MyCoID SSM : Pendaftaran Nombor Pemerbadanan / Identiti Syarikat

MyCoID adalah nombor syarikat yang dikeluarkan oleh SSM dan digunakan untuk berurusan di semua agensi berkaitan.

Carian nama dan pemerbadanan syarikat mandatori secara “online” melalui portal MyCoID keseluruh negara telah dilaksanakan sepenuhnya berkuatkuasa pada 11 Disember 2014.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang MyCoID SSM yang penting untuk anda tahu.

Apakah MyCoID?

MyCoID ialah nombor pengenalan perniagaan yang digunakan apabila berurusan dengan dokumen persyarikatan.

Ia merupakan nombor pendaftaran yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) apabila syarikat, pemilik tunggal atau perkongsian mendaftar perniagaan mereka.

Bagi syarikat Sdn. Bhd. nombor baharu pendaftaran syarikat telah dilaksanakan kini.

Nombor pendaftaran syarikat telah mempunyai 12 digit yang akan digunapakai untuk semua perihal dokumen syarikat.

mycoid ssm

Baca juga: Cara Pendaftaran SSM BizTrust, Percuma Hingga 31 Disember 2021

Fungsi MyCoID SSM

Dengan adanya MyCoID, komuniti korporat kini hanya perlu menggunakan satu nombor iaitu nombor pemerbadanan syarikat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi urusan  pendaftaran, rujukan dan transaksi dengan agensi berikut:

  • Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN);
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP);
  • Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB);
  • Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO); dan
  • Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp.Malaysia).

MyCoID akan menggantikan penggunaan pelbagai nombor yang dikeluarkan oleh agensi berkenaan  secara berperingkat bagi urusan yang melibatkan komuniti korporat dan rujukan dalaman agensi.

myciod ssm

Baca juga: SPPP: Pendaftaran SSM Percuma Untuk Semua Pelajar & Usahawan B40

Bagaimana MyCoID Berfungsi?

MyCoID akan menggantikan penggunaan pelbagai nombor yang dikeluarkan oleh agensi berkenaan secara berperingkat bagi urusan yang melibatkan komuniti korporat dan rujukan dalaman agensi.

Fasa pertama MyCoID akan memperkenalkan penggunaan satu nombor rujukan untuk kegunaan di pelbagai agensi. Inisiatif ini akan ditambah baik melalui fasa kedua iaitu dengan memperluas serta memaksimumkan potensi pemakaian MyCoID menerusi pembangunan sistem yang akan membolehkan pengkalan data dan maklumat berlaku secara automatik.

Ini bermakna pemilik-pemilik syarikat baru tidak perlu lagi pergi ke pelbagai agensi untuk tujuan pendaftaran kerana proses tersebut boleh berlaku serentak dengan hanya satu proses pendaftaran di SSM.

Faedah Menggunakan MyCoID

MyCoID dicipta untuk membantu usahawan mengurangkan birokrasi disamping menjimatkan masa usahawan di Malaysia. Jika dahulu segalanya terpaksa dilakukan secara manual, kini MyCoID telah tercipta untuk memudahkan perniagaan dan pentadbiran syarikat.

Secara mudahnya terdapat beberapa faedah MyCoID, antaranya;

  1. Memudahkan orang awam terutamanya komuniti usahawan.
  2. Mempertingkatkan keberkesanan transaksi di antara orang awam dengan agensi kerajaan yang berkaitan.
  3. Mempertingkat interaksi antara agensi.
  4. Komponen penting dalam pembangunan sistem automatik yang membolehkan sesebuah syarikat mendaftar serentak dengan agensi yang berkaitan selepas ia ditubuhkan.
  5. Mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam dalam persekitaran koporat negara.

Langkah Pemerbadanan Syarikat Melalui MyCoID SSM

Seseorang individu boleh mendaftar serta memperbadankan syarikat melalui portal MyCoID (https://mycoid2016.ssm.com.my/) menggunakan tiga (3) langkah mudah seperti berikut:

  1. Mendaftar, memasukkan maklumat yang relevan dan membayar melalui portal MyCoID;
  2. Mendapat kelulusan SSM; dan
  3. Menerima pemberitahuan pendaftaran dari SSM melalui e-mel.

Pengaktikfan Akaun MyCoID

Bermula 29 April 2020, pengaktifan akaun pengguna MyCoID boleh dilakukan tanpa perlu hadir ke kaunter sepanjang tmepoh PKP. Pengguna boleh membuat pengaktifan akaun melalui [email protected]

Pelanggan yang berdaftar sebagai Individual, Professional dan e-Charge User di portal perlu mengemukakakn dokumen berikut untuk pengaktifan akaun pengguna MyCoID.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saluran berikut:

Telefon: 603-77214000
E-mel: [email protected]

Alamat: Menara SSM@Sentral, No. 7 Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral 50623 Kuala Lumpur.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!