Menu Restoran IKEA Malaysia & Promosi Terkini 2022

Khas buat penggemar hidangan ala Sweden dari IKEA, kini buffet IKEA kembali lagi dengan tawaran menu yang lebih istimewa!

Bakal diadakan pada 24 Jun 2022, buffet IKEA pada kali ini membawa tema makan malam Midsummer yang berinspirasikan daripada sambutan pertengahan solstis musim panas.

Sambutan ini diraikan cukup meriah di Sweden pada setiap tahun. Jom kita lihat butiran buffet yang bakal berlangsung serta harga yang ditawarkan dari IKEA.

Tawaran Menu Buffet IKEA Malaysia Bertemakan Sambutan Midsummer

Tarikh : 24 Jun 2022 (Jumaat)

Waktu : 6.00 petang – 8.30 malam (Sajian buffet akan tamat 15 minit sebelum waktu yang dinyatakan)

Cara Beli Tiket : Anda boleh dapatkannya dari Swedish Restaurant atau Swedish Food Market.

Harga Tiket Buffet IKEA

Dewasa : RM 39.90

Kanak-Kanak (4 – 12 tahun) : RM 19.90

Kanak-kanak berusia 4 tahun dapat nikmati hidangan buffet secara percuma.

 Bukan itu saja, pelanggan juga berpeluang untuk dapatkan baucer IKEA bernilai RM 10 bagi setiap pembelian tiket buffet dewasa.

*Tertakluk pada tema dan syarat.

Baca Juga : Senarai Kek Secret Recipe, Harga, Menu Bestseller & Promosi Terkini

Menu Midsummer IKEA

Sepanjang Jun ini, pelanggan juga berpeluang untuk nikmati hidangan IKEA edisi terhad sempena sambutan Midsummer yang cukup menyelerakan.

Menu yang ditawarkan oleh IKEA pada waktu terhad ini adalah seperti berikut :

  • Baked Salmon Fillet (RM 22.90)
  • Father’s Day Breakfast Special (RM 6.90)
  • Marinated Salmon (RM 13.90)
  • IKEA Family Roast Beef (RM 27.90)
  • Marinated Smoked Salmon Bagel (RM 12.90)
  • Vanilla Swiss Roll (RM 4.90)
  • Roast Beef (RM 24.90)
Buffet IKEA

Menu Terbaru IKEA Berasaskan Tumbuhan (Plant-based) Serendah RM 4.90

Di samping itu, IKEA turut meraikan citarasa pelanggan dengan memperkenalkan menu berasaskan tumbuhan yang cukup menyelerakan.

Antaa menu yang ditawarkan adalah seperti berikut :

  • 7 pcs Veggie Ball (RM 7.90)
  • Scramble Eggs (RM 7.90)
  • IKEA Family Caesar Salad (RM 6.90 [Harga IKEA Family] / RM 7.90 [Harga Biasa])
  • Vegetable Balls Wrap (RM 4.90)
Buffet IKEA
Buffet IKEA

Menu Edisi Terhad

Jangan lupa untuk pesan sekali dua lagi menu edisi terhad khas dari IKEA sempena bulan Jun iaitu :

  • Wild Berry Lemon Slush (RM 8.90)
  • Milanese Chicken with Briyani Rice (RM 13.90)
Buffet IKEA

Selain menu terkini yang dinyatakan, menu ikonik dari IKEA seperti meatballs, chicken wings dan sebagainya tetap setia menanti anda di restoran IKEA.

Jom nikmati IKEA bersama rakan dan keluarga. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan promosi terkini serta tawaran hebat dari IKEA dengan mengikuti laman Facebook IKEA Malaysia.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!