Advertisements

PPAM / PPA1M : Semakan Permohonan Skim Perumahan Penjawat Awam

Advertisements

PERMOHONAN SKIM PERUMAHAN PENJAWAT AWAM PPAM / PPA1M

Perumahan Penjawat Awam Malaysia Jabatan Perumahan Negara PPAM (PPAM) adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam.

Skim ini bertujuan membantu penjawat awam khususnya penjawat awam muda dan berpendapatan sederhana memiliki rumah yang berkualiti di lokasi yang strategik dengan harga yang berpatutan atau lebih rendah daripada harga pasaran.

Semua penjawat awam termasuk yang bekerja dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Negeri/Tempatan, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri adalah layak dibawah skim ini.

Sistem Perumahan Penjawat Awam Malaysia (SPPAM) diwujudkan sebagai medium utama untuk penjawat awam membuat permohononan bagi perumahan PPAM.

Melalui sistem ini, semua permohonan dan penawaran akan dilakukan secara berpusat.

ppam pp1am

Lokasi Projek

Projek PPAM dibina di bandar-bandar utama di seluruh Malaysia yang mempunyai permintaan yang tinggi daripada penjawat awam.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Jenis rumah yang ditawarkan oleh PPAM ialah apartment, teres, berkembar, rumah bandar dan banglo.

Baca juga: LPPSA MyFinancing: Cara Daftar, Semakan Status & Baki Pinjaman

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah PPAM / PPA1M

Semua Penjawat awam yang bekerja dengan

  • Kerajaan Persekutuan
  • Kerajaan Negeri
  • Pihak Berkuasa Negeri
  • Pihak Berkuasa Tempatan
  • Badan Berkanun Persekutuan
  • Badan Berkanun Negeri.

Tarikh Permohonan PPAM

Maklumat berkenaan projek-projek yang dibuka untuk permohonan akan dikemaskini di portal PPAM dari semasa ke semasa.

Permohonan akan dibuka setelah pemaju mendapat Lesen Pemajuan Perumahan serta Permit Iklan & Jualan daripada Pihak Berkuasa yang berkenaan.

Maklumat berkenaan projek-projek yang dibuka untuk permohonan akan dikemaskini di portal PPAM dari semasa ke semasa.

Status permohonan boleh disemak di portal PPAM.

Pilihan Projek PPAM 2021

Pilihan projek hanya dibenarkan bagi pemohon yang telah melengkapkan profil.

Terdapat beberapa peraturan yang diset dalam aplikasi untuk setiap permohonan.

Peraturan tersebut adalah:

  1. Setiap pemohon hanya layak membuat tiga (3) permohonan sahaja dalam satu-satu masa.
  2. Sekiranya terdapat permohonan projek yang dibatalkan, pemohon boleh memohon projek lain dengan syarat tidak melebihi tiga (3) permohonan lengkap.
  3. Pemohon hanya boleh memohon projek lain sekiranya tiada permohonan yang berstatus Terima Tawaran, S&P atau Pemilikan.
  4. Sekiranya pemohon mempunyai pasangan yang telah ditawarkan, pemohon adalah tidak layak untuk ditawarkan dan tidak dibenarkan memohon projek yang baru.
  5. Sekiranya pemohon mempunyai permohonan pada projek PPAM Perbadanan Putrajaya, pemohon tidak layak untuk ditawarkan.

Sila rujuk senarai projek terbaru melalui pautan berikut: https://www.ppam.gov.my/project/list

Baca juga: Permohonan Rumah PPR (Program Perumahan Rakyat) Online 2021

Cara Permohonan Rumah PPAM / PPA1M

Semua permohonan PPAM selain Putrajaya hanya boleh dibuat melalui laman web www.ppam.gov.my manakala permohonan bagi projek di Putrajaya boleh dibuat di http://ppam.putrajaya.gov.my/.

Tiada borang secara manual.

Pemohon boleh merujuk manual pengguna di laman web berikut: http://www.ppam.gov.my/themes/ppam-portal/assets/manual/pemohon.pdf

permohonan ppam 2021

Pemohon boleh mengakses SPPAM melalui pautan
berikut:
i. Portal – http://www.ppam.gov.my
ii. Aplikasi – https://apps.ppam.gov.my

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan

Pemohon hanya perlu melengkapkan borang profil dan permohonan serta memuat naik dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan kad pengenalan pasangan (sekiranya berkaitan)
  • Salinan slip gaji terkini
  • Salinan kad pesara ( bagi pesara dan permohonan anak pesara)
  • Salinan surat beranak (bagi permohonan anak pesara)

Semakan Status Permohonan

Status permohonan boleh disemak di portal PPAM dan melalui aplikasi mobile dan rujuk status permohonan. Penjelasan status dalam Sistem PPAM adalah seperti berikut:

Keputusan permohonan boleh disemak selepas tempoh selepas 14 hingga 30 hari iklan ditutup di laman web PPAM dan tertakluk kepada jumlah permohonan diterima.

Berikut adalah penjelasan maksud status pemohonan:-

  • Lengkap : Sedang disemak oleh PPAM.
  • Pengundian Seterusnya : Undian telah dilaksanakan namun permohonan belum berjaya mendapat tawaran, undian semula akan dibuat semula sekiranya terdapat kekosongan pada masa akan datang.
  • Ditawarkan : Telah berjaya mendapat tawaran untuk projek yang telah dimohon.
  • Tidak Ditawarkan : Permohonan tidak lengkap / Tidak berjaya dalam Undian.

Maklumat Lanjut

Cawangan Perumahan Penjawat Awam Malaysia
Jabatan Perumahan Negara
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Aras 35, No.51 Persiaran Perdana
Presint 4, 62100 Putrajaya
Malaysia

https://www.ppam.gov.my/

Leave a Comment