MySJ Trace: Fungsi, Cara Kemaskini & Maksud Interaksi Di MySejahtera

Aplikasi MySejahtera kini mempunyai satu ciri tambahan yang dikenali sebagai MySejahtera Trace (MySJ Trace) bagi membolehkan pengesanan kontak rapat kepada kes positif jangkitan COVID-19.

Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi ciapan beliau di Twitter.

Menurut beliau, ciri baharu ini boleh dimuat turun mulai 26 Disember 2021.

Berikut perkongsian lanjut tentang fungsi baharu tersebut.

Menggantikan Fungsi ‘Check Out’

Mengulas lanjut, Menteri Kesihatan berkata bahawa ciri ini menggantikan fungsi check out dan membolehkan pengesanan kontak rapat yang turut menggunakan ciri baharu yang sama.

Ini kerana ‘MySJ Trace’ yang menggunakan sistem Bluetooth akan memberi maklumat secara langsung bilangan interaksi dengan pengguna lain yang turut mengaktifkan ciri baharu berkenaan.

“Jika anda disahkan positif, anda boleh hantar data interaksi kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk proses pengesanan kontak dibuat. Semua data interaksi adalah tidak didedahkan,” katanya.

Beliau berkata menerusi ciri baharu itu, masyarakat digalakkan menggunakannya apabila ke tempat awam yang tertutup selain memaklumkan bahawa ciri mendaftar keluar yang terdapat dalam MySejahtera tidak lagi digunakan.

Khairy berkata ciri baharu berkenaaan juga telah dihantar serentak kepada Google, Apple dan Huawei untuk dikemas kini.

“Sudah boleh dikemas kini di Huawei. Untuk Google dan Apple masih menunggu mereka untuk menyenaraikan update (kemas kini) baharu ini,” katanya.

Baca juga:

Cara Kemaskini Tetapan Fungsi MySJ Trace Di MySejahtera

Untuk mengemaskini tetapan fungsi ini di aplikasi MySejahtera, sila ikuti langkah berikut:

  1. Buka aplikasi MySejahtera
  2. Paparan fungsi MySJ Trace akan dipaparkan seperti di bawah
  3. Tekan butang MULA
  4. Tekan butang SETUJU
  5. Sila berikan kebenaran untuk mengaktifkan fungsi MySJ Trace
  6. Tetapan ini akan memberi notifikasi sebaik sahaja fungsinya diaktifkan

*Rujuk langkah bergambar di bawah:

mysj trace
mysj trace
mysj trace

Cara Ia Berfungsi

  1. Seseorang yang disahkan positif COVID19 akan diberikan notifikasi bagi dapatkan kebenaran kongsi maklumat kontak rapat mereka.
  2. Jika dibenarkan, MySejahtera akan beri akses kepada KKM bagi menilai risiko ke atas data kontak rapat yang dikesan.
  3. Keseluruhan proses pengesanan kontak & penyimpanan data dijamin keselamatan / kerahsiaan oleh kerajaan.

Baca juga: Cara Pendaftaran Vaksin Dos Penggalak (Booster) Melalui MySejahtera / Walk-In

Apa Maksud ‘Interaksi’ Di MySJ Trace?

Untuk makluman, MySJ Trace boleh mengesan isyarat Bluetooth dari sejauh 10 meter.

Pertukaran maklumat melalui bluetooth di antara telefon bimbit pengguna MySJ Trace dengan pengguna MySJ Trace yang lain adalah dikenali sebagai ‘interaksi’.

Jadi jangan bimbang jika anda menerima notifikasi ‘8 interaksi hari ini’ di aplikasi MySejahtera anda.

Ia tidak bermaksud bilangan pesakit COVID19 yang berada di sekeliling anda.

Sebaliknya, ia bermaksud bahawa terdapat 9 orang berdekatan anda yang mengaktifkan fungsi MySJ Trace termasuk anda.

Maklumat Lanjut

Sila rujuk soalan lazim berkaitan fungsi MySejahtera Trace seperti dalam lampiran di bawah:

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/

MySejahtera ialah aplikasi yang dibangunkan kerajaan bagi membantu menguruskan kawalan wabak Covid-19 di negara ini.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!