Bayaran Pendahuluan Insentif Pembajakan Padi (IPKP) RM200

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan pihak Kerajaan telah bersetuju melaksanalan Insentif Pembajakan Padi (IPKP) kepada pesawah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan kerajaan bersetuju membayar wang pendahuluan RM200 sehektar iaitu sebahagian daripada kadar IPKP kepada 240,000 pesawah berdaftar di seluruh negara bagi mengurangkan bebanan mereka.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai insentif ini.

Mengenai Insentif Pembajakan Padi (IPKP)

Insentif Pembajakan Kepada Pesawah merupakan bantuan kewangan kerajaan RM300 sehektar per musim bagi meringankan kos pembajakan sawah.

Tujuan pemberian insentif ini adalah untuk membantu mengurangkan bebanan kos pengeluaran yang ditanggung oleh pesawah terutama akibat daripada kenaikan kos diesel dan seterusnya kos membajak.

Selain itu, ini juga bertujuan untuk mengurangkan kos modal pusingan awal yang ditanggung pesawah yang berdaftar di bawah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) di Semenanjung Malaysia.

Ini bagi mencapai hasrat kerajaan yang telah menetapkan sasaran pengeluaran padi negara untuk mencapai 90% tahap sara diri (SSL) beras dan meningkatkan pendapatan pesawah-pesawah melalui aktiviti pesawahan mereka.

Syarat Pemberian Insentif

Syarat pemberian insentif ini adalah seperti berikut:

  1. Pemberian bantuan upah pembajakan melalui insentif pembajakan kepada pesawah ini meliputi semua kawasan padi termasuk kawasan semusim dan dua musim.
  2. Pemberian insentif pembajakan ini akan diberi kepada pesawah dalam bentuk bantuan upah membajak. Walau bagaimanapun bayaran ini dibuat kepada pemilik-pemilik jentera.
  3. Insentif diberikan kepada pesawah yang mengusahakan sawah (tanaman padi) sama ada diatas tanah sendiri, disewa atau dipajak atau lain-lain yang mendapat kebenaran pihak berkuasa berkaitan.
  4. Pesawah mesti mendapatkan khidmat pembajakan dari pemilik-pemilik jentera pembajak yang berdaftar dengan LPP/MADA/KADA/Jabatan Pertanian Sarawak.
  5. Pesawah perlu mendaftar dengan Pertubuhan Peladang Kawasan dan memenuhi syarat berikut:
    – Warga negara Malaysia
    – Pesawah yang berdaftar dengan LPP, KADA, MADA dan Jabatan Pertanian Sarawak

Jumlah Bayaran

Jumlah bayaran bagi bantuan IPKP adalah sebanyak RM300 sehektar per musim.

Namun, mulai Mei 2026, bayaran tersebut diberikan melalui 2 fasa agihan iaitu RM200 sehektar (bayaran pendahuluan) dan bakinya dibayar kemudiannya.

Agihan Bayaran

Sistem bayaran berperingkat untuk kelancaran aliran tunai kepada pesawah:

FASA 1: (RM200/hektar): Dibayar secara one-off sebelum atau semasa keria membajak bermula.

FASA 2 (RM100/hektar): Baki bayaran akan disalurkan selepas keria pembajakan selesai dan disahkan.

Tarikh Bayaran

Tarikh mula bayaran secara 2 fasa ini dibuat adalah mulai 19 Mei 2026 (secara berperingkat).

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan IPKP?

Insentif Pembajakan Kepada Pesawah merupakan bantuan kewangan kerajaan RM300 sehektar per musim bagi meringankan kos pembajakan sawah.

Berapakah jumlah bayaran untuk insentif ini?

Jumlah bayaran bagi bantuan IPKP adalah sebanyak RM300 sehektar per musim.

Bagaimanakah cara agihan dibuat mulai Mei 2026?

– FASA 1: (RM200/hektar): Dibayar secara one-off sebelum atau semasa keria membajak bermula.
– FASA 2 (RM100/hektar): Baki bayaran akan disalurkan selepas keria pembajakan selesai dan disahkan.

Mengapakan bayaran pendahuluan ini diperkenalkan?

Ini bertujuan untuk mengurangkan kos modal pusingan awal yang ditanggung pesawah yang berdaftar di bawah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) di Semenanjung Malaysia.

Bilakah tarikh bayaran IPKP secara 2 fasa ini dibuat?

Tarikh mula bayaran secara 2 fasa ini dibuat adalah mulai 19 Mei 2026 (secara berperingkat).

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Insentif Pembajakan Padi (IPKP), sila layari laman web KPKM iaitu https://www.kpkm.gov.my/bm

Baca juga: TVET Pertanian: Permohonan Kemasukan Sesi Julai 2026 Kini Dibuka

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut