Advertisements

Cara Semakan Dividen ASB Online & Kaedah Pengiraan

Advertisements

Cara Buat Semakan Pengagihan Pendapatan (Dividen ASB) Secara Online & Kaedah Pengiraan

TERKINI: Dividen ASB Tahun 2021 diumumkan pada kadar 5.00 sen seunit

  • Dividen – 4.25%
  • Bonus – 0.75%
  • Kadar Agihan – 5.00%

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara pengiraan dan semakan dividen ASB online.

Tentang Amanah Saham Bumiputera

Amanah Saham Bumiputera atau ASB merupakan salah satu platform pelaburan yang dijamin kerajaan.

Mengimbas sejarah penubuhan ASB, ia sebenarnya ditubuhkan bagi menggantikan skim Amanah Saham Nasional (ASN), unit amanah pertama yang dilancarkan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada tahun 1981.

ASN pada awal pelancarannya adalah dana berharga tetap, namun selepas 10 tahun harganya perlu diapungkan kepada harga berubah.

Bagi memastikan Bumiputera tidak mengeluarkan pelaburan mereka daripada ASN, PNB memperkenalkan unit amanah keduanya, ASB yang mula diniagakan pada 1990.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Sejarah Pengagihan Pendapatan ASB

Sepanjang 30 tahun ASB ditubuhkan, unit amanah itu tidak pernah gagal menawarkan pulangan dividen yang kompetitif kepada pelaburnya, malah ada yang pernah mencecah sehingga dua angka terutama pada 1990-an.

Namun, ASB kini tidak lagi menawarkan pulangan setinggi pada awal penubuhannya disebabkan banyak faktor, termasuklah prestasi pasaran saham dan ekonomi negara yang banyak berubah berbanding ketika ASB mula dilancarkan.

Di bawah merupakan sejarah pengagihan pendapatan ASB tahun-tahun sebelum ini di mana menyaksikan prestasi dividen ASB semakin tahun semakin menurun.

SEJARAH PENGAGIHAN PENDAPATAN ASB 1990-2020

dividen asb 2020

Yang menjadi persoalan ramai, adakah masih berbaloi melabur di ASB?

Cara Pengiraan Dividen ASB 2021

Cara kira dividen ASB 2020 adalah mengikut langkah-langkah yang berikut:

  • Dapatkan dahulu Baki Minimum Bulanan (BMB). Baki ini merupakan baki terendah yang pernah dicatatkan dalam akaun anda di antara 1hb sehingga hujung bulan. Dapatkan BMB untuk 12 bulan, bermula dari tahun Januari sehingga bulan Disember.
  • Setiap jumlah BMB bagi 12 bulan dicatatkan. Kemudian, campurkan kesemua BMB untuk 12 bulan tersebut.
  • Bahagikan jumlah keseluruhan BMB tersebut dengan 12 untuk mendapatkan Purata Baki Minimum Bulanan 12-Bulan, ataupun nama lainnya Baki Minimum Tahunan.
  • Kemudian, darabkan Baki Minimum Tahunan dengan kadar dividen/bonus.

Contoh 1

Katakan pada 1/1/2021, anda simpan dalam ASB sebanyak RM12,000 (Jan sehingga Dis) dan tiada lagi simpanan selepas itu.

Cara kiraannya adalah seperti berikut

= RM12,000 X 12 bulan / 12 bulan x Jumlah Dividen (Contohnya 5.00%)

= RM600

Contoh 2

Katakan anda simpan RM1,000 setiap bulan pada 1 haribulan selama setahun.

Dan jumlah simpanan pada Disember adalah RM12,000.

Jadi cara kiraannya adalah seperti berikut :

= RM1K (Baki min Jan) + RM2K (Baki min Feb) + RM3K (Baki min Mar) + RM4K (Baki min Apr) + RM5K (Baki min May) + RM6K (Baki min Jun) + RM7K (Baki min Jul) + RM8K (Baki min Aug) + RM9K (Baki min Sep) + RM10K (Baki min Oct) + RM11K (Baki min Nov) + RM12K (Baki min Dec)

= (RM78,000 / 12) X 5.00% = RM325

Dividen akan lebih banyak kita akan dapat jika kita simpan lump sum berbanding kita simpan sedikit-sedikit setiap bulan.

Ini adalah salah satu initiatif PNB untuk pastikan simpanan kita kekal dan tak galakkan kita sentiasa membuat pengeluaran.

Itu sebabnya cara kira dividen ASB adalah berdasarkan baki minimum bulanan.

Jadi kalau kita buat pengeluaran, secara automatik baki simpanan kita akan berkurang.

Contoh Kiraan Jika Jumlah Simpanan Tetap / Tidak Berubah

Contoh Kiraan (1):

  • Jumlah simpanan RM50,000 x 5 / 100 = RM2,500 dividen setahun.
  • Jumlah keseluruhan RM50,000 + RM2,500 = RM52,500 (Jumlah simpanan tetap dari Januari hingga Disember)

Contoh kiraan (2):

  • Jumlah simpanan RM50,000 x 0.05 sen = RM2,500
  • Jumlah keseluruhan RM50,000 + RM2,500 = RM52,500 (Jumlah simpanan tetap dari Januari hingga Disember)

Contoh Kiraan ASBF

Alhamdulillah, pulangan ASB tahun ini adalah 5%.

Dividen = 4.25%
Bonus = 0.75%

Cara kira Dividen Tahunan ASB Financing

Jumlah Nilai ASBF x 5% = Dividen tahunan

Contoh :

ASBF RM200,000 = RM10,000
ASBF RM100,000 = RM5,000
ASBF RM50,000 = RM2,500

*Sesiapa yang mengambil moratorium untuk ASBF juga akan menerima dividen penuh.

Cara kira Dividen ASBF (Tak sampai 12 bulan)
*Contoh baru buat 10 bulan dan buat ASBF RM100K
.
ASBF RM100K = Dividen Tahunan RM5,000
(Bahagikan dengan 12 untuk dapatkan anggaran dividen sebulan)
RM5,000 / 12 = RM417
.
(Darabkan dengan 10 untuk dapakan anggaran dividen 10 bulan)
RM417 x 10 bulan = RM4,170

Baca juga: SSPN Online: Cara Buka Akaun SSPN-i & SSPN-i Plus Untuk Anak

dividen asb
dividen asb

Cara Semakan Dividen ASB 2021 Online

Kini kita dah tak perlu beratur di kaunter untuk mendapatkan penyata atau semak baki ASB.

Untuk membuat semakan dividen dan bonus, kita boleh melakukannya secara online saja melalui Portal myASNB.

myASNB adalah sebuah portal dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Ia adalah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.

Langkah membuat semakan ASB online adalah seperti berikut:

  1. Daftar / Login myASNB (Pastikan nombor telefon telah dikemaskini untuk mendaftar pertama kali)
  2. Senarai Portfolio Pelaburan akan dipaparkan
  3. Semak Penyata Kewangan dan pilih Tahun Kewangan
  4. Boleh cetak atau save dalam PDF untuk rujukan

NOTA: Untuk makluman, jumlah dividen bagi tahun 2021 ini akan dikemaskini ke dalam akaun pada awal tahun 2022 nanti. Jadi, kalau buat semakan lebih awal (semasa penangguhan urusniaga), belum ada data lagi ok!

*Rujuk tarikh penangguhan urusniaga ASB di bawah.

Jika anda belum mendaftar ASB online, sila rujuk langkah membuat pendaftaran di artikel ini: MyASNB: Pendaftaran, Pengeluaran ASB Online, Semakan Baki & Dividen

Penangguhan Urusniaga ASB 2021

Penangguhan urusniaga ASB bermula 23 Disember 2021 sehingga 2 Januari 2022.

Oleh itu, tarikh akhir sebarang urusniaga hendaklah dilakukan sebelum atau pada 22 Disember 2021.

Perkara ini diumumkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) melalui laman web ASNB.

agihan pendapatan asnb 2021

Zakat ASB

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (Bil 3/2017) telah memutuskan bahawa hukum pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah harus mengikut parameter yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Syariah LZS pada 15 September 2017 telah memutuskan bahawa zakat, dikeluarkan ke atas pelaburan yang patuh syarak sahaja. Na mun sekiranya pembayar ingin,membayar-jumlah penuh, bahagian yang tidak patuh syariah boleh diterima tetapi ia perlu dimasukkan ke dalam akaun Baitulmal.

zakat dividen asb 2020

Ringkasan kadar pelaburan patuh syariah ASNB bagi setiap tahun kewangan adalah seperti jadual berikut:

zakat asb 2020

Kaedah taksiran zakat saham amanah ASNB bagi sesuatu tahun hendaklah mengikut kada peratusan patuh syariah bagi tahun kewangan berkaitan.

Kaedah taksiran zakat saham amanah ASNB bagi tahun kewangan (t.k) 2019 adalah sebagaimana berikut :

zakat dividen asb 2020

Perkara ini berkuatkuasa mulai 12 Mei 2020.

Walau bagaimanapun, bagi bayaran zakat ASB tahun 2016 dan sebelumnya, maka fatwa terdahulu digunakan, iaitu hendaklah ditolak semua pendapatan pelaburan (dividen dan bonus) ASB berkenaan, dan zakat hanya dikenakan ke atas pokok pelaburannya sahaja.

Contoh : Pokok + (pendapatan x *74.5% ) = ….. x2.5% = Zakat
*Nilai boleh berubah dari masa ke semasa

Jadi, dah seronok dapat dividen tu, jangan lupa bayar zakat ya!

Maklumat Lanjut Tentang Dividen ASB 2021

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dividen ASB 2020, sila rujuk laman web Amanah Saham Nasional berhad (ASNB) di www.myasnb.com.my

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam) atau emel ke [email protected]

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 5 / 5. Vote count: 1

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment