Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Ibu bapa yang sebelum ini telah membuat permohonan kemasukan ke Prasekolah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) boleh membuat semakan keputusan permohonan menerusi https://sekolah.jais.gov.my/ mulai 28 Julai 2026.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai perkara ini.

Mengenai Prasekolah JAIS

Prasekolah JAIS merupakan institusi pendidikan awal kanak-kanak berusia 4, 5 dan 6 tahun yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Selangor.

Kurikulum yang ditawarkan bagi prasekolah ini adalah berteraskan kurikulum Islam yang memfokuskan pendidikan agama dan pembentukan akhlak.

Selain itu, prasekolah ini juga adalah sebagai persediaan ke Sekolah Rendah Agama (SRA) atau Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) di bawah JAIS.

Terdapat 12 prasekolah ini di seluruh Negeri Selangor yang menawarkan yuran bulanan lebih rendah dan berpatutan.

Tarikh Semakan

Semakan keputusan permohonan boleh dibuat mulai 28 Julai hingga 12 Ogos 2026.

Senarai Sekolah

Senarai sekolah Prasekolah JAIS ini adalah seperti berikut:

Nama SekolahAlamat SekolahNo TelefonAlamat Emel
Praskolah SRA Bandar Baru Salak TinggiD/A SRA Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang011-70718966[email protected]
Pra Sekolah JAIS Kuala LangatJalan Masjid Kanchong Darat 42700 Banting Selangor03-31815410[email protected]
Pra Sekolah JAIS Hulu LangatBangunan JKR/Ul 1271/1, Taman Damai Batu 18,43100 Hulu Langat Selangor03-90217919[email protected]
Pra Sekolah JAIS Hulu SelangorD/A SRA Kuala Kubu Bharu,Sra Kuala Kubu Bharu03-60643130[email protected]
Prasekolah Kampung Jawa73/75 Jln Raja Jumaat, Off Jalan Kota Raja 41000 Klang03-33720731[email protected]
Prasekolah Tok MudaBatu 13 Kampung Tok Muda 42200 Kapar Klang, Selangor03-32503180[email protected]
Prasekolah Pekan MeruD/A SRA Pekan Meru Persiaran Hamzah D/A SRA Pekan Merualang, 42000 Kapar. Selangor03-3392 5985[email protected]
Prasesekolah SRA Bandar MalawatiPrasekolah SRA Bandar Malawati, Jalan Pendidikan, 45000 Kuala Selangor332893213[email protected]
Pra Sekolah Kg BaiduriJalan 229, Seksyen 51a, 46100 Pj Selangor016-3261255[email protected]
Pra Sekolah Seksyen 16Jalan Persiaran Selangor, 40200 Shah Alam Selangor Darul Ehsan018-2173894[email protected]
Pra Sek. JAIS Pekan SabakBatu 40, 45200 Sabak Bernam03-32164029[email protected]
Pra Sek. JAIS SRA Ehyaul Falah 2Jalan Parit 1 Timur 45300 Sungai Besar Selangor019-2539796[email protected]

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk kemasukan prasekolah tahun 2027 memohon adalah seperti berikut:

  1. Pemohon: Ibu/bapa adalah warganegara Malaysia.
  2. Kanak-kanak: Warganegara Malaysia.
  3. Lahir pada tarikh:
    – 2 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023 (4 Tahun)
    – 2 Januari 2022 hingga 1 Januari 2023 (5 Tahun)
    – 2 Januari 2021 hingga 1 Januari 2022 (6 Tahun)

Cara Membuat Semakan

Semakan keputusan permohonan menerusi pautan https://sekolah.jais.gov.my/.

Tindakan yang perlu dilakukan selepas semakan dibuat dan permohonan berjaya adalah seperti berikut:

  • Muat turun dan cetak surat tawaran hantar maklum balas ke sekolah yang ditawarkan pada 28 Julai 2026 hingga 12 Ogos 2026.
  • Tawaran terbatal jika maklum balas tidak dihantar ke sekolah yang ditawarkan dalam masa yang ditetapkan.
  • Pertukaran sekolah tidak dibenarkan.

    Soalan Lazim

    Apakah yang dimaksudkan dengan Prasekolah JAIS?

    Prasekolah JAIS merupakan institusi pendidikan awal kanak-kanak berusia 4, 5 dan 6 tahun yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Selangor.

    Bilakah tarikh semakan keputusan permohonan dibuka?

    Tarikh permohonan dibuka mulai 28 Julai hingga 12 Ogos 2026.

    Apakah kurikulum yang digunakan oleh prasekolah ini?

    Kurikulum yang digunakan adalah berteraskan kurikulum Islam yang memfokuskan pendidikan agama dan pembentukan akhlak.

    Siapakah yang boleh memohon kemasukan ke prasekolah ini?

    1- Pemohon: Ibu/bapa adalah warganegara Malaysia.
    2- Kanak-kanak: Warganegara Malaysia.
    3- Lahir pada tarikh:
    – 2 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023 (4 Tahun)
    – 2 Januari 2022 hingga 1 Januari 2023 (5 Tahun)
    – 2 Januari 2021 hingga 1 Januari 2022 (6 Tahun)

    Bagaimanakah cara untuk membuat semakan?

    Semakan keputusan permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://sekolah.jais.gov.my/.

    Adakah saya perlu mencetak surat tawaran dan menghantar ke sekolah yang ditawarkan?

    Ya. Pemohon perlu memuat turun dan mencetak surat tawaran serta kemudiannya menghantar maklum balas ke sekolah yang ditawarkan pada 28 Julai 2026 hingga 12 Ogos 2026.

    Info Lanjut

    Info lanjut mengenai kemasukan ke prasekolah ini, sila layari laman web https://sekolah.jais.gov.my/ atau menghubungi Seksyen SRAI/PRASEKOLAH BPI JAIS di talian 03-5514 3639/3400/3600 (sambungan 2021) untuk keterangan lanjut.

    Baca juga:

    Penulis