Menu Texas Chicken Malaysia & Promosi Terkini 2022

MENU TEXAS CHICKEN & PROMOSI TERKINI

Istimewa buat penggemar Texas Chicken, jangan lupa untuk cuba pelbagai hidangan menarik dengan harga yang menjimatkan!

Dari ayam goreng, wrap sehinggalah ke burger yang berjus, Texas Chicken setia menawarkan aneka menu yang lazat untuk anda.

Jom kita lihat promosi terkini dari Texas Chicken. Pastinya lebih berbaloi untu anda nikmati bersama rakan dan keluarga.

Baca Juga : OldTown White Coffee : Menu, Harga & Lokasi

Promosi Terkini Texas Chicken 2022

Mega Meals

Teringin nak berkongsi ayam goreng Texas Chicken dengan harga rendah? Mega Meals cukup sesuai buat anda. Dapatkan 5 ketul ayam goreng serta 2 minuman dengan harga bermula RM 29.99 sahaja.

Star Box Combos

Bagi yang nak cuba pelbagai hidangan dalam satu menu, cubalah promosi terkini Texas Chicken iaitu Star Box Combos.

Lebih jimat dan mengenyangkan, anda boleh pilih antara 6 menu menarik dengan harga serendah RM 9.99 sahaja iaitu :

  • Porridge (RM 9.99)
  • Tex Sampler (RM 12.99)
  • Zesty Crunch Wrap (RM 14.49)
  • Zesty Crunch Burger (RM 14.49)
  • Mexicana Wrap (RM 17.99)
  • Burger Mexicana (RM 17.99)

Promosi Awesome Mondays

Ceriakan hari Isnin anda dengan promosi Awesome Mondays yang cukup istimewa dari Texas Chicken.

Jangan lepaskan peluang untuk nikmati 3 ketul ayam goreng dan 9 ketul nugget dengan harga RM 19.99 sahaja. Dapatkannya sementara stok masih ada!

Texas Chicken Big Deals, Harga Serendah RM 4.10

Buat anda yang sedang berjimat, Big Deals dari Texas Chicken cukup sesuai untuk dinikmati.

Menawarkan hidangan dengan harga bermula RM 4.10 sahaja, dapatkan 6 menu menarik dari Texas Chicken iaitu :

  • Spicy Korean Mash Bowl (RM 4.10)
  • Chicken Gravy Mash Bowl (RM 4.10)
  • Chicken Gravy Biscuit (RM 4.10)
  • Chicken Gravy Flatbread (RM 5.70)
  • Smoky BBQ Flatbread (RM 5.70)
  • Spicy Korean Rice Bowl (RM 6.10)
Promosi Terkini Texas Chicken

Crunchy Deals

Terdapat satu lagi kombo menarik dengan tawaran menu serendah RM 5.99 melalui Crunchy Deals. Didatangkan bersama satu minuman, antara menu hebat dan cukup berbaloi yang ditawarkan adalah :

  • Burger Klasik
  • 1 ketul ayam
  • Tender Wrap
  • Bubur
Promosi Terkini Texas Chicken

Sweet Treats

Promosi Texas Chicken yang seterusnya ini pula cukup sesuai buat yang sukakan pemanis mulut.

Lengkapkan pesanan anda di Texas Chicken dengan 2 pilihan menu Sweet Treats iaitu Apple Pie dan Mango Pudding. Anda hanya perlu tambah RM 1 bagi setiap pembelian Combo. Sangat berbaloi!

Promosi Terkini Texas Chicken

Banyak rupanya tawaran menarik yang menanti pelanggan di Texas Chicken. Jangan lupa untuk dapatkan promosi hebat dari Texas Chicken ini sementara stok masih ada!

Jangan lupa untuk ikuti laman Facebook Texas Chicken Malaysia untuk ketahui tawaran serta promosi terkini.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!