Advertisements

ePeneroka FELDA: Login, Daftar & Semakan Penyata Hutang Online

Advertisements

Bagi para peminjam wang FELDA, terdapat sebuah portal dikenali sebagai ePeneroka FELDA yang memudahkan peminjam untuk membuat semakan baki pinjaman secara dalam talian sahaja.

Portal ePeneroka bukanlah sistem baru sebaliknya sudah wujud sejak tahun 2019 lagi namun mungkin ramai yang tidak menyedari akan kewujudannya.

Portal ini boleh diakses oleh peneroka, pentadbir atau waris untuk membuat semakan Penyata Hutang pada bila-bila masa secara online sahaja.

Berita baik bagi peminjam pinjaman FELDA

Berita baik bagi peminjam pinjaman FELDA apabila sempena Hari Peneroka FELDA 2021 yang lalu, kerajaan telah mengumumkan pelupusan pinjaman FELDA sebanyak 80% daripada jumlah asal pinjaman.

Ini bermakna, peminjam hanya perlu menyelesaikan baki 20% yang dipinjam sahaja.

Pengumuman mengenai Pelarasan Pinjaman Peneroka & Bayaran Kembali (BK) ini dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan syarat-syarat tertentu seperti yang berikut:

  1. Peneroka yang tidak mempunyai pinjaman dengan Felda akan menikmati insentif tanggungan kos tanam semula dengan kadar yang akan ditentukan kemudian.
  2. Penghapusan penuh kepada peneroka bersama Felda yang mempunyai baki hutang di bawah RM5,000 yang juga akan menikmati insentif tanggungan kos tanam semula dengan kadar yang akan ditentukan kemudian.
  3. Peneroka bersama Felda yang mempunyai baki pinjaman RM5,001 hingga RM50,000 akan menikmati had bayaran kembali (BK) bulanan pinjaman lebih rendah.

Cara Daftar Pengguna Di Portal ePeneroka Felda

Untuk mendaftarkan akaun dengan portal ePeneroka Felda, anda terlebih dahulu perlu ke Pejabat Rancangan Felda yang terdekat.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Pihak Pejabat Rancangan kemudiannya akan memberikan anda kata laluan yang boleh digunakan untuk masuk ke akaun di portal ePeneroka.

Anda boleh menukar kata laluan yang diberikan ini setelah anda log masuk ke akaun ePeneroka anda buat pertama kalinya.

Cara Login Kali Pertama

epeneroka felda
  1. Layari portal ePeneroka di alamat https://eportal.felda.net.my/
  2. Di ruangan ID Pengguna, masukkan nombor kad pengenalan anda
  3. Di ruangan kata laluan, masukkan kata laluan yang diperolehi dari pihak Pejabat Rancangan
  4. Klik butang “Log Masuk”

Anda hanya diberikan 5 kali percubaan log masuk namun sekiranya selepas 5 kali anda masih gagal log masuk, akaun anda anda akan dikunci.

Sekiranya akaun anda telah dikunci, sila berhubung terus dengan pihak Pejabat Rancangan untuk memohon akaun anda di reset semula kata laluannya.

Cara Semakan Penyata Hutang Melalui ePeneroka Felda

  1. Sila log masuk akan anda terlebih dahulu
  2. Klik pada kotak “Penyata” di halaman Laman Utama
  3. Klik pautan dokumen dalam bentuk PDF yang berada di bawah kolum nama dokumen
  4. Untuk memuat turun penyata hutang tersebut, klik pada butang “Download”

Baca juga:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.

Sila hubungi Pejabat Rancangan anda jika terdapat sebarang pertanyaan atau masalah mengakses Portal ePeneroka.

Tel: 03 2191 2191
Faks: 03 2191 2590
Emel: [email protected]

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment