MyAirline: Tempah Tiket Penerbangan Online & Promosi Terkini
Syarikat penerbangan berkos rendah MyAirline, bakal memulakan operasi pada 1 Disember 2022.
MyAirline bermatlamat untuk menawarkan penerbangan dengan harga mampu milik kepada semua di samping memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.
Syarikat ini turut mengamalkan pendigitalan berinovasi serta amalan teknologi hijau bagi setiap proses harian, produk serta perkhidmatan.
Penumpang juga pasti bakal terkesima dengan penampilan krew dan anak kapal yang mengenakan jaket dan seluar serta sneakers putih ketika terbang bersama mereka. Sememangnya lain daripada yang lain!
Meskipun syarikat penerbangan ini baharu, namun warga kerjanya memiliki pengalaman bertahun-tahun dalam bidang penerbangan di bawah kepimpinan pengarahnya iaitu Rayner Teo Kheng Hock.
Baca Juga : Cara Beli Tiket ETS Online, Destinasi, Harga & Jadual Perjalanan
Tempahan Tiket & Promosi Terkini MyAirline
Bagi meraikan pengoperasiannya, syarikat MyAirline kini menawarkan jualan penerbangan kos rendah bagi 3 lokasi.
Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tiket penerbangan dengan harga promosi bagi destinasi berikut :
- KLIA2 – Langkawi (serendah RM 48 sehala)
- KLIA2 – Kuching (serendah RM 68 sehala)
- KLIA2 – Kota Kinabalu (serendah RM 88)
Butiran jualan adalah seperti berikut :
- Tempoh jualan : 26 November hingga 30 November 2022
- Tarikh penerbangan : 1 Disember 2022 hingga 25 Mac 2023
Cara Tempah Tiket, Tambah Add-On Meals, Bagasi, Pemilihan Tempat Duduk
Untuk membuat tempahan tiket penerbangan, sila ke pautan https://www.myairline.my/.
Tempahan tiket boleh dibuat secara online selewat-lewatnya 4 jam sebelum waktu penerbangan.
Berikut adalah had bagasi yang dibenarkan bagi setiap penerbangan dan caj tambahan yang dikenakan bagi bagasi mengikut berat.
Selepas membuat tempahan tiket penerbangan, anda juga boleh buat penambahan seperti berikut :
- Add-on makanan (harga bermula RM 12)
- Bagasi tambahan (harga bermula RM 30)
- Pemilihan tempat duduk (harga bermula RM 10)
Caranya ialah dengan ke pautan https://www.myairline.my dan pergi ke Manage Bookings.
Daftar masuk menggunakan nombor tempahan (Booking Reference Number) dan nama pertama (surname) untuk mula buat penambahan dengan harga serendah RM 10 sahaja.
Maklumat Lanjut
MyAirline juga dijangka bakal mengumumkan lebih banyak destinasi penerbangan tak lama lagi seperti Sibu, Pulau Pinang, Kota Bharu dan Tawau.
Untuk ketahui perkembangan terkini serta maklumat lanjut mengenai MyAirline, sila layari pautan https://www.myairline.my/ dan ikuti laman media sosial MyAirline di pautan berikut :
Instagram : https://www.instagram.com/flymyairline/
Facebook : https://www.facebook.com/FlyMYAirline/
TikTok : https://www.tiktok.com/@flymyairline
Twitter : https://twitter.com/flymyairline
FAQ (Soalan Lazim) : https://www.myairline.my/faq/