Copastin: Kegunaan, Dos dan Kesan Sampingan

Apakah kegunaan Copastin untuk melegakan masalah kesihatan dan cara pengambilannya yang betul?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan Copastin dan kegunaannya kepada kesihatan.

Baca juga:

Apa itu Copastin

Copastin adalah sejenis tablet yang digunakan untuk merawat batuk kering. ia dikilangkan oleh Y.S.P Industries (M) Sdn. Bhd.

Ramai yang mengenalinya sebagai tablet hijau pucat berbentuk bulat yang bersalut filem, dengan satu bahagian ditandakan dengan “C”.

Tablet ini mempunyai kesan kelegaan yang kuat dan bersifat antihistamin yang ringan. Boleh didapatkan melalui preskripsi doktor.

Kandungan Copastin

Tablet ini mengandungi bahan aktif dan bahan tak aktif. Bahan aktif yang terkandung adalah Cloperastine Hydrochloride.

Manakala bahan tidak aktifnya pula adalah Lactose, Carboxymethylcellulose Calcium, Starch, Magnesium Stearate, Neusilin, Opandry II Green, dan Purified water.

Fungsi dan kepentingannya

Copastin Tablet merupakan sejenis agen antitusif bukan narkotik yang berfungsi untuk mencegah batuk tidak produktif. Ia bertindak pada pusat batuk dalam otak untuk menyekat refleks batuk.

Ubat ini mempunyai kesan melegakan batuk yang kuat, tindakan seperti papaverine (untuk rawatan kekejangan jantung dan otak) dan kesan antihistamina yang ringan.

Cara pengambilan yang betul

Copastin perlu diambil dengan tetap dan selama mana mengikut nasihat doktor anda. Namun dos yang disyorkan bagi orang dewasa adalah 1-2 tablet setiap hari.

Manakala untuk kanak-kanak, ubat ini masih belum direkodkan selamat untuk digunakan.

Ubat yang boleh berinteraksi dengan Copastin

Tablet hijau ini boleh berinteraksi dengan ubat-ubat lain yang sedang anda ambil. Ia boleh merubah cara sesuatu ubat itu berfungsi serta risiko atau kesan sampingan lain yang berlaku.

Justeru, untuk mengelakkan sebarnag interaksi ubat, anda perlulah menyenaraikan semua ubat yang ada digunakan termasuk ubat preskripsi, ubat tanpa preskripsi, dan produk herba.

Dinasihatkan, jangan sekali-kali memulakan atau memberhentikan atau mengubah dos ubat tanpa kelulusan doktor anda yang merawat.

Kaedah penyimpanan Copastin

Simpan Copastin ini di bawah suhu 30ºC, elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan kelembapan. Anda juga boleh simpan dalam bekas yang tertutup dan rawat.

Kesan sampingan

Mereka yang mengambil ubat ini mungkin akan mengalami beberapa kesan sampingan seperti anoreksia (hilang selera makan), mengantuk yang teruk, kemurungan, kekeliruan, keletihan, loya, dan mulut kering.

Bagi individu yang hamil dan menyusu, tablet ini hanya perlu digunakan apabila diperlukan sahaja. Pastikan pengambilan di atas perbincangan bersama doktor.

Hal yang sama begitu juga bagi mereka yang mempunyai masalah yang berkaitan dengan pengeluaran rembesan bronkial, seperti cystic fibrosis (penyakit gangguan genetik yang menjejaskan kelenjar eksokrin) kerana ini boleh mengakibatkan pengekalan sputum dan perkembangan radang paru-paru (keadaan radang paru-paru).

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan Copastin dapat memberikan anda informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. What Is Copastin. Ask Dis
  2. Copastin Film Coated Tablet. MIMS
  3. Copastin Dosage. Generic Drugs
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!