Bila bercakap tentang pakaian bertemakan retro, apa yang anda faham?
Apa pula beza antara retro dan vintaj?
Pakaian retro dan Vintaj semakin mendapat tempat dalam masyarakat sejak kebelakangan ini, malah tema ini biasanya digunakan dalam acara-acara keramaian keluarga, syarikat, organisasi dan sebagainya.
Walaupun sudah muncul banyak fesyen dan rekabentuk pakaian baru masa kini, terdapat sesuatu tentang reka bentuk dan gaya vintaj dan retro yang menjadikannya begitu unik sehingga ia dicipta semula.
Apa itu pakaian retro?
Kita biasanya perkataan Retro untuk menunjukkan bahawa reka bentuk sesuatu yaang telah dibuat berdasarkan gaya dari tempoh masa sebelumnya.
“Retro” berasal daripada perkataan “retrospektif”, yang bermaksud “menoleh ke belakang”,
Apabila muzik, fesyen, malah pereka rumah dan perabot membayangkan semula era gaya lampau, ia menjadikan ciptaan moden mereka “retro”.
Dalam senario fesyen, pakaian retro merujuk kepada pakaian yang meniru dan menarik inspirasi daripada gaya masa lalu.
Potongan berinspirasikan vintaj yang baru dihasilkan, atau bahkan potongan pakaian terpakai dari tahun kebelakangan ini digayakan dengan cara yang terasa vintaj.
Vintaj vs retro
Retro adalah sejenis gaya atau reka bentuk yang merujuk kepada trend fesyen sebelumnya, terutamanya gaya vintaj.
Ia juga dikenali sebagai “inspirasi vintaj” atau “meniru vintaj.
“Retro” adalah berbeza daripada “vintage” dari segi penampilan dan material. \Pakaian retro mempunyai rupa yang dikemaskini dan lebih diubahsuai.
Ini bermakna bahawa pakaian retro yang dibuat dengan gaya lama atau reka bentuk tetapi dengan bahan-bahan baru atau kontemporari.
Retro kebanyakannya dipinjam, diterbitkan semula atau ditiru reka bentuk.
Tips mendapatkan pakaian berkonsepkan retro
Sekiranya anda sedang mencari pakaian berkonsepkan retro, berikut merupakan beberapa lokasi atau tips untuk mencari pakaian berkonsepkan sebegini:
- Kedai bundle – Banyak pilihan dan kebiasaannya lebih murah
- Shopee – Taip sahaja kata kunci seperti “retro” dan seumpamanya. Begitu banyak pilihan. Namun, disebabkan pembelian dilakukan secara online, pastikan anda membeli sekurang-kurangnya 1 minggu lebih awal sebelum tarikh majlis bagi memastikan pakaian yang dibeli sempat sampai ke rumah anda!
- Jadi kreatif – Anda mungkin tidak sedar pakaian yang berada dalam almari anda sebenarnya boleh digayakan untuk menjadi gaya retro. Gunakan kreativiti anda dan boleh lihat gambar-gambar di internet untuk mendapatkan inspirasi gaya retro.
Artikel berkaitan: Pakaian Formal Lelaki & Perempuan Untuk Interview / Majlis Rasmi