Tonton Malaysia vs Korea Selatan Piala Asia AFC 2023 [LIVE]

Tengah cari link untuk tonton perlawanan Malaysia vs Korea Selatan malam ini?

Jom sama-sama saksikan aksi terakhir skuad Harimau Malaya di pentas Piala Asia 2023 menentang South Korea pada jam 7.30 waktu Malaysia.

Perlawanan ini boleh ditonton secara live streaming di link rtmklik.rtm.gov.my (link)

Atau boleh juga ditonton melalui siaran Astro Areana, TV Okey & Sukan RTM.

Malaysia vs Korea Selatan AFC Asian Cup 2023

Berdasarkan rekod head-to-head FIFA, Malaysia pernah menang 7 kali, seri 9 kali dan tewas sebanyak 29 kali kepada Korea Selatan.

Kali terakhir kita menang bertemu Korea Selatan adalah pada tahun 1985 dengan keputusan 1-0.

Dan kali terakhir kita bertemu Korea Selatan untuk skuad senior adalah pada 1989.

Daripada 26 pemain Korea Selatan yang dibawa ke Piala Asia kali ini, terdapat 12 pemain mereka yang bermain di Eropah.

  1. Kim Min-jae (Bayern Munich)
  2. Kim Ji-soo (Brentford B)
  3. Hwang In-beom (Red Star Belgrade)
  4. Son Heung-min (Spurs)
  5. Hong Hyun-seok (Gent)
  6. Lee Jae-sung (Mainz)
  7. Hwang Hee-chan (Wolverhampton)
  8. Jeong Woo-yeong (VfB Stuttgart)
  9. Lee Kang-in (PSG)
  10. Yang Hyun-jun (Celtic)
  11. Cho Gue-sung (Midtjyland)
  12. Oh Hyeon-gyu (Celtic)

Terdapat 4 pemain mereka yang berasal dari pasukan Ulsan Hyundai yang pernah bertemu dengan JDT dalam saingan ACL tahun ini .

  1. Jo Hyeong-woo
  2. Jung Seung-hyun
  3. Kim Young-gwon
  4. Seol Young-woo

Kesebelasan utama skuad bimbingan Kim Pan-gon akan dikemaskini nanti.

Semalam, Indonesia berjaya menjaringkan 1 gol di minit terakhir pada pertemuan menentang Jepun yang menyaksikan skuad Sang Garuda itu kalah 3-1.

Adakah Malaysia juga dapat membolisi gawang Korea Selatan? Jom sama-sama bagi sokongan penuh kepada Harimau Malaya!

Live Streaming

Berikut antara link untuk anda tonton perlawan Malaysia vs South Korea pada malam ini:

Siaran percuma

  1. Sukan RTM (111)
  2. TV Okey (110)
  3. YouTube AFC Asian Cup (Akses VPN)

Siaran berbayar (Astro Go & Sooka):

  1. Astro Arena (801, 803, 804)
  2. Astro Supersport (811 – 813)
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!