Introvert: Maksud Introvert & Ciri-Cirinya

Mereka yang pendiam atau pemalu sering dikaitkan dengan introvert namun apakah maksud Introvert?

Mereka ini ini sering disalah anggap sebagai mereka yang kurang bersosial, sombong atau tidak gemar bersama orang lain.

Benarkah anggapan ini?

Maksud Introvert

Introvert ialah seseorang dengan jenis personaliti yang dikenali sebagai introversi atau dalam erti kata yang lain, mereka berasa lebih selesa memfokuskan kepada pemikiran dan idea dalaman mereka, berbanding apa yang berlaku secara luaran.

Mereka juga gemar meluangkan masa dengan hanya satu atau dua orang sahaja, berbanding secara berkumpulan atau beramai-ramai.

Ciri-Ciri Introvert

Mereka yang mempunyai jenis personaliti ini mempunyai 5 ciri utama:

i) Suka Menyendiri

Mereka yang mempunyai jenis personaliti ini lebih cenderung untuk menikmati hobi dan minat secara bersendirian.

Mereka lebih gemar membuat aktiviti seperti membaca buku, berjalan-jalan atau menonton program televisyen.

Namun, ini tidak bermakna mereka mahu bersendirian sepanjang masa dan ramai golongan ini suka menghabiskan masa dengan rakan-rakan dan berinteraksi dengan orang yang dikenali dalam situasi sosial.

Tetapi, mereka mungkin ingin kembali pergi ke tempat yang sunyi untuk berfikir, merenung dan mengecas kembali tubuh dan pemikiran mereka.

ii) Mempunyai Kawan Rapat yang Kecil

Walaupun golongan biasanya tidak suka bersosial, namun mereka gemar mempunyai sekumpulan kecil kawan atau rakan yang benar-benar rapat dengan mereka.

Golongan ini tidak mempunyai kumpulan sosial yang besar dengan individu yang hanya dikenali dalam waktu singkat.

Mereka lebih gemar berada dalam perhubungan yang panjang dan lebih mendalam. 

iii) Mempunyai Kesedaran Diri yang Tinggi

Golongan ini cenderung untuk memikirkan dan memeriksa sesuatu dalam fikiran mereka sendiri.

Kesedaran diri dan pemahaman diri adalah penting bagi mereka.

Oleh sebab itu, mereka sering menumpukan banyak masa untuk mempelajari lebih lanjut tentang diri mereka sendiri.

iv) Gemar Mempelajari Sesuatu Melalui Pemerhatian

Golongan ini suka melihat orang lain melakukan sesuatu secara berulang kali, sehingga mereka merasakan bahawa mereka boleh meniru tindakan itu sendiri.

Apabila mereka belajar daripada pengalaman peribadi, mereka lebih suka berlatih di tempat privasi di mana mereka boleh membina kemahiran dan kebolehan mereka tanpa perlu melakukannya di hadapan orang lain.

v) Orang Lain Sukar Untuk Mengenali

Kebiasaannya, individu yang mempunyai personaliti seperti ini lebih suka memilih kata-kata mereka dengan berhati-hati dan tidak membuang masa atau tenaga untuk berbual-bual tentang perkara yang tidak perlu.

Jika anda seorang yang pendiam dan agak pemalu, anda mungkin seorang yang mempunyai personaliti ini.

Jenis Introvert

Terdapat 4 jenis Introvert iaitu:

  • Social introverts: Introvert “klasik” ini suka kumpulan kecil dan keadaan/situasi yang senyap berbanding di tempat ramai orang. 
  • Thinking introverts: Mereka yang suka mengelamun dan menghabiskan banyak masa dalam pemikiran mereka serta cenderung mempunyai imaginasi kreatif.
  • Anxious introverts: Mencari masa bersendirian bukan disebabkan mereka menyukainya, tetapi juga kerana mereka sering berasa janggal atau malu di sekeliling orang.
  • Restrained/inhibited introverts: Suka berfikir sebelum bertindak dan tidak mungkin membuat keputusan secara sesuka hati. Lazimnya mengambil masa yang lebih lama untuk mengambil tindakan.
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!