Minggu Perpaduan Negara 2023 – Tema, Tarikh & Lokasi Sambutan

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan mengadakan Sambutan Minggu Perpaduan Negara yang akan berlangsung pada 20 hingga 28 Mei 2023 secara serentak di seluruh Malaysia.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Minggu Perpaduan Negara 2023 yang julung kali diadakan.

Pengenalan Minggu Perpaduan Negara

Sambutan ini merupakan usaha memperkukuhkan penyatupaduan masyarakat pelbagai kaum di samping memperkasa penghayatan Rukn Negara.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, penganjuran tersebut adalah sebahagian daripada program flagship Kembara Perpaduan yang merangkumi tiga kluster program iaitu Semarak Kenegaraan, Semarak Perpaduan dan Komuniti Rahmah.

minggu perpaduan negara 2023

Tarikh Sambutan

Sambutan Minggu Perpaduan berlangsung pada 20 hingga 28 Mei 2023 secara serentak di seluruh negara.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyantuni kanak-kanak ketika menghadiri Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan di Tebingan Sungai Kuching, Sarawak hari ini. Turut sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. / Sumber gambar: BERNAMA

VIDEO – SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN 2023 PERINGKAT KEBANGSAAN, 21 Mei 2023

Tema Sambutan Minggu Perpaduan Negara 2023

Pelancaran sambutan tahun 2023 ini bertemakan ‘Perpaduan Dalam Kepelbagaian’, telah disempurnakan oleh SBP Yang DiPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Waterfront Kuching, Sarawak.

perpaduan dalam kepelbagaian minggu perpaduan negara 2023

MUAT TURUN : https://dbook.penerangan.gov.my/dbook/dmdocuments/perpaduan_dalam_kepelbagaian/mobile/index.html

Baginda bertitah, rakyat juga harus mengurangkan perbezaan antara mereka dengan merapatkan jurang antara kaum dan agama.

“Seperti pepatah Inggeris, ‘charity begins at home’, berpatutanlah saya menyatakan di sini iaitu ‘unity begins at home’ ataupun perpaduan bermula dari rumah,” titah baginda semasa merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan Negara.

Majlis turut dihadiri TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Lokasi Sambutan

Sambutan Minggu Perpaduan 2023 Peringkat Kebangsaan yang bertemakan ‘Perpaduan Dalam Kepelbagaian’ ini akan diadakan di seluruh negara mulai 20 hingga 28 Mei 2023 di 16 lokasi berbeza.

Ia akan berlangsung mengikut ketetapan berikut :

Baca juga:

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sambutan ini, sila ikuti saluran berikut:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!