Kehadiran Murid Sekolah Rendah Tanpa Penggiliran Mulai 17 April – KPM

Kehadiran Murid Ke Sekolah Rendah Tanpa Penggiliran Mulai 17 & 18 April 2022

Selepas KPM memperhatikan pengoperasian Sekolah Rendah pada 21 Mac dan Sekolah Menengah pada 4 April yang lalu, KPM telah membuat ketetapan bahawa murid sekolah rendah akan dibenarkan hadir ke sekolah TANPA PENGGILIRAN pada tarikh berikut:

  • Negeri-negeri Kumpulan A – Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu : 17 April 2022 (Ahad)
  • Negeri-negeri Kumpulan B – Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor : 18 April 2022 (Isnin)

Menurut Dr Radzi, perkara ini telah dibincangkan dengan panjang lebar oleh pihak KPM dengan mengambil kira keselamatan muris-murid dan seluruh warga sekolah.

Pematuhan SOP yang ditetapkan adalah paling penting terutamanya apabila semua murid hadir ke sekolah secara bersemuka tanpa penggiliran.

Beliau juga memohon kerjasama ibu bapa bagi memastikan pematuhan SOP ini dalam membantu kelancaran pengoperasian sekolah.

Rujuk video yang dikongsikan oleh Dr Radzi Jidin :

Sumber: Facebook Dr Radzi Jidin

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!