Menu Rahmah Dominos: Pizza Serendah RM5 Sahaja

Dominos Pizza juga nampaknya tidak ketinggalan memperkenalkan Menu Rahmah mereka.

Tindakan Dominos ini tidaklah mengejutkan memandangkan sudah banyak syarikat rantaian makanan segera seperti McDonald’s, KFC dan A&W turut sama menyokong inisiatif Menu Rahmah ini.

Apa itu Menu Rahmah?

Menu Rahmah dilancarkan pada 31 Januari 2023 oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam menanangi kesulitan golongan kurang berkemampuan.

Melalui inisiatif ini, set makanan tengah hari atau malam yang ditawarkan pada harga RM5 sepinggan atau kurang.

Bagi menyahut dan menyokong usaha kerajaan Malaysia melalui KPDN ini, pihak Dominos Pizza di Malaysia turut sama memperkenalkan kombinasi Menu Rahmah mereka

Promosi Pizza Personal Menu Rahmah Dominos

Menu Rahmah Dominos

Anda boleh membeli 1 personal pizza pada harga hanya RM5.

Lebih menarik, pada setiap hari Selasa, anda boleh mendapatkan personal pizza hanya pada harga RM3.90 sahaja sempena promosi “Super Tuesday”

Pilih daripada pelbagai pilihan topping menarik untuk mennikmati pizza kesukaan anda pada harga istimewa ini.

Bukan sahaja untuk Take Away, anda juga boleh membuat pembelian untuk Delivery terus ke rumah anda.

Artikel bekaitan: Menu Rahmah McD: Set Bubur, Burger, Minuman McDonald’s RM5

Cara Membuat Pesanan “Take Away”

Sekiranya anda hanya ingin Take Away atau Dine In, boleh buat pembelian seperti biasa di kaunter mana-mana cawangan Dominos Pizza.

Sila bertanyakan kepada petugas di kaunter berkaitan tawaran Menu Rahmah Dominos untuk mendapatkan pizza personal anda pada harga istimewa ini.

Pilihan topping bagi promosi Menu Rahmah Dominos Pizza ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat.

Cara Membuat Pesanan Secara Online

Anda juga boleh membuat pembelian secara online terus daripada laman web Dominos.

Ikuti langkah-langkah mudah berikut untuk membuat pembelian:

  1. Layari laman web rasmi Dominos Pizza Malaysia di alamat https://www.dominos.com.my/
  2. Klik pada “Buy Online”
  3. Masukkan lokasi anda
  4. Pilih cawangan Dominos
  5. Pilih hidangan yang diingini
  6. Lakukan pembayara secara online

Selain itu, anda juga boleh membuat pesanan secara dalam talian melalui aplikasi Foodpanda dan Grab Food.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!