KWSP i-Citra: Permohonan Baru & Semak Status Pengeluaran RM5,000

Ramai yang masih tertanya-tanya bagaimana untuk memohon pengeluaran KWSP i-Citra berjumlah RM5,000 yang diumumkan Perdana Menteri tempoh hari.

Dan ramai juga masih belum faham bagaimana ianya berfungsi.

Jadi KWSP menerusi portal rasmi i-Citra telah menjawab beberapa persoalan anda.

Baca juga: Semakan Bantuan Khas COVID-19 (BKC)

Terkini, permohonan iCitra dibuka lebih awal, mulai 12 Julai 2021.

Anda boleh membuat permohonan di icitra.kwsp.gov.my.

Bayaran KWSP i-Citra

Perlu diingatkan bayaran i-Citra bukanlah bayaran RM5,000 sekali gus.

Ianya merupakan bayaran RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan tertakluk kepada baki akaun simpanan ahli (minimum RM50).

Bayaran i-Citra akan menggunakan simpanan dari akaun 2 terlebih dahulu.

Sekiranya tidak mencukupi barulah simpanan akaun 1 akan digunakan.

Berikut adalah contoh situasi pengeluaran iCitra:

Siapakah Yang Layak Memohon?

Anda layak memohon pengeluaran i-Citra sekiranya memenuhi dua syarat di bawah:

  1. Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan;
  2. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Sekiranya anda anggota perkhidmatan awam dan berada dalam skim perkhidmatan berpencen, anda masih layak memohon i-Citra.

Walau bagaimanapun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.

Jumlah Had Pengeluaran

  1. Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
  2. Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
  3. Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
  4. Bayaran minimum adalah RM50
  5. Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
  6. Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)

Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar dapat mengekalkan status sebagai ahli KWSP serta layak untuk mendapat manfaat yang berkenaan. (Manfaat Bantuan Kematian & Bantuan Hilang Upaya)

Permohonan Pengeluaran iCitra

Permohonan boleh dibuat mulai 15 Julai 2021 hingga 30 September 2021 melalui pautan icitra.kwsp.gov.my.

Bagaimanapun, portal ini hanya boleh diakses bermula 15 Julai 2021. Maklumat lanjut mengenainya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Tarikh Bayaran

Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.

Semakan Jumlah Simpanan KWSP

Ahli boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui:

  1. i-Akaun (Ahli)
  2. Aplikasi mudah alih i-Akaun
  3. Kios KWSP (termasuk kios KWSP di premis pihak ketiga)

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!