan
Bantuan maksimum RM10,000.00 diberikan kepada pertubuhan belia yang layak.
Tempoh Pelaksanaan Program
Tempoh pelaksanaan program adalah pada Julai hingga November 2026.
Skop Pelaksanaan Program
Pertubuhan belia perlu melaksanakan program pembangunan belia yang memenuhi sekurang-kurangnya
satu daripada elemen berikut:
- Pendidikan
- Ekonomi
- Kesejahteraan Mental dan Fizikal
- Sosialisasi Politik, Kenegaraan, dan Demokrasi
- Nilai dan Identiti
- Media dan Digital Citizenship
Bentuk Pengisian Program
Bentuk pengisian program yang layak menerima bantuan menerusi program ini adalah seperti berikut
- Seminar
- Perkongsian ilmu
- Dialog/ Town Hall
- Kem Kepimpinan/Summer Camp
- Explorace
- Hobby Gathering
Program mesti memberi impak positif kepada belia bermur 15 hingga sebelum 30 tahun, khususnya meningkatkan minat belia untuk menyertai pertubuhan belia. Tempoh pelaksanaan program
adalah Julai hingga November 2026.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk memohon bantuan di bawah program ini adalah seperti berikut:
- Pertubuhan belia yang berdaftar di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROV).
- Pertubuhan belia yang memenuhi syarat-syarat mengikut Garis Panduan Pemberian Bantuan Jabatan Belia dan Sukan Negara (Pindaan Tahun 2024) yang sedang berkuat kuasa.
- Pertubuhan belia yang berminat perlu mengemukakan kertas cadangan kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri.
- Sesi pitching akan dijalankan secara fizikal atau dalam talian yang diselaraskan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri.
- Pertubuhan yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel dan perlu membuat permohonan secara dalam talian melalui Sistem Pengurusan Sukan Bersepadu (SPSB).

Cara Memohon
Permohonan perlu dibuat secara dalam talian bersama kertas cadangan yang telah diluluskan
melalui pautan https://spsb.kbs.gov.my.

Soalan Lazim
Program Intervensi Belia Tidak Berpesatuan ini ialah inisiatif khas untuk menarik golongan belia yang tidak menyertai persatuan melalui pelaksanaan program pembangunan belia.
Bantuan maksimum yang akan diberikan adalah RM10,000.00.
Program mesti dilakukan dari Julai hingga November 2026.
– Pendidikan
– Ekonomi
– Kesejahteraan Mental dan Fizikal
– Sosialisasi Politik, Kenegaraan, dan Demokrasi
– Nilai dan Identiti
– Media dan Digital Citizenship
– Seminar
– Perkongsian ilmu
– Dialog/ Town Hall
– Kem Kepimpinan/Summer Camp
– Explorace
– Hobby Gathering
Permohonan boleh dibuat menerusi https://spsb.kbs.gov.my.
Maklumat Lanjut
Untuk info lanjut mengenai Program Intervensi Belia Tidak Berpesatuan, sila layari laman web https://spsb.kbs.gov.my.
Baca juga: MyCorps Buka Pengambilan Sukarelawan Belia 18 – 29 Tahun




