Mengucap Dua Kalimah Syahadah: Makna & Kepentingan

Mengucap Dua Kalimah Syahadah: Makna & Kepentingan

Mengucapkan dua kalimah syahadah adalah rukun Islam yang pertama. Ia merupakan asas yang paling penting dalam agama Islam. Hal ini kerana, mengucapkan dua kali syahadah adalah merupakan pintu masuk kepada agama Islam dan asas kepada seluruh amalan yang dilakukan oleh seorang Muslim. 

Daripada Ibnu Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالْحَجِّ وَصَوْمِ رَمَضَانَ

Maksudnya: “Islam terbina atas lima perkara: Penyaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, menunaikan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan.”

Riwayat al-Bukhari 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

BACA JUGA: Doa Bismillahi Tawakkaltu : Makna, Bacaan Rumi & Kelebihannya

Makna Kalimah Syahadah

Syahādah (الشهادة) membawa pengertian tentang kesaksian seseorang yang hadir dalam suatu peristiwa dengan memberitahu, menceritakan atau mengakui apa yang diketahuinya melalui pancainderanya sama ada melihat, mendengar, merasa atau menyentuh akan suatu perkara.

Manakala, dua kalimah syahadah adalah ucapan kepercayaan dan kesaksian akan keesaan Allah dan Nabi Muhammad SAW sebagai rasulnya.

Dua kalimah syahadah mengandungi dua pernyataan iaitu; 

  • Mengenai keesaan Allah, tiada yang layak disembah melainkan DIA. 
  • Mengakui bahawa Nabi Muhammad SAW adalah utusan Allah. 
Mengucap Dua Kalimah Syahadah: Makna & Kepentingan

Lafaz Kalimah Syahadah

Maksudnya: “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah”

Maksudnya: “Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah”

Syarat Sah Syahadah

Bagi seseorang yang bukan Islam mengucapkannya beserta kepercayaan di dalam hati, maka terpelihara diri, harta dan nyawa seperti orang Islam. Syarat bagi sahnya syahadah adalah:

  • Tertib lafaz syahadah seperti yang dinyatakan.
  • Melafazkan kedua-dua kalimah syahadah dengan berturut-turut (tanpa diselangi perbuatan lain)
  • Mamahami makna kedua-duanya.
  • Mendustakan perkara yang menyalahi atau bertentangan dengan maksud syahadah.
  • Menggunakan perkataan “asyhadu” (ﺃَﺷْﻬَﺪُ) pada keduanya.
  • Tidak syak atau ragu-ragu akan kedua-duanya.

Kepentingan Mengucapkan Syahadah

Mengucap Dua Kalimah Syahadah: Makna & Kepentingan

1. Asas Agama Islam.

Mengucapkan dua kalimah syahadah adalah asas kepada kepercayaan dalam agama Islam. Ia adalah pengakuan kepercayaan kepada keesaan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Mengucapkannya adalah satu-satunya syarat untuk memasuki agama Islam dan menjadi seorang Muslim.

2. Menyucikan Rohani.

Mengucapkan syahadah adalah pintu masuk ke agama Islam dan merupakan langkah awal menuju kepada kesucian rohani.

Daripada ‘Ubadah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ شَهِدَ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ وَأَنَّ عِيسَى عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَى مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِنْهُ وَالْجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ أَدْخَلَهُ اللَّهُ الْجَنَّةَ عَلَى مَا كَانَ مِنْ الْعَمَلِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata-mata, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan bahwasanya Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya, dan bahawasanya ‘Isa adalah hamba dan utusan-Nya dan kalimat-Nya yang Dia sampaikan kepada Maryam dan ruh dari-Nya, dan (dia juga bersaksi) bahawa syurga itu benar adanya dan neraka itu benar adanya, maka Allah akan memasukkan dirinya ke dalam surga berapa pun amal yang telah diperbuatnya.”

Riwayat Bukhari (3435)

3. Menghayati Dan Mengamalkan Ajaran Islam

Dengan memahami pentingnya dua kalimah Syahadah, seseorang dapat menghayati dan mengamalkan ajaran Islam dengan lebih mendalam. 

4. Mendapat Pengampunan & Rahmat Allah

Mengucapkan Syahadah juga membawa pengharapan akan rahmat dan keampunan Allah SWT. Ia merupakan langkah pertama dalam pencarian kebahagiaan sejati dan kepuasan ilahi. Dengan taat kepada ajaran Islam yang terkandung dalam Syahadah, seseorang akan mendapat keberkatan di dunia dan akhirat.

5. Pembentukan Identiti Muslim

Mengucapkan Syahadah bukan sekadar kata-kata, tetapi juga tindakan yang mengukuhkan keimanan seseorang. Dengan mengucapkannya dengan penuh keyakinan, seseorang menegaskan kepercayaannya kepada Allah dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Ini adalah asas pembentukan identiti Muslim. 

Kesimpulan

Kesimpulannya, dengan memahami makna syahadah dengan baik, kita dapat menghayati agama dengan lebih mendalam dan menjalani kehidupan yang bermakna. Semoga kita sentiasa mendapat hidayah dan keberkatan dari Allah SWT.

Sumber:

https://emuallaf.islam.gov.my/papar_maklumat.php?ID=22

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!