Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mempelawa usahawan berimpak untuk mendapatkan Penarafan Perusahaan Sosial (SE) secara rasmi menerusi pautan https://semy.com.my/.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai penarafan ini.

Apa Itu Perusahaan Sosial?
Perusahaan Sosial adalah entiti yang berdaftar di bawah undang-undang bertulis di Malaysia, didorong oleh matlamat sosial dan mempunyai model perniagaan yang berdaya maju dari segi kewangan bagi menangani cabaran sosial dan/atau alam sekitar, serta bertujuan untuk menghasilkan impak yang positif kepada penerima manfaat dan ekonomi.
Ciri-ciri perusahaan sosial adalah seperti berikut:
- Didorong Oleh Matlamat/ Didorong Oleh Tujuan
- Perniagaan Berdaya Maju
- Menangani Cabaran Sosial Dan/ Atau Alam Sekitar
- Mencapai Impak Positif
Mengenai Penarafan Perusahaan Sosial
Penarafan Perusahaan Sosial diwujudkan untuk mengesahkan status sesuatu perusahaan sosial bagi membantu mereka mendapatkan akses kepada pelbagai sokongan dan peluang yang lebih besar untuk mengembangkan perniagaan.
Ia diwujudkan oleh kerajaan untuk mengesahkan status sesuatu perusahaan sosial bagi membantu mereka mendapatkan akses kepada pelbagai sokongan dan peluang yang lebih besar dalam mengembangkan perniagaan.
Penarafan kepada perusahaan sosial adalah kunci kepada ekosistem sokongan yang lebih luas seperti:
- Pengesahan Status Akses
- Pelbagai Inisiatif
- Peluang Skala Perniagaan
Kumpulan Sasar
Kumpulan sasar menerusi penarafan ini adalah seperti berikut:
- Kanak-Kanak
- Warga Emas
- Orang Kelainan Upaya
- Gelandangan Dan Pengemis
- Mangsa Bencana Alam
- Mangsa Keganasan Rumah Tangga
- Pesalah di Bawah Perintah Khidmat Masyarakat
- Mangsa Pemerdangan Manusia
- Belia Kurang Bernasib Baik
- Populasi Rentan
- Masyarakat Orang Asli/ Asal
- Keluarga Rentan: Ibu Tunggal Dan Bapa Tunggal
- Orang Yang Mengalami Ketagihan
- Bekas Banduan
- Individu Tanpa Dokumen
- Golongan Miskin dan Miskin Tegar
- Perlindungan Haiwan
Tahap Penarafan
Terdapat 3 tahap penarafan iaitu:
- Tunas Perusahaan Sosial (Aspiring SE) : Tahap permulaan
- Perusahaan Sosial Asas (SE.B) : Tahap pertengahan
- Perusahaan Sosial Diakreditasi (SE.Ac) : Tahap potensi


Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://semy.com.my/
Dokumen yang diperlukan bagi permohonan penarafan ini adalah seperti berikut:
- Salinan sijil pendaftaran organisasi
- Dokumen yang menyatakan tujuan penubuhan dengan jelas
- Akaun Pengurusan (Management Account)
- Akaun Beraudit Disatukan (Consolidated Audited Account)
Soalan Lazim
Perusahaan Sosial ialah entiti yang berdaftar di bawah undang-undang bertulis di Malaysia, didorong oleh matlamat sosial dan mempunyai model perniagaan yang berdaya maju dari segi kewangan bagi menangani cabaran sosial dan/atau alam sekitar, serta bertujuan untuk menghasilkan impak yang positif kepada penerima manfaat dan ekonomi.
– Didorong Oleh Matlamat/ Didorong Oleh Tujuan
– Perniagaan Berdaya Maju
– Menangani Cabaran Sosial Dan/ Atau Alam Sekitar
– Mencapai Impak Positif
Penarafan Perusahaan Sosial diwujudkan untuk mengesahkan status sesuatu perusahaan sosial bagi membantu mereka mendapatkan akses kepada pelbagai sokongan dan peluang yang lebih besar untuk mengembangkan perniagaan.
– Tunas Perusahaan Sosial (Aspiring SE) : Tahap permulaan
– Perusahaan Sosial Asas (SE.B) : Tahap pertengahan
– Perusahaan Sosial Diakreditasi (SE.Ac) : Tahap potensi
Permohonan perlu dibuat menerusi atas talian iaitu https://semy.com.my/.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai Penarafan Perusahaan Sosial, sila hubungi:
- No Tel: 03 – 8883 6415/ 6431/ 6418 C
- Emel: [email protected]/[email protected]
- Laman web: https://semy.com.my
Baca juga: Halal Sukses KUSKOP – Geran Usahawan Sehingga RM15,000




