Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Berita baik untuk pembayar cukai di Malaysia!

Melalui pembentangan Belanjawan 2027, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan peningkatan had pelepasan cukai individu daripada RM9,000 kepada RM12,000.

Langkah ini dilaksanakan setelah kadar pelepasan cukai asas berkenaan tidak pernah disemak atau diubah sejak tahun 2010.

Jom semak senarai pelepasan cukai pendapatan 2027 yang baru sahaja diumumkan di bawah.

Kenaikan Had Pelepasan Cukai 2027

Had Pelepasan Cukai Pendapatan teah dinaikkan kepada RM12,000 untuk tahun taksiran 2027. Keputusan menaikkan had pelepasan cukai sebanyak RM3,000 ini bertujuan untuk meringankan tekanan kos sara hidup, khususnya bagi membantu golongan pertengahan (M40).

Peningkatan had ini, bersama-sama dengan pengurangan kadar cukai pendapatan sebanyak satu mata peratusan bagi beberapa banjaran M40, dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 5.116 juta pembayar cukai dengan anggaran lebihan pendapatan boleh guna sehingga RM1,600 seorang.

Senarai Pelepasan Cukai 2027 yang diperluas:

  • Rawatan selepas bersalin
  • Penjagaan ibu bapa dan datuk nenek
  • Pembelian kasut sukan
  • Yuran pengajian dan kemahiran bagi semua bidang
  • Tuisyen anak
  • Langganan AI
  • Kos pemvaksinan
  • Pengambilan haiwan peliharaan angkat daripada pusat berdaftar
Senarai Pelepasan Cukai 2027 yang Perlu Anda Tahu
Sumber: BERNAMA

Pengurangan Kadar Cukai M40 & Kenaikan Cukai Jutawan

Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan sebanyak satu mata peratusan bagi dua julat pendapatan bercukai.

  • RM70,001 hingga RM100,000: Kadar cukai diturunkan kepada 18% (daripada 19%).
  • RM100,001 hingga RM150,000: Kadar cukai diturunkan kepada 24% (daripada 25%).
  • Pendapatan melebihi RM1 juta: Kadar cukai bagi golongan berpendapatan tinggi dinaikkan secara progresif kepada 30%.

Gabungan kenaikan pelepasan asas dan penurunan kadar cukai ini dijangka memberikan lebihan pendapatan boleh guna sehingga RM1,600 kepada kira-kira 5 juta pembayar cukai.

Peluasan Skop Pelepasan Cukai Individu

Kerajaan turut memperluas skop pelepasan cukai merangkumi pelbagai kategori semasa bagi manfaat pembayar cukai seperti berikut:

  • Kebajikan Warga Emas: Penjagaan ibu bapa dan datuk nenek yang kini diperluas untuk merangkumi semua perbelanjaan penjagaan (tidak lagi terhad kepada kos kesihatan sahaja).
  • Gaya Hidup & Digital: Merangkumi yuran langganan perkhidmatan Kecerdasan Buatan (AI), kos pemvaksinan, serta kos/yuran bagi pengambilan haiwan peliharaan angkat daripada pusat yang berdaftar.
  • Keluarga, Sukan & Pendidikan: Meliputi perbelanjaan bagi rawatan perubatan selepas bersalin (penjagaan berpantang), pembelian kasut sukan, serta pelepasan bagi pembayaran yuran tuisyen anak.
Senarai Pelepasan Cukai 2027 yang Perlu Anda Tahu

Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan maklumat lanjut & info terkini mengenai pelepasan cukai 2027, anda boleh memantau saluran-saluran berikut:

    Anda boleh muat turun teks ucapan penuh Belanjawan 2027 di Laman Web Rasmi Belanjawan Kementerian Kewangan (MOF) atau ringkasan di https://belanjawan.my

    Soalan Lazim Pelepasan Cukai 2027

    Betul ke pelepasan cukai individu dinaikkan ke RM12,000?

    Betul. Had pelepasan cukai asas bagi individu pemastautin telah dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM12,000. Ini merupakan semakan pertama yang dibuat oleh kerajaan dalam tempoh 16 tahun sejak tahun 2010.

    Siapakah yang akan menikmati pengurangan kadar cukai sebanyak 1%?

    Pengurangan sebanyak satu mata peratusan ini diberikan kepada golongan pekerja dalam dua braket pendapatan bercukai berikut:
    – RM70,001 hingga RM100,000: Kadar cukai turun kepada 18% (daripada 19%).
    – RM100,001 hingga RM150,000: Kadar cukai turun kepada 24% (daripada 25%).

    Bolehkah saya menuntut pelepasan untuk pembelian kasut sukan?

    Ya. Pembelian kasut sukan khusus kini dimasukkan secara rasmi di bawah pelepasan cukai gaya hidup bagi sukan.

    Bagaimana pula dengan pelepasan bagi pengambilan haiwan peliharaan?

    Anda layak menuntut pelepasan cukai bagi kos atau yuran pengambilan haiwan peliharaan angkat (pet adoption) dengan syarat proses pengambilan tersebut dilakukan melalui pusat perlindungan haiwan yang berdaftar secara rasmi. Simpan dokumen perjanjian angkat dan resit bayaran rasmi sebagai bukti.

    Penulis