Memandangkan Pelan Pemulihan Negara masih belum menampakkan hasil, anda mungkin terdesak untuk mengambil pinjaman peribadi Bank Rakyat atau personal loan bagi meneruskan kelangsungan hidup.
Namun perlu diingatkan, ianya bukanlah pilihan bijak memandangkan kadar faedahnya yang tinggi.
Jadikanlah pinjaman peribadi sebagai opsyen terakhir anda.
Kerajaan juga telah menyediakan pelbagai bantuan untuk B40 dan M40.
Yang terbaru Bantuan Khas COVID-19 yang akan mula diagihkan Ogos ini.
Selain itu, anda juga boleh mengeluarkan i-Citra sehingga RM5,000.
Bagi PKS pula, anda layak menerima bantuan tambahan RM1,000 melalui GKP 4.0 di mana permohonannya dibuka Julai 2021.
Sekiranya bantuan-bantuan yang disalurkan tidak mencukupi, mungkin anda boleh jadikan pinjaman peribadi sebagai pilihan akhir.
Kami tidak menggalakkan anda menambah hutang terutama personal loan dalam keadaan ekonomi sekarang.
Namun jika ianya pilihan terakhir anda (setelah meneliti kesemua risiko), maka artikel ini akan membantu anda tentang bagaimana untuk membuat permohonan pinjaman peribadi dengan Bank Rakyat.
Pinjaman Peribadi Bank Rakyat
Bank Rakyat terkenal menyediakan pinjaman peribadi untuk kakitangan kerajaan melalui pakej Pembiayaan Peribadi i-Sektor Awam.
Selain itu, mereka juga menyediakan kemudahan pinjaman tunai untuk kakitangan swasta melalui Pembiayaan Peribadi i-Sektor Swasta.
Yang menariknya, jumlah pembiayaan yang disediakan sehingga RM200,000.
Tiada jaminan diperlukan dan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun.
Jom kami kongsikan apakah syarat kelayakan untuk memohon personal loan Bank Rakyat ini.
Pembiayaan Peribadi i-Sektor Awam
Berikut ciri-ciri pembiayaan peribadi i-Sektor Awam Bank Rakyat:
- Amaun pembiayaan sehingga RM200,000
- Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun
- Tiada jaminan diperlukan
- Perlindungan takaful atas pilihan pelanggan
- Pilihan kadar keuntungan tetap atau terapung
Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Berumur minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan
- Berpendapatan bulanan tetap minimum RM1,000 termasuk elaun tetap
- Berkhidmat dalam sektor awam & syarikat GLC terpilih
- Telah berkhidmat minimum tiga (3) bulan
Kelayakan Pembiayaan
Gaji kasar RM1,000 sebulan pun layak memohon. Berikut jadual kelayakan pembiayaan mengikut gaji:
Dokumen Diperlukan
- Salinan Kad Pengenalan MyKad/MyTentera.
- Salinan Slip Gaji 3 bulan terkini.
- Salinan Penyata Bank kemasukan gaji 3 bulan terkini.
- Salah satu daripada dokumen di bawah:
– Surat pengesahan jawatan daripada majikan.
– Borang EA terkini.
Fi & Caj
Berikut caj yang perlu anda bayar sekiranya pinjaman peribadi anda diluluskan:
Jadual Pembayaran
Permohonan Pinjaman Peribadi Bank Rakyat
Untuk memohon, sila layari portal rasmi Bank Rakyat di sini.
Pembiayaan Peribadi i-Sektor Swasta
Bank Rakyat juga menyediakan pembiayaan sehingga RM150,000 bagi kakitangan swasta.
Tiada penjamin diperlukan.
Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun bergantung kepada gaji kasar anda.
Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Berumur minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan
- Gaji kasar minimum termasuk elaun tetap adalah seperti berikut:
– Berjawatan tetap RM2,000 dan keatas
– Berjawatan kontrak RM8,000 dan keatas
Kelayakan Pembiayaan
Dokumen Diperlukan
- Salinan Kad Pengenalan MyKad.
- Salinan Slip Gaji 3 bulan terakhir.
- Salinan Penyata Bank kemasukan gaji 3 bulan terkini.
- Salah satu daripada dokumen di bawah:
– Surat pengesahan jawatan daripada majikan.
– Borang EA terkini.
– Slip e-B LHDNM.
Fi & Caj
Jadual Pembayaran
Permohonan
Untuk memohon Pembiayaan Peribadi i-Sektor Swasta, layari portal rasmi di sini.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.