Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Pengguna jalan raya adalah diingatkan untuk tidak melakukan perbuatan memonopoli lorong terutamanya apabila menggunakan lebuh raya.

Dalam Bahasa Inggeris, ianya dipanggil sebagai Lane Hogging.

Apakah yang dimaksudkan dengan perbuatan ini?

Definisi Memonopoli Lorong

Memonopoli Lorong ialah memandu secara berterusan di lorong kanan (lorong memotong) tanpa tujuan untuk memotong kenderaan lain, walaupun lorong kiri kosong.

Perbuatan ini dikategorikan sebagai buli jalanan yang boleh menyebabkan kesesakan trafik menjadi lebih agresif sehingga membawa kepada situasi berbahaya seperti kemalangan.

Tambahan pula, perbuatan ini bukan sahaja mengganggu kelancaran trafik, malah boleh meningkatkan risiko kemalangan dan mencetuskan konflik antara pemandu.

Perbuatan ini sering terjadi akibat daripada kurangnya kesedaran pengguna jalan raya tentang fungsi lorong.

Akibatnya, perbuatan ini telah menjadi suatu perkara yang semakin membimbangkan di Malaysia melibatkan pengguna lebuh raya.

Implikasi Utama

Implikasi utama perbuatan ini akan mengakibatkan:

  • Gangguan Aliran Trafik
  • Menyebabkan Kesesakan Lalu Lintas
  • Meningkatkan Risiko Kemalangan
  • Wujud Konflik antara Pemandu

Kesalahan Memonopoli Lorong

Bagi pengguna jalan raya yang melakukan perbuatan ini, mereka boleh dikenakan tindakan menerusi di bawah Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

i- KAEDAH-KAEDAH LALU LINTAS JALAN 1959 (KAEDAH 4)

Setiap kenderaan yang dipandu pada kelajuan yang perlahan hendaklah dipandu seberapa yang boleh, hampir dengan sebelah kiri jalan dan hendaklah pada setiap masa dipandu dalam cara yang tidak menghalang kenderaan lain, yang dipandu dengan lebih laju.

ii- KAEDAH-KAEDAH LALU LINTAS JALAN 1959 (KAEDAH 4A)

Tiada seorang pemandu pun boleh memandu kenderaan barang atau kenderaan perkhidmatan awam secara berterusan di lorong paling kanan di mana-mana jalan atau lebuhraya kecuali bagi maksud memotong mana-mana kenderaan di hadapannya.

Hukuman Kepada Pemandu

Kesalahan memonopoli lorong atau memandu secara berterusan di lorong kanan boleh dikenakan kompaun maksimum RM300, manakala sabitan di mahkamah membawa denda sehingga RM2,000 atau penjara.

Penggunaan Lorong Lebuh Raya

Pemandu kenderaan diingatkan untuk menggunakan lorong lebuh raya dengan betul.

i- Lebuh Raya 2 Lorong

A- Lorong Kecemasan : Laluan penyelenggaraan lebih raya, penguatkuasa dan bantuan semasa berlaku kecemasan.

B- Lorong Perlahan : Laluan kenderaan berat dan kenderaan yang bergerak perlahan.

C- Lorong Kanan : Laluan memohon bagi kenderaan ringan

ii- Lebuh Raya 3 Lorong

A- Lorong Kecemasan : Laluan penyelenggaraan lebuh raya, penguatkuasa dan bantuan semasa berlaku kecemasan.

B- Lorong Perlahan : Laluan kenderaan berat dan kenderaan yang bergerak perlahan.

C- Lorong Tengah : Laluan kenderaan berat memotong atau kenderaan ringan yang bergerak lebih laju.

D- Lorong Kanan : Laluan memotong bagi kenderaan ringan.

Tips Penggunaan Lorong Dengan Betul

Tips menggunakan lorong jalan raya dengan betul adalah seperti berikut:

  • Gunakan lorong kanan untuk memotong.
  • Kembali ke lorong kiri selepas selesai memotong.
  • Amalkan pemanduan berhemah demi keselamatan semua pengguna jalan raya.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan memonopoli lorong?

Perbuatan ini ialah memandu secara berterusan di lorong kanan (lorong memotong) tanpa tujuan untuk memotong kenderaan lain, walaupun lorong kiri kosong.

Apakah implikasi akibat perbuatan ini?

– Gangguan Aliran Trafik
– Menyebabkan Kesesakan Lalu Lintas
– Meningkatkan Risiko Kemalangan
– Wujud Konflik antara Pemandu

Apakah hukuman yang bakal dikenakan kepada pemandu yang melakukan perbuatan ini?

Pemandu akan dikenakan hukuman di bawah Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 iaitu kompaun maksimum RM300, manakala sabitan di mahkamah membawa denda sehingga RM2,000 atau penjara.

Apakah tips penggunaan lorong dengan betul?

– Gunakan lorong kanan untuk memotong.
– Kembali ke lorong kiri selepas selesai memotong.
– Amalkan pemanduan berhemah demi keselamatan semua pengguna jalan raya.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai perbuatan ini, sila layari laman web MIROS iaitu https://www.miros.gov.my/.

Baca juga: MyPLUS-TTA: Perkhidmatan Rancang Perjalanan Di Lebuh Raya

Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang
PENULIS