Keputusan PSRA (Penilaian Sekolah Rendah Agama) akan diumumkan pada 19 November 2026 / Khamis, 10.00 pagi. Layari laman web https://keputusan.jais.gov.my/semakan-keputusan atau scan Kod QR yang tertera untuk membuat semakan keputusan.
Ikuti “stream” langsung di Facebook Jabatan Agama Islam Selangor – Rasmi dan Bahagian Pendidikan Islam JAIS.

Tahukah anda apa itu Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama? Ia adalah peperiksaan yang dijalankan ke atas pelajar darjah 6 di Sekolah Rendah Agama dan KAFA di negeri Selangor mengikut kehendak dan syarat-syaratnya.
Berikut adalah tarikh pelaksanaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) Tahun 2025 bagi Sekolah-sekolah Rendah Agama / Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) / KAFA Integrasi dan Sekolah-sekolah Islam Persendirian / Swasta Negeri Selangor.
Pengenalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA)
PSRA merupakan ujian yang dijalankan di Sekolah Rendah Agama, Sekolah Rendah Agama Integrasi dan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Integrasi seluruh Selangor, iaitu satu peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Bahagian Pendidikan Islam.
Ujian PSRA ini adalah berbeza sama sekali dengan Ujian Penilaian Kelas Kafa atau singkatannya UPKK.
UPKK pula merupakan peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ia dijalankan ke atas semua pelajar darjah 5 di sekolah KAFA seluruh Malaysia.
BACA JUGA: Permohonan Sekolah Agama Johor & Tadika Agama Johor 2026
Skop PSRA
Skop sukatan pelajaran PSRA bermula dari darjah 4 hingga 6 sahaja.
Bidang yang dinilai adalah:
- Al-Quran dan Hafazan
- Akhlak/Sirah
- Tajwid
- Tauhid/Feqah
- Bahasa Arab
- Jawi, Imlak, Khat
Dari segi pemarkahan dalam setiap subjek pula, markah akan diberikan berdasarkan pangkat seperti yang berikut:
- Mumtaz (Cemerlang)
- Jayyid Jiddan (Sangat baik)
- Jayyid (Baik)
- Maqbul (Lulus)
- Musaadah (Perlu Bimbingan)
Tarikh Semakan Keputusan PSRA
Keputusan PSRA bagi tahun 2026 akan diumumkan seperti butiran berikut:
- Tarikh : 19 November 2026
- Hari : Khamis
- Masa : 10.00 pagi (selepas tamat pengumuman rasmi)
- Layari laman web https://keputusan.jais.gov.my/semakan-keputusan atau scan Kod QR yang tertera untuk membuat semakan keputusan

Cara Semakan Keputusan PSRA Online
Keputusan peperiksaan PSRA 2026 boleh disemak secara dalam talian melalui pautan yang akan diberikan oleh Bahagian Pendidikan Islam JAIS iaitu : https://keputusan.jais.gov.my/portal-keputusan

Permohonan Semakan Semula Keputusan PSRA 2026
Permohonan semakan semula keputusan PSRA 2026 akan dibuka bermula 20 November 2026 (Jumaat) pada jam 8.00 pagi sehingga 22 November 2026 (Ahad) jam 12.00 tengah malam.
Format Penilaian PSRA Mulai 2025
Berikut ialah format penilaian terkini untuk ujian PSRA mulai tahun 2025:






Kepentingan PSRA
Pelajar yang lulus dengan cemerlang (Mumtaz) di dalam ujian ini berpeluang untuk menyambung pengajian ke:
- Maahad Integrasi Tahfiz Negeri Selangor (MITS)
- Sekolah-sekolah Agama Menengah (SABK) Negeri Selangor
Keputusan UPKK dan PSRA yang baik akan membantu para pelajar mendapat peluang yang lebih baik untuk mendapat tempat di sekolah menengah agama Tingkatan 1 di negeri Selangor.
Pendaftaran Calon PSRA
Borang permohonan calon PSRA boleh dimuat turun terus dari laman web JAIS di pautan berikut: https://pendidikan.jais.gov.my/pendaftaran_psra
PSRA ialah peperiksaan bersijil yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui Bahagian Pendidikan Islam untuk murid Tahun 6 di:
– Sekolah Rendah Agama (SRA)
– Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI)
– KAFA Integrasi Selangor
Beza PSRA & UPKK:
– PSRA : Khusus untuk Selangor (oleh JAIS)
– UPKK : Dijalankan oleh JAKIM untuk seluruh negara
Bidang Dinilai dalam PSRA (6 bidang):
1. Al-Quran dan Hafazan (dinilai secara gred)
2. Akhlak dan Sirah (AS01)
3. Bahasa Arab (BA02)
4. Jawi, Imlak dan Khat (JIK03 – 5 bahagian, 1 jam 30 minit)
5. Tauhid dan Feqah (TF04)
6. Tajwid (TJ05)
Syarat Kelayakan:
– Murid perlu menuntut sekurang-kurangnya 2 tahun (Tahun 5 & 6) di institusi berdaftar.
Semakan keputusan boleh dibuat pada tarikh berikut:
Tarikh : 19 November 2026
Hari : Khamis
Layari laman web https://keputusan.jais.gov.my/semakan-keputusan atau scan Kod QR yang tertera untuk membuat semakan keputusan.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi maklumat yang tertera di bawah:
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),
Bahagian Pendidikan Islam,
Bangunan Sultan Idris Shah,
Tingkat 2 & 3 Menara Utara,
No 2 Persiaran Masjid,
40676 Shah Alam Selangor
- Tel: 03-5514 3400 samb. 2037/2050 (Kaunter)
- Fax: 03-5512 3035/5510 5053
- Email: [email protected]




