Majlis Watikah Pelantikan Pengawas / Pemimpin Muda

Salah satu majlis yang sering diadakan di sekolah setiap tahun adalah Majlis Watikah Pelantikan Pengawas / Pemimpin Muda.

Sudah pasti, untuk melaksanakan majlis atau program ini, para guru akan bertungkus lumus untuk memastikan majlis dan program tersebut diadakan dengan lancar dan baik.

Oleh itu, persiapan perlu dibuat bagi memastikan majlis dan program tersebut dapat dilaksanakan dengan baik.

Buku Program

Salah satu dokumen yang perlu ada ketika program adalah buku program.

Buku program tersebut penting bagi memberikan maklumat kepada hadirin mengenai maklumat secara keseluruhan program tersebut berlangsung.

Buku program ialah sebuah dokumen yang penting dalam sesuatu majlis atau program untuk memaklumkan kepada tetamu yang hadir tentang acara dalam majlis tersebut secara ringkas.

Untuk majlis penyampaian watikah ini, antara maklumat yang perlu dimasukkan dalam buku program ialah:

  • Butiran majlis seperti nama program, tarikh, hari, dan tempat.
  • Pengenalan
  • Objektif program
  • Ahli jawatankuasa
  • Aturcara majlis
  • Senarai nama penerima

Antara contoh buku program yang boleh dijadikan panduan adalah seperti berikut:

Poster

Selain buku program, poster program juga penting untuk memaklumkan kepada umum penganjuran majlis atau program.

Di dalam poster tersebut, antara perkara yang perlu dimasukkan adalah nama program, tarikh, hari, masa, dan tempat program.

Jika majlis tersebut mempunyai perasmi, nama perasmi beserta jawatan perlu dimasukkan bersama.

Sijil Watikah

Sijil watikah pelantikan merupakan dokumen yang mengesahkan pelantikan tersebut kepada mereka yang dilantik.

Di dalam sijil tersebut, nama penerima mestilah dimasukkan beserta dengan tandatangan individu yang berutoriti seperti guru besar atau pengetua.

Tentatif Majlis

Untuk majlis ini, aturcara atau tentatif majlis yang lazimnya dilakukan adalah seperti berikut:

7.30 pagi: Semua guru dan pelajar berkumpul
7.45 pagi: Ketibaan Tuan Pengetua
7.50 pagi: Nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri, dan lagu sekolah
8.00 pagi: Ucapan guru
8.10 pagi: Ucapan Tuan Pengetua
8.30 pagi: Penyampaian sijil watikah pelantikan
8.45 pagi: Ikrar Pengawas
8.50 pagi: Sesi fotografi
9.00 pagi: Bersurai

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!