MyCorps Academy Vol 2 (Malaysia) 2026 mengalu-alukan penyertaan belia berumur 18 sehingga 29 tahun untuk menyertai sukarelawan belia MyCorps. Permohonan boleh dilakukan melalui laman sesawang MyCorps Alumni sebelum tarikh tutup 2 Julai 2026 (11.59 malam).
Bagi yang belum tahu, program di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Rakan Muda Madani ini sememangnya terkenal sebagai platform terbaik dalam melahirkan pemimpin sukarelawan belia yang berkaliber.
Ramai dah alumni program ini mengakui bahawa penglibatan dalam program ini merupakan pengalaman terbaik mereka.
Jadi, tunggu apa lagi jom rujuk cara daftar dan syarat-syarat untuk menjadi Sukarelawan MyCorps Academy Vol 2 (Malaysia) 2026.
Apa Itu Sukarelawan MyCorps?
MyCorps ialah sebuah program kesukarelawanan nasional yang melatih belia secara profesional dan sistematik untuk menjadi sukarelawan dalam pelbagai jenis misi kemanusiaan.
Program ini bukan sekadar aktiviti kerja amal biasa. Ia bertindak sebagai sebuah akademi latihan untuk mendidik dan melahirkan pemimpin muda yang profesional dalam menguruskan misi bantuan kemanusiaan.
Melalui kempen “Be the Difference this Mid-Year”, peserta bakal dihantar untuk menggerakkan projek kemanusiaan di Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak bermula dari pertengahan Julai sehingga akhir Ogos 2026.
Paling menarik, anda tidak perlu membayar sebarang yuran. Semua latihan komprehensif disediakan secara percuma.
Ringkasan Mengenai Program Sukarelawan MyCorps 2026
- Terbuka kepada beli berumur 18- 29 tahun
- Latihan Disediakan Percuma: Peserta yang terpilih akan diberikan latihan intensif (seperti pengurusan krisis dan jati diri) sepenuhnya secara percuma sebelum dihantar ke lokasi misi.
- Misi Tempatan & Antarabangsa: Sukarelawan MyCorps akan dihantar untuk membantu masyarakat yang memerlukan di dalam negara (seperti kawasan pedalaman Sabah, Sarawak, dan Semenanjung).
- Sukarelawan Berkemahiran: Program ini mengumpulkan belia daripada pelbagai bidang supaya kepakaran mereka dapat digunakan terus untuk menyelesaikan masalah sebenar komuniti.
- Mengubah Hidup Belia: Selain membantu orang ramai, program ini bertujuan membentuk keyakinan diri, sifat kepimpinan, dan memberikan pengalaman hidup yang sangat berharga kepada golongan belia.

Semak Syarat Kelayakan Anda
Sebelum menekan butang memohon, pastikan anda memenuhi kriteria asas yang dicari oleh pihak penganjur:
- Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 29 tahun.
- Terbuka kepada sukarelawan belia daripada pelbagai latar belakang disiplin dan kemahiran, termasuklah:
- Agrotechnical
- Keusahawanan Sosial
- Kejuruteraan Awam
- Pembinaan
- Kejuruteraan Sistem Tenaga
- Fisioterapi
- Perubatan
- Pegawai & Pembantu Pergigian
- WASH (Water, Sanitation & Hygiene)
- Kaunseling
- Psikologi
- Pendidikan
- Media (Fotografi & Komunikasi)
Selain itu, pemohon juga mestilah mempunyai masa terluang untuk menyertai program sukarelawan yang bermula pada pertengahan Julai hingga alkhir Ogos 2026.

Cara Mohon Jadi Sukarelawan MyCorps
Sekiranya berminat untuk menjadi sukarelawan MyCorps Academy Vol 2 (Malaysia), ikuti langkah-langkah ini:
- Layari portal rasmi di www.mycorpsalumni.com atau imbas sahaja kod QR yang tertera pada poster rasmi.
- Klik Apply Now
- Isi maklumat anda pada borang yang disediakan
- Klik Hantar
- Tarikh Tutup: 2 Julai 2026 (11.59 malam)
- Tarikh program: Pertengahan Julai hingga akhir Ogos 2026
Apa Kelebihan Bakal Anda Dapat?
- Latihan Kemahiran Secara Percuma: Anda akan dilatih dengan pelbagai kemahiran penting seperti pengurusan krisis, pembangunan komuniti, dan jati diri tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal.
- Pengalaman Memimpin Misi Sebenar: Anda tidak sekadar membantu, malah diberi peluang untuk mengetuai projek kemanusiaan yang memberi impak langsung kepada masyarakat di Semenanjung, Sabah, atau Sarawak.
- Transformasi Jati Diri & Kepimpinan: Pengalaman di lapangan ini akan mengasah bakat kepimpinan, membina keyakinan diri, dan mengubah cara anda berfikir untuk menjadi pemimpin belia yang berkaliber.
- Rangkaian Kenalan (Networking) yang Luas: Anda dapat berkenalan dan bekerjasama dengan sukarelawan muda daripada pelbagai latar belakang profesional dan disiplin ilmu yang berbeza.
- Nilai Tambah pada Resume (Nilai Kebolehpasaran): Penglibatan dalam program nasional anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ini merupakan satu pencapaian besar yang amat dipandang tinggi oleh bakal majikan.

Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai program sukarelawan MyCorps Academy Vol 2 (Malaysia) 2026, anda boleh rujuk:
- Laman sesawang MyCorps Alumni
- Facebook MYCorps
Soalan Lazim MyCorps
Ia sebuah program latihan khas sukarelawan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk melatih anak muda menjadi ketua dalam misi bantuan kemanusiaan, sama ada di dalam atau di luar negara.
Program ini dibuka khusus untuk belia warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 29 tahun sahaja.
Tidak perlu. Program ini ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Kos latihan, penginapan, makan minum, dan pengangkutan logistik misi disediakan secara percuma.
Tiada elaun bulanan tetap atau gaji diberikan kerana ini adalah program kesukarelawanan murni. Namun, segala keperluan asas anda sepanjang misi ditanggung sepenuhnya.
Program ini akan berlangsung dari pertengahan Julai sehingga akhir Ogos 2026.
Fokus penempatan kali ini melibatkan projek kemanusiaan domestik di kawasan komuniti sasaran sekitar Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak.
Ya. Semua peserta yang berjaya menamatkan misi dengan jayanya akan dianugerahkan sijil pengiktirafan rasmi daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang sangat bernilai untuk portfolio kerjaya anda.
Anda hanya perlu mengisi borang permohonan secara dalam talian di laman web rasmi MyCorps Alumni sebelum tarikh tutup pada 2 Julai 2026.




