Perumahan Generasi Baharu FELDA: Syarat & Permohonan

Projek Perumahan Generasi Baharu FELDA atau singkatannya PGBF merupakan sebuah projek perumahan khas untuk generasi baru FELDA, yakni generasi anak dan cucu peneroka asal FELDA.

Projek ini diperkenalkan oleh kerajaan bertujuan untuk memberi peluang kepada generasi baharu FELDA yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan rumah impian sendiri, dan selesa untuk didiami bersama keluarga.

Walau bagaimanapun, projek ini tidak terlepas daripada kontroversi apabila sebahagian rumah telah terbengkalai sejak sekian lamanya sehingga memaksa kerajaan campur tangan dengan menyuntik lebih dana bagi memastikan banyak rumah terbengkalai dapat disiapkan.

Sebagai contoh di Pahang kerajaan negeri meluluskan cadangan pengambilalihan projek PGBF yang terbengkalai dibuat secara usaha sama dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP) dan pihak pemaju.

Projek PGBF yang telah diambil alih oleh kerajaan negeri Pahang ini telah dibuka semula pendaftaran bagi projek generasi baharu Felda yang dijenamakan semula kepada Rumah Pahang di mana kerajaan negeri Pahang telah mengambil alih projek rumah yang terbengkalai agak lama.

Pakej & Harga Rumah

Projek Perumahan Generasi Baharu FELDA ini diuruskan sepenuhnya oleh FIC Supplies Sdn Bhd, sebuah syarikat cabang pelaburan yang dimiliki sepenuhnya oleh FELDA.

Harga setiap pakej rumah yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Pakej Orkid – RM 78,000
  • Pakej Raflesia – RM 87,000
  • Pakej Kenanga – RM 113,800
  • Pakej Teratai – RM 135,000
  • Pakej Anggerik – RM 155,800
  • Pakej Alamanda – RM 199,800

Berikut merupakan katalog rasmi yang dikeluarkan oleh FIC Supplies untuk projek PGBF ini yang turut memapparkan setiap butiran pakej rumah yang ditawarkan untuk projek perumahan ini:

Perumahan Generasi Baharu FELDA

Artikel berkaitan: Tabung Usahawan Belia FELDA : Bantuan Perniagaan Sehingga RM 20,000

Syarat kelayakan

Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan di bawah sahaja akan dipertimbangkan untuk projek Perumahan Generasi Baharu FELDA ini:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon berumur 18 hingga 70 tahun.
  3. Tempoh pembiayaan maksima sehingga 35 tahun atau sehingga had umur pemohon berusia 70 tahun pada tarikh matang tempoh kemudahan pembiayaan (mana-mana yang terdahulu).
  4. Bekerja sendiri atau berpendapatan minimum RM1,000 sebulan.
  5. Pembelian rumah pertama dan untuk kediaman sendiri.
  6. Pemohon tidak diisytiharkan bangkrap.
  7. Tiada rekod tertunggak CCRIS melebihi 2 bulan

Permohonan

Bagi individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan projek Perumahan Generasi Baharu FELDA di atas, anda dipelawa untuk menghantar permohonan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun borang permohonan di https://drive.google.com/drive/folders/1V_hJPVMzLxtGtNfN8Vh5FZ6uWrQIBlQt?fbclid=IwAR1TsIHdB2M4oIp9YLC3DgEQ4Bx9j9pjcBLRuLeC_qdmsCsru8eIYmchL8E
  2. Isikan dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan pada borang permohonan tersebut
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar borang permohonan dan dokumen tersebut ke alamat:
    • FIC Supplies Sdn Bhd, Aras 4, Balai Felda, Jalan Gurney 1, 54000 Kuala Lumpur.

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai projek Perumahan Generasi Baharu FELDA, sila hubungi Pn Mas Suri di talian 010-2321037.

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!