Advertisements

PLK-i : Tawaran Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik PTPK Tanpa Faedah

Advertisements

Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) kini mengadakan Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik (PLK-i) tanpa faedah bagi menyokong agenda pendidikan TVET negara sebagai pilihan utama dalam pendidikan tinggi negara.

Program ini diwujudkan bagi memastikan tiada pelajar tercicir untuk menyertai program TVET menerusi bantuan pinjaman latihan kemahiran yang ditawarkan.

Di samping itu, program ini juga mewujudkan teras pinjaman latihan kenahiran yang berkonsepkan patuh syariah yang memenuhi aspirasi Keluarga Malaysia.

Baca Juga : Tabung Usahawan Belia FELDA : Bantuan Perniagaan Sehingga RM 20,000

Kelebihan Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik (PLK-i)

Antara manfaat yang ditawarkan dalam program satu Pinjaman Latihan Kemahiran (PLK-i) adalah seperti berikut :

Advertisements
  • Tiada caj bayaran upah dikenakan (caj pentadbiran / perkhidmatan) untuk permohonan baru pinjaman latihan dan penukaran (Conversion) akaun konvensional selama 12 bulan.
  • Tiada bayaran faedah dikenakan buat peminjam untuk 12 bulan.
  • Pinjaman bersifat lebih adil dan ihsan.
  • Bersifat terbuka dan tidak terhad kepada orang beragama Islam.
  • Pinjaman dikawal selia oleh Jawatankuas Syariah PTPK.
Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik

Tarikh Pinjaman Latihan Kemahiran (PLK-i)

Untuk makluman, program pinjaman ini akan berkuat kuasa pada 15 Ogos 2022 untuk fasa pertama.   

Cara Memohon PLK-i

Calon yang berminat untuk memohon Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik ini boleh ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

  1. Pendaftaran boleh dibuat melalui Sistem Pengurusan Pembiayaan (SPPiv) di pautan http://online.ptpk.gov.my:7777/ptpk/online/
  2. Pengesahan Peminjam wajib dibuat dan boleh dilakukan di pautan MyPerkasa TVET di https://myperkasatvet.ptpk.gov.my/portal
Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai inisiatif pinjaman latihan ini, sila layari laman web PTPK di pautan https://www.ptpk.gov.my/.

Leave a Comment