Panduan Qiamullail (Ibadah / Solat Malam) – JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menyediakan Panduan Qiamullail bagi memudahkan orang Islam di Malaysia melakukan ibadah solat malam (Qiyamullail) dengan sempurna bersandarkan kepada sumber-sumber yang sahih.

Qiamullail ialah satu amalan sunat yang bererti ‘bangun malam’ iaitu bangun dengan tujuan untuk beribadat kepada Allah SWT.

Amalan Qiamullail bukanlah satu perkara baru, bahkan ianya merupakan ibadat yang sudah menjadi darah daging atau amalan para rasul, nabi-nabi, orang soleh dan alim ulama sejak dahulu lagi.

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah solat tahajjud padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.

Surah al-Isra’ Ayat 79

Apa Itu Qiamullail?

Dari sudut bahasa, ‘Qiam’ bermaksud berdiri, manakala ‘Al-Lail’ maksudnya malam.

‘Qiam-allail’ bermaksud bangun malam dan beribadat kepada Allah.

Banyak ayat al-Quran dan hadith nabi yang menerangkan tentang kelebihan bagi mereka yang mengerjakan amalan ini.

Sepertimana yang dijelaskan sebelum ini bahawa qiamullail merupakan amalan sunat yang sangat tinggi ganjarannya dari Allah SWT.

Amalan ini boleh dikerjakan secara persendirian atau bersama anak isteri di rumah ataupun secara berjemaah sama ada di masjid atau di surau.

Jika dikerjakan secara persendirian atau bersama keluarga bolehlah dikerjakan di rumah sahaja.

Waktu yang sebaik-baik bangun ialah sepertiga akhir malam (kira-kira jam 3-00 pagi).

Setelah kita bangun dan mengambil wuduk lalu terus mengerjakan sembahyang sunat Tahajjud dua rakaat atau lebih dan mengerjakan sunat lain seperti sunat Tasbih, sunat Taubat, sunat Hajat dan sunat Witir.

Sebagai rujukan, anda boleh muat turun panduan lengkap di bawah secara percuma.

Kelebihan Qiamullail

  1. Dapat menyucikan jiwa dan keuatan rohani
  2. Mendekatkan diri kepada Allah
  3. Dapat mendatangkan tumpuan atau kekhusyukan
  4. Memudahkan perjalanan menyeberang siratulmustaqim
  5. Saat mustajab untuk doa dikabulkan
  6. Memberi kesihatan baik
qiamullail kelebihan jakim

Amalan sunat Qiamuallail

  1. Sembahyang Sunat Awwabin
  2. Sembahyang Sunat Tahajjud
  3. Sembahyang Sunat Hajat
  4. Sembahyang Sunat Taubat
  5. 5. Sembahyang Sunat Tasbih
  6. Sembahyang Sunat Witir
  7. Membaca al-Quran
  8. Zikir

Muat Turun Panduan Lengkap

Bagi memudahkan anda menunaikan Qiamullail dengan sempurna, sila muat turun panduan lengkap Qiamullail yang diterbitkan oleh JAKIM ini.

Panduan lengkap ini turut dimuatkan dengan niat solat sunat, bacaan surah, zikir dan pelbagai lagi nota berkaitan Qiamullail.

Untuk memuat turun panduan lengkap Qiamullail yang diterbitkan oleh JAKIM ini, sila klik MUAT TURUN.

panduan qiamullail jakim
panduan qiamullail jakim
panduan qiamullail jakim
panduan qiamullail jakim
panduan qiamullail jakim
panduan qiamullail jakim
panduan qiamullail jakim
panduan qiamullail jakim
panduan qiamullail jakim

Untuk panduan lengkap, anda boleh rujuk halaman muat turun JAKIM di pautan https://bit.ly/PanduanRingkasQiamullailJAKIM

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!