[LIVE] Perutusan Khas Perdana Menteri 10 Oktober 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyampaikan sebuah Perutusan Khas pada petang ini, 10 Oktober 2022 pada jam 3.00 petang.

Perkara itu dimaklumkan oleh beliau sendiri melalui media sosial Facebook dan Twitter.

Desas-desus sebelum ini menjangkakan dijangka perutusan itu dibuat bagi tujuan pembubaran Parlimen.

Mengikut jadual hari ini, Ismail Sabri akan menghadiri Perhimpunan Agung MIC Di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada jam 2.30 petang.

Sebelum ini, Perdana Menteri Ismail Sabri telah pun menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada petang Ahad untuk memohon pembubaran Parlimen sejurus sebelum baginda berangkat ke London, pada malam Ahad.

Sementara itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi petunjuk akan ada pengumuman penting dibuat kerajaan hari ini, kemungkinan berkaitan pembubaran Parlimen.

Beliau juga mengesahkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah mempersembahkan cadangan pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong.

Parlimen Dibubarkan

  • Yang di-Pertuan Agong perkenan Parlimen dibubar hari ini – PM Ismail Sabri
  • PM syor kerajaan negeri, kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor bubar DUN pada tarikh sama, hari ini
  • PRU: Tarikh hari penamaan calon, hari mengundi dan urusan lain berkaitan tertakluk keputusan SPR
  • Pembubaran dilaksana bagi menoktahkan suara yang selama ini meratib keabsahan kerajaan, kerajaan pintu belakang dan tebuk atap

[LIVE] Perutusan Khas Perdana Menteri, 10 Oktober 2022

Saksikan Perutusan Khas Perdana Menteri ini secara langsung melalui media utama :

https://www.youtube.com/watch?v=nXAM8khtqSQ

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!