Lirik Lagu Rasmi Malaysia Madani (Bunkface) & Video MV

Karya bertajuk ‘Malaysia MADANI’ ciptaan dan nyanyian kumpulan muzik tempatan, Bunkface menjadi lagu tema rasmi bagi pentadbiran berkonsepkan MADANI diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan diperdengarkan buat pertama kali pada Dialog Anak Muda, Temu Anwar pada 19 Mac 2023.

Menurut Sam, melodi lagu ini digubah secara teliti, ia bersifat ‘marching’ iaitu bergerak, maju ke hadapan, mengajak pendengar dan rakyat Malaysia bersama secara positif dalam kehidupan.

Lima tahun lalu, kumpulan Bunkface menghasilkan lagu ‘Kita Punya Malaysia’ yang juga lagu tema Hari Kemerdekaan pada 2018 dan 2019.

Berikut dikongsikan lirik dan video rasmi lagu berdurasi 2 minit 4 saat tersebut:

Lirik Lagu Rasmi Malaysia Madani (Bunkface) & Video MV

Video Muzik Rasmi (MV) Malaysia MADANI – Bunkface

Sumber: Youtube Anwar Ibrahim

Malaysia MADANI (Official Lyric Video)

Lirik Lagu

Komposer : Sam
Lirik : Sam & Pidaus
Penerbit : Bunkface

Lirik :

Peradaban kita bangunkan
Bina kota bina insan
Dari budi jadi budaya
Bina asas kemampanan
Kesejahteraan masa depan

C/O
Ayuh seluruh anak pertiwi
Bangunkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus meyakini
Malaysia Madani

Ayuh seluruh anak pertiwi
Semarakkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus Kekal meyakini
Malavsia Madani

Keyakinan jadi ikutan
Pendirian jiwa ihsan
Nilai hormat teras di minda
Daya cipta luar biasa
Kesejahteraan masa depan

C/O

Malaysia! Madani!

Bersatu
Untuk
Negara
Kita

lirik lagu malaysia madani bunkface

Lagu Rasmi Malaysia MADANI (Pejabat Perdana Menteri) : https://www.pmo.gov.my/ms/aiovg_videos/lagu-rasmi-malaysia-madani-2/

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!