Portal Ihsan MADANI : Semak Kelayakan Bantuan Dalam 1 Minit!

Portal Ihsan MADANI menyediakan satu platform lengkap untuk orang ramai untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan inisiatif dan bantuan Kerajaan dalam mengimbangi kos sara hidup rakyat.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi dengan lebih lanjut berkenaan dengan Portal Ihsan MADANI dan cara untuk memuat turun secara PERCUMA di telefon pintar anda!

Baca juga:

Apa itu Portal Ihsan Madani?

Portal Ihsan Madani

Portal Ihsan Madani dibangunkan atas usaha kerajaan untuk menghebahkan inisiatif dan bantuan yang disediakan di bawah satu platform agar rakyat dapat mengakses inisiatif khusus sara sidup di hujung jari.

Melalui portal ini, pengguna boleh mengakses info terkini mengenai bantuan sara hidup yang disediakan oleh kerajaan.

Setiap inisiatif dan bantuan telah dikategorikan di bawah tujuh kluster utama Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) iaitu Kluster Kesihatan, Makanan, Pendapatan, Pendidikan, Pengangkutan, Perumahan dan Utiliti serta termasuk inisiatif-inisiatif umum yang lain.

Pengguna dapat menelusuri maklumat tersebut dengan mudah, cepat dan terperinci. Pengguna juga boleh membuat semakan untuk mengenal pasti bantuan khusus mengikut kelayakan mereka.

Pengisian maklumat yang telah lengkap akan disepadankan dengan senarai inisiatif dan bantuan yang tersedia di dalam portal ini

Ciri Menarik Dalam Portal Ihsan Madani?

Portal Ihsan Madani
Portal Ihsan Madani

1. Platform Promosi

  • Sebagai satu platform promosi kepada NACCOL dan inisiatif kerajaan berkaitan kos sara hidup.

2. Semak Kelayakan dan Mohon Bantuan

  • Rakyat boleh mengakses inisiatif dan bantuan yang bersesuaian mengikut keperluan dan kelayakan mereka.

3. Cepat dan Pantas

  • Rakyat berpeluang untuk mengakses maklumat dengan lebih pantas dan membuat permohonan secara terus kepada Kementerian pemberi bantuan.

4. Pusat Informasi Terkini

  • Sebagai medium integrasi maklumat berkaitan program, inisiatif dan bantuan yang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan.

Isi Maklumat Lengkap

Pengguna perlu melengkapkan maklumat-maklumat asas seperti berikut di dalam borang :

  1. Jantina
  2. Negeri tempat tinggal
  3. Kumpulan etnik
  4. Status pekerjaan
  5. Taraf pendidikan
  6. Taraf perkahwinan
  7. Jumlah pendapatan bulanan individu dan isi rumah
  8. Status OKU
  9. Tanggungan kanak-kanak (17 tahun dan ke bawah)
  10. Tanggungan warga emas (60 tahun dan ke atas)
  11. Tanggungan OKU
  12. Tanggungan pesakit terlantar atau pesakit kronik, dan
  13. Pemilikan kediakan semasa

Muat Turun Apps Portal Ihsan MADANI

Anda boleh muat turun secara percuma aplikasi Portal Ihsan MADANI di Google Play Store, Apps Store dan Apps Gallery (Huawei).

Soalan Lazim (FAQ)

1. Apakah itu Portal Ihsan MADANI?

Portal Ihsan MADANI adalah merupakan satu usaha kerajaan untuk menyediakan satu platform khusus di hujung jari kepada pengguna untuk mendapatkan serta mengenal pasti pelbagai program dan inisiatif kerajaan dengan lebih cepat dan mudah terutama dalam aspek meringankan beban sara hidup rakyat.

Portal ini juga akan membantu pengguna mengenal pasti program dan inisiatif yang layak dan sesuai kepada pengguna berdasarkan maklumat yang telah diisi di ruangan Maklumat Asas.

2. Siapakah yang sesuai untuk menggunakan Portal Ihsan MADANI?

Portal ini sesuai digunakan oleh semua warganegara Malaysia pada semua peringkat umur.

3. Adakah maklumat saya selamat di Portal Ihsan MADANI?

Portal Ihsan MADANI TIDAK menyimpan sebarang maklumat yang dikongsikan oleh pengguna sama ada di dalam pangkalan data portal mahupun pangkalan data kerajaan. Maklumat yang dikongsikan oleh pengguna hanya bertujuan untuk penentuan inisiatif yang bersesuaian dengan pengguna sahaja.

4. Adakah maklumat peribadi saya akan dikongsikan dengan pihak ketiga?

Maklumat yang diisi di portal ini adalah bersifat umum sahaja dan tidak melibatkan sebarang maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, alamat rumah, perincian pekerjaan dan sebagainya.

Maklumat-maklumat ini TIDAK akan disimpan di dalam pangkalan data portal mahupun pangkalan data kerajaan.

5. Apakah syarat-syarat kelayakan untuk inisiatif-inisiatif tersebut?

Setiap inisiatif mempunyai syarat kelayakan yang tersendiri. Pengguna boleh menyemak “Syarat Permohonan” bagi sesuatu inisiatif atau pengguna juga boleh mendapatkan maklumat lanjut dan terperinci melalui pautan FAQ inisiatif.

6. Mengapa saya tidak dipadankan dengan sebarang inisiatif?

Pengguna perlu memastikan semua Maklumat Asas telah diisi. Terdapat indikator peratusan selesai di sebelah atas skrin sebagai rujukan pengguna. Pengguna juga boleh menekan butang Isi Semula jika ingin memulakan pengisian borang yang baharu.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Portal Ihsan MADANI, anda boleh layari laman sesawang berikut : www.ihsanmadani.gov.my atau boleh kemukakan e-mel ke [email protected].

Bantu kami share artikel ini: