Kenaikan Kadar Tarif Elektrik TNB Hanya Untuk T20

TARIF ELEKTRIK T20 | Rumah Guna Elektrik Berlebihan Harus Bayar Kos Sebenar

Isi rumah yang menggunakan elektrik pada jumlah berlebihan tidak lagi akan menikmati subsidi elektrik.

Bagaimanapun, kerajaan tidak akan menaikkan kadar itu bagi golongan berpendapatan rendah (B40).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pangkalan Data Utama (PADU) akan menyelaras penilaian agihan subsidi tersebut kepada golongan yang layak.

“Pemberian subsidi bersasar juga menjadi isu. Kita tidak naikkan kadar elektrik melainkan untuk golongan T20. Saya jelaskan di sini untuk T20 sahaja iaitu rumah-rumah besar tidak akan diberi subsidi elektrik dan PADU dapat menyelaraskan semua angka-angka yang disebut.

caj elektrik tarikf t20

“Kita akan tambah bantuan kewangan haji kepada golongan B40, tetapi bukan kepada golongan T20. Tiada lagi subsidi daripada kerajaan untuk kumpulan ini. Mereka perlu menampung kos haji sepenuhnya kerana mereka dalam kalangan yang mampu,” katanya ketika menjawab pertanyaan wakil Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Minggu lalu, Anwar berkata, hanya pengguna domestik yang menggunakan elektrik berlebihan akan dikenakan caj tarif elektrik semasa dan tidak diberikan subsidi.

Ia bertujuan untuk mengurangkan beban pengguna domestik terutama golongan B40 dan M40.

Video : Tiada Subsidi Elektrik dan Bantuan Kewangan Haji Kepada Golongan T20

Sumber: Youtube Anwar Ibrahim

Golongan berpendapatan tinggi (T20) tidak lagi akan menerima manfaat subsidi bagi penggunaan elektrik serta Bantuan Kewangan Haji.

Pangkalan Data Utama (PADU) akan digunakan untuk mengurus dan menyelaras penilaian agihan subsidi kepada golongan yang layak.

Sebelum ini, kerajaan juga bersetuju tidak menaikkan tarif elektrik kecuali kepada pihak industri sektor tertentu.

Golongan berpendapatan tinggi atau T20 juga tidak akan lagi menerima subsidi haji.

Dalam sebuah kenyataan pada terdahulu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyokong pemberian subsidi bersasar untuk meringankan tekanan kos ke atas golongan berpendapatan rendah.

Kerajaan juga telah mengumumkan pelaksanaan Skim Subsidi Elektrik Bersasar akhir tahun lalu untuk pengguna domestik, yang terus menikmati rebat tarif ke atas bil elektrik.

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: