Pantun Selamat Pagi: Koleksi Pantun dan Gambar

Terdapat banyak cara untuk memulakan hari anda pada waktu pagi, antaranya adalah dengan pantun selamat pagi.

Pantun sebegini boleh berbentuk sebuah doa, pantun lucu yang menceriakan pagi anda atau sekadar membangkitkan semangat anda pada waktu pagi.

Berikut merupakan koleksi pelbagai tema pantun selamat pagi yang anda boleh kongsikan di akaun media sosial anda atau menghantarnya pada teman-teman anda.

Pantun bertemakan motivasi

Berikut merupakan koleksi pantun selamat pagi bertemakan motivasi untuk membangkitkan hari anda di waktu pagi:

Burung pipit di atas lembu
Terbang ke ranting indah terlihat
Ayuh bangkit daripada tidurmu
Sambut pagi dengan semangat

Mentari pagi terbit ditimur,
Burung-burung tebar berkicauan
Semakin hari bertambah umur,
Gunalah untuk perkara kebaikan.

Mudik ke hulu mencari palas,
Buat ketupat di hari raya,
Kalau hidup sentiasa malas,
Sampai bila takkan berjaya.

Hati-hati melintas di jalan,
Ikut lorong pejalan kaki,
Selamat pagi kawan-kawan,
Semoga ceria sepanjang hari.

Bunga ranum buahnya lebat,
Air perigi terasa hangat,
Assalamualaikum wahai sahabat,
Sambut pagi penuh semangat.

Pohon mangga buahnya lebat,
Secangkir kopi diminum hangat,
Selamat pagi para sahabat,
Sambut ceria dengan semangat.

Cahaya pagi membuat bayng,
Pulang ke desa membawa sampan,
Selamat pagi duhai sayng,
Lekas mandilah biar tampan

Artikel menarik: Koleksi Pantun Cinta ‘Pickup Line’ Untuk Orang Tersayang

Pantun berbentuk doa

Berikut merupakan koleksi pantun selamat pagi berbentuk doa:

Burung kedidi di tepi perigi,
Menyusur lalu mencari makan,
Saya ucapkan selamat pagi,
Moga hidup sejahtera dan aman.

Pagi indah cuaca nyaman,
Udara segar sinar mentari,
Selamat pagi saya ucapkan,
Semoga hidup sentiasa diberkati.

Burung tekukur hinggap di dahan,
Mencari makan mematuk-matuk,
Bersyukur kita kepada Tuhan,
Masih menghirup pagi yang sejuk.

Hati-hati melintas di jalan,
Ikut lorong pejalan kaki,
Selamat pagi kawan-kawan,
Semoga ceria sepanjang hari.

Bunga sekuntum bunga melati,
Putih berseri harum baunya,
Assalamualaikum dan selamat pagi,
Semoga hari ini sehat dan bahagia.

Ada ular masuk ke gua,
Air minum pencuci muka,
Awali pagi hari dengan berdoa,
Assalamu alaikum salam pembuka.

Indah mawar bunganya merah,
Tempat bermain si anak lebah,
Pagi ini pagi yang cerah,
Semoga hari semakin indah.

Grafik / Gambar Pantun Selamat Pagi

Berikut merupakan beberapa koleksi gambar pantun selamat pagi yang boleh anda gunakan di akaun sosial media anda.

pantun selamat pagi
ucapan selamat pagi
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!