[LIVE] Malaysia vs Nepal – Kelayakan Piala Asia AFC 2027

kelayakan piala afc 2027 asia
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Tengah cari link untuk tonton perlawanan Malaysia vs Nepal bagi perlawanan Piala Asia AFC 2027 pada malam ini?

Untuk makluman, anda boleh tonton perlawanan ini secara langsung di TV Okey & Sukan RTM.

Malaysia bakal membuka tirai kempen kelayakan Piala Asia 2027 dengan misi mencipta permulaan gemilang, apabila melayani kunjungan Nepal dalam aksi pertama Kumpulan F di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri di Johor, Selasa ini.

Perlawanan itu bukan sekadar penanda aras baharu dalam revolusi skuad Harimau Malaya, malah menjadi pentas sulung pengendali dari Australia, Peter Cklamovski mengemudi pasukan negara, sejak diumumkan sebagai ketua jurulatih pada Disember lepas.

Jom kami kongsikan trivia dan link untuk live streaming malam ini.

live kelayakan piala asia 2027 afc malaysia vs nepal

Pengenalan Kelayakan Piala Asia 2027

Cabaran sengit menanti Harimau Malaya pada kempen kelayakan Piala Asia 2027 apabila diundi bersama Vietnam dalam Kumpulan F.

Saingan pusingan ketiga kelayakan kejohanan itu dijadual bermula Mac tahun depan.

Dalam majlis undian yang berlangsung di AFC House, Bukit Jalil hari ini, turut diundi dalam kumpulan sama adalah Nepal dan Laos.

Berdasarkan ranking dunia, Vietnam berada di kedudukan ke-116, Malaysia (132), Nepal (175) dan Laos ke-186.

Berdasarkan rekod pertemuan menentang Vietnam sejak 2016 menyaksikan Malaysia tewas tujuh dan seri satu dalam lapan pertemuan.

Kali terakhir pasukan negara meraih kemenangan adalah pada Disember 2014.

Saingan kumpulan Kelayakan Piala Asia 2027 akan berlangsung secara timbal balik.

Berdasarkan format kejohanan, hanya juara setiap kumpulan akan mengesahkan tempat ke Piala Asia 2027.

live kelayakan piala asia 2027 afc malaysia vs nepal

Malaysia vs Nepal – Kelayakan Piala AFC Asian Cup 2027

Jom sama-sama bagi sokongan padu untuk Malaysia mendapatkan 3 mata penuh menentang Bahrain malam ini!

Info perlawanan :

  • Tarikh : Selasa, 25 Mac 2025
  • Waktu : 10.00 malam
  • Venue : Stadium Sultan Ibrahim

Berikut adalah 27 pemain Sukad Harimau Malaya :

live kelayakan piala asia 2027 afc malaysia vs nepal

Live Streaming Malaysia lwn Nepal – Kelayakan Piala AFC / Asian Cup 2027

Berikut antara link untuk anda tonton perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 secara LIVE pada malam ini:

Siaran percuma:

  1. Sukan RTM (111)
  2. TV Okey (110)
  3. YouTube AFC Asian Cup (Akses VPN)

Siaran berbayar (Astro Go & Sooka):

  1. Astro Arena (801, 803, 804)
  2. Astro Supersport (811 – 813)

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) akan mengadakan Tayangan Skrin Besar perlawanan ini bagi anda yang tidak berkesempatan ke stadium seperti maklumat berikut:

live kelayakan piala asia 2027 afc malaysia vs nepal
Sumber: Jabatan Belia dan Sukan Negara
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut