Portal VIBES 2.0 kini memudahkan veteran ATM mengurus pelbagai urusan secara online.
Pengguna boleh terus melayari laman rasmi di https://vibes.jhev.gov.my/portal/ atau login melalui https://vibes.jhev.gov.my/portal/login.asp.
Untuk akses lebih cepat di telefon pintar, aplikasi mudah alih juga boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play Store dan Apple App Store.
Apa itu VIBES 2.0
VIBES 2.0 (Veteran Integrated Benefit System 2.0) ialah aplikasi mudah alih rasmi yang dibangunkan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) bagi memudahkan urusan veteran ATM.
Aplikasi ini berfungsi sebagai platform sehenti yang menghubungkan veteran dengan pelbagai perkhidmatan kerajaan dan agensi berkaitan, termasuk akses kepada maklumat faedah, bantuan, dan program khas untuk golongan veteran.
Dengan reka bentuk mesra pengguna, VIBES 2.0 memastikan setiap veteran dapat mengakses perkhidmatan dengan mudah, cepat, dan selamat terus dari telefon pintar.
Melalui aplikasi ini, veteran dapat mengurus keperluan mereka tanpa perlu hadir ke kaunter, sekaligus menjimatkan masa dan memudahkan urusan harian.
Fungsi VIBES 2.0
Aplikasi VIBES 2.0 menawarkan pelbagai fungsi utama yang direka untuk memenuhi keperluan veteran ATM.
Aplikasi ini bukan sahaja menjadi platform sehenti untuk perkhidmatan atas talian, malah ia dilengkapi dengan ciri mesra pengguna, selamat, dan mudah diakses pada bila-bila masa. Antara fungsi utama VIBES 2.0 ialah:
- KEMASKINI MAKLUMAT VETERAN
- Veteran boleh mengemas kini maklumat keluarga, alamat, akaun bank, serta dokumen penting.
- Termasuk juga maklumat pendidikan dan kemahiran bagi memudahkan peluang kerjaya.
- SEJARAH TRANSAKSI
- Membolehkan semakan rekod transaksi bayaran terdahulu dengan lebih mudah dan telus.
- PENYATA PENCEN
- Veteran boleh mengakses penyata pencen bulanan semasa tanpa perlu hadir ke pejabat.
- PELUANG KERJAYA
- Sediakan akses untuk memohon pekerjaan serta menyemak status permohonan.
- PELUANG KURSUS
- Tawaran kursus bersesuaian disediakan, dengan fungsi permohonan dan semakan status secara terus.
- PERUBATAN
- Memohon serta memantau status permohonan faedah perubatan dengan lebih cepat.
- KEBAJIKAN
- Permohonan bantuan kebajikan boleh dibuat terus melalui aplikasi, termasuk semakan status kelulusan.
- BANTUAN MENGURUS JENAZAH & FAEDAH PERSARAAN
- Kemudahan untuk mengurus permohonan bantuan berkaitan urusan jenazah veteran, selain faedah persaraan yang disediakan.
- MODUL TAMBAHAN LAIN
- Pentadbiran: pengurusan maklumat rasmi.
- Kewangan: akses kepada bantuan kewangan tertentu.
- Persatuan: maklumat berkaitan pertubuhan veteran.
- Aduan: saluran untuk membuat laporan atau aduan berkaitan perkhidmatan.

Cara Daftar & Log Masuk VIBES 2.0
A. Cara Mendaftar Akaun (Pengguna Kali Pertama)
- Layari Portal VIBES 2.0 di pautan berikut: https://vibes.jhev.gov.my/portal/.
- Pada halaman utama, cari dan klik pada butang “Daftar Pengguna”.
- Pilih kategori yang sesuai dengan status anda (contoh: Veteran ATM / Waris).
- Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dengan betul dan tepat. Ini termasuk nombor kad pengenalan, nombor tentera (jika ada), nama penuh dan maklumat peribadi lain.
- Selepas mengisi semua maklumat, klik butang “Semak” untuk memastikan semua data yang dimasukkan adalah betul.
- Tanda persetujuan pada “Terma dan Syarat” dengan mengisi (/) pada kotak yang disediakan.
- Jika pendaftaran berjaya, anda akan menerima notifikasi melalui emel yang mengesahkan pendaftaran akaun anda.


