Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2026, Jabatan Kebajikan Masyarakat menjemput Orang Kurang Upaya (OKU) yang berminat untuk menyertai sebahagian daripada khalayak sambutan Hari Kebangsaan 2026.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai tawaran ini.

Mengenai Sambutan Hari Kebangsaan 2026
Sambutan Hari Kebangsaan merupakan acara rasmi tahunan yang diadakan pada 31 Ogos setiap tahun untuk memperingati tarikh kemerdekaan negara, menyemarakkan semangat patriotisme, dan menjadi wadah perpaduan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Selain itu, sambutan ini juga menjadi simbol kebebasan negara daripada penjajahan asing serta platform penting untuk mengukuhkan jati diri rakyat.
Lazimnya, pelbagai acara diatur pada setiap 31 Ogos seperti perbarisan dan perarakan yang mengumpulkan pelbagai kontinjen negara, persembahan kebudayaan, serta pertunjukan aset pertahanan.
Untuk tahun ini, golongan OKU juga diberikan ruang untuk menjadi khalayak sempena Hari Kebangsaan 2026 yang akan diadakan di Dataran Istana Kehakiman, Putrajaya.
Maksud OKU
Di Malaysia, golongan Orang Kurang Upaya (OKU) didefinisikan di bawah Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685) sebagai individu yang mempunyai kekurangan jangka panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria.
Dalam erti kata lain, kekurangan tersebut boleh menghalang daripada penyertaan penuh dan efektif dalam masyarakat secara setara dengan orang lain.
Terdapat 7 kategori OKU di Malaysia iaitu:
- Kurang Upaya Pendengaran
- Kurang Upaya Penglihatan
- Kurang Upaya Pertuturan
- Kurang Upaya Pembelajaran
- Kurang Upaya Fizikal
- Kurang Upaya Mental
- Kurang Upaya Pelbagai
Butiran Program
Butiran program OKU sebagai khalayak bagi sambutan ini adalah seperti berikut:
| Tarikh | Masa | Tempat | Tempat Berkumpul |
| 29 Ogos 2026 : Raptai Penuh 31 Ogos 2026: Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2026 | 5.30 pagi – 11.30 pagi | Dataran Istana Kehakiman, Putrajaya | Lobi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat |
Jumlah Penyertaan
Jumlah penyertaan adalah sebanyak 200 tempat sahaja.
Syarat Penyertaan
Syarat penyertaan adalah seperti berikut:
- Berumur 18 tahun ke atas (atau jika di bawah 18 tahun, hendaklah ditemani oleh ibu bapa/penjaga)
- Bagi peserta yang memerlukan bantuan pergerakan atau penjagaan, digalakkan hadir bersama seorang pengiring (jika berkenaan).
- Berada dalam keadaan sihat dan berupaya menghadiri program sepanjang tempoh acara.
- Bersetuju bahawa gambar atau rakaman video sepanjang program boleh digunakan bagi tujuan dokumentasi dan hebahan rasmi.
- Bersetuju mematuhi segala peraturan dan arahan urus setia sepanjang program berlangsung.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan iaitu https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfQPNFVummWH1TpmYiv_iSR4rHHi8MT4OjlqZzoIE5Rb4Oasg/viewform
Peserta yang terpilih yang akan dimaklumkan oleh pihak urus setia.
Soalan Lazim
Tarikh yang ditetapkan adalah 29 Ogos 2026 untuk raptai penuh dan 31 Ogos 2026 bagi Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2026.
Jumlah penyertaan bagi khalayak OKU adalah sebanyak 200 tempat sahaja.
OKU di bawah 18 tahun hendaklah ditemani oleh ibu bapa/penjaga jika terpilih.
Pendaftaran boleh dibuat di pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfQPNFVummWH1TpmYiv_iSR4rHHi8MT4OjlqZzoIE5Rb4Oasg/viewform.
OKU yang yang terpilih yang akan dimaklumkan oleh pihak urus setia.
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Puan Emilia Syatirah binti Derahim di talian 03-8323 2494 atau emel [email protected].