B. Cara Log Masuk ke VIBES 2.0
- Setelah berjaya mendaftar, anda boleh log masuk https://vibes.jhev.gov.my/portal/login.asp
- Masukkan Nombor Tentera atau Nombor Kad Pengenalan anda & Kata Laluan yang telah anda daftarkan.
- Pastikan semua maklumat yang dimasukkan adalah betul.
- Klik butang “Log Masuk” untuk mengakses akaun anda.

Kemaskini Maklumat Peribadi
- Muat Naik Dokumen: Anda mungkin perlu memuat naik dokumen-dokumen berikut untuk pengesahan:
- Jika anda menghadapi masalah untuk mengemaskini maklumat, hantarkan aduan anda beserta dokumen yang diperlukan ke ruangan aduan yang disediakan.

Cara Reset Kata Laluan

- Klik pada pautan “Lupa Kata Laluan” di halaman log masuk.
- Masukkan nombor tentera atau kad pengenalan yang didaftarkan.
- Ikut arahan yang diberikan untuk menetapkan semula kata laluan anda.
NOTA: Kata laluan mesti mempunyai sekurang-kurangnya 8 aksara. (Menggunakan
gabungan aksara Huruf Besar, Huruf Kecil, Angka dan Simbol)
Manual Panduan Pengguna

Muat Turun Aplikasi VIBES 2.0
Dapatkan akses mudah ke semua perkhidmatan veteran ATM melalui aplikasi mudah alih VIBES 2.0. Muat turun secara percuma di:
- Google Play Store : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.vibes2mobile&hl=en
- Apple Apps Store : https://apps.apple.com/th/app/vibes-2-0-jhev-atm/id6450982354
Nikmati kemudahan mengurus faedah, pencen, kebajikan, kesihatan, kerjaya dan banyak lagi hanya di hujung jari anda.
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui lebih banyak informasi tentang VIBES 2.0, anda boleh melayari Laman Web Rasmi VIBES 2.0 di pautan: https://vibes.jhev.gov.my/portal/.
Portal ini menyediakan pelbagai panduan, berita terkini, dan maklumat lengkap mengenai perkhidmatan yang ditawarkan kepada veteran ATM.
Bagi mendapatkan bantuan secara langsung berkaitan VIBES 2.0, anda boleh menghubungi atau terus mengunjungi pejabat JHEV yang berdekatan.
Untuk kemas kini dan pengumuman rasmi, pastikan anda mengikuti akaun Facebook JHEV ATM supaya tidak terlepas sebarang maklumat penting.
Soalan Lazim
Anda perlu layari portal rasmi vibes.jhev.gov.my, klik Daftar Pengguna, kemudian isi maklumat seperti No. MyKad, No. Tentera, alamat e-mel, nombor telefon dan maklumat lain yang diperlukan. Selepas pendaftaran dihantar, pengesahan akan diterima melalui e-mel.
Veteran atau waris perlu memuat naik dokumen sokongan seperti salinan MyKad, dokumen perkhidmatan, serta dokumen berkaitan bank. Semua dokumen hendaklah dalam format yang diterima dan bersaiz tidak melebihi 10MB.
Selepas akaun didaftarkan dan diaktifkan, anda boleh log masuk dengan memasukkan ID Pengguna, Kata Laluan, dan Kod Pengesahan di laman rasmi vibes.jhev.gov.my. Pastikan kata laluan anda sekurang-kurangnya 8 aksara dengan kombinasi huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol.
Klik pada pautan Lupa Kata Laluan di halaman log masuk. Masukkan ID Pengguna, dan sistem akan menghantar pautan set semula kata laluan ke alamat e-mel berdaftar. Anda boleh menetapkan kata laluan baharu melalui pautan tersebut.
Ya. Waris kepada veteran ATM juga boleh membuat pendaftaran di portal VIBES 2.0 dengan mengisi maklumat diri serta maklumat veteran. Proses pengesahan dan muat naik dokumen sokongan juga diperlukan sebelum akaun diaktifkan.
Semak e-mel untuk pengaktifan akaun. Jika masih bermasalah, anda boleh menggunakan menu Aduan dan Maklum Balas di portal atau hubungi pejabat JHEV terdekat untuk bantuan.