Login STR 2026 untuk permohonan baru dan kemaskini boleh dilakukan bermula 13 Oktober 2025 di portal rasmi mySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
Selain itu, anda juga boleh semak status dan claim bayaran STR Fasa 4 bagi tahun 2026 portal yang sama. STR Fasa 4 akan dibayar mulai 18 Oktober 2025 di bank akaun masing-masing atau tebus tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN).
Tarikh ini diawalkan khas sempena sambutan perayaan Deepavali, berbanding jadual asal yang dijadualkan pada bulan November 2025.
Rujuk tatacara login STR, permohonan baru STR, kemaskini STR, daftar mySTR dan info lain berkaitan STR 2026 (Sumbangan Tunai Rahmah) di bawah.
Apa itu STR?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2026) ialah bantuan kewangan kerajaan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan kos sara hidup.
Ia kesinambungan BPR dan BSH, dengan peruntukan RM13 bilion pada 2025, memberi manfaat kepada 9 juta rakyat atau 60% penduduk dewasa.
STR diiringi dengan inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA), iaitu kredit pembelian barangan keperluan asas yang diberikan secara bulanan.

STR 2026 disasarkan kepada:
- Isi rumah berpendapatan bulanan bawah RM2,500 atau antara RM2,501 hingga RM5,000.
- Warga emas tiada pasangan berpendapatan ≤ RM5,000.
- Individu bujang berpendapatan ≤ RM2,500 yang menepati kriteria kelayakan (bukan pelajar sepenuh masa).
- Program ini juga memperluas perlindungan kepada komuniti dalam eKasih dan golongan rentan yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Dalam Belanjawan 2026, beberapa perubahan signifikan dalam pelaksanaan STR diumumkan sebagai berikut:
- Jumlah keseluruhan peruntukan STR dan SARA ditingkatkan kepada RM15 bilion, menunjukkan komitmen kerajaan meringankan beban rakyat meskipun dalam tekanan ekonomi.
- Semua penerima STR akan menerima SARA sebanyak RM100 sebulan tambahan mulai tahun 2026 untuk pembelian barangan keperluan.
- Penerima yang tersenarai dalam pangkalan data e-Kasih layak menerima SARA sehingga RM200 sebulan.
- Isi rumah berpendapatan rendah dengan lima anak berpotensi menerima gabungan STR dan SARA sehingga RM4,600 setahun.
- Bantuan tunai STR dikurangkan sebanyak RM300 bagi semua kategori isi rumah, tetapi SARA dinaikkan sebanyak RM300, memastikan jumlah keseluruhan bantuan adalah seimbang.
- Bagi isi rumah miskin tegar dalam pangkalan e-Kasih, mereka akan terus menerima tambahan kredit SARA sehingga RM1,200, menjadikan keseluruhan bantuan kredit barangan keperluan sehingga RM2,400 setahun.
- Warga emas bujang berpendapatan bawah RM5,000 akan mengekalkan kadar STR sebanyak RM600 dengan peningkatan SARA daripada RM450 kepada RM600 setahun.
- Individu bujang di bawah 60 tahun tidak lagi menerima STR tunai, sebaliknya menerima bantuan dalam bentuk kredit SARA sebanyak RM600 setahun.
- Bayaran STR Fasa 4 bagi tahun 2025 (penyaluran 2026) akan diawalkan ke 18 Oktober 2025 sempena Deepavali, berbanding jadual asal bulan November.

BACA JUGA: STR Bujang 2026 Digantikan Dengan SARA RM600
Tarikh Permohonan STR 2026
Permohonan STR 2025 adalah dibuka sepanjang tahun.
Permohonan Baru STR 2026 & Kemaskini untuk Fasa 1
Manakala, permohonan baharu dan kemas kini kelayakan untuk STR 2026 Fasa 1 boleh dibuat mulai 13 Oktober 2025 hingga 28 November 2025.
Tempoh ini adalah tarikh penting untuk pemohon memastikan maklumat STR mereka terkini dan lengkap bagi kelulusan bantuan fasa pertama.

Ini bermaksud, permohonan atau kemas kini yang dibuat sebelum atau pada 28 November 2025 akan diproses dan dinilai untuk pembayaran Fasa 1 tahun 2026.
Sekiranya permohonan dibuat selepas tarikh ini, ia masih boleh diteruskan kerana permohonan STR dibuka sepanjang tahun, tetapi kelulusan dan pembayaran hanya akan diproses untuk fasa atau pusingan seterusnya yang ditetapkan kemudian.
Kadar Bayaran STR & SARA 2026 Bagi Setiap Kategori
Berikut adalah kadar bayaran bagi STR 2026 untuk setiap jenis kategori:

Syarat-syarat Permohonan Setiap Kategori
Pemohon layak memohon STR 2026 sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
A. Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; dan - Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
B. Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak
mempunyai anak yang menepati syarat; dan - Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
C. Bujang
- i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak
mempunyai anak yang menepati syarat; dan - Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Cara Permohonan STR 2026
Permohonan STR 2026 boleh dibuat melalui dua cara iaitu;
- Melalui Portal STR 2026 di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my atau;
- Secara manual dengan pengemukaan borang ke pejabat HASiL berdekatan anda.
Sila rujuk panduan pengguna bagi tatacara untuk membuat permohonan STR 2026
Pemohon yang perlu membuat Permohonan Baharu STR 2026 adalah seperti berikut:
- Individu atau isi rumah yang belum pernah membuat permohonan STR sebelum ini (pemohon baharu).
- Mereka yang tidak tersenarai sebagai penerima STR tahun sebelumnya dan ingin mendapatkan bantuan untuk tahun 2026.
- Individu atau isi rumah yang telah mendapat status “Tidak Layak” selepas semakan STR sebelumnya, perlu membuat permohonan baharu jika ingin dipertimbangkan semula.
Mulai 15 Oktober, pengguna boleh log masuk portal mySTR menggunakan akaun sedia ada.
Permohonan STR 2026 Online – Melalui Portal MySTR
Untuk memohon melalui Portal STR 2026, sila rujuk langkah-langkah berikut:
- Layari Portal STR 2026 di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my.
- Klik butang “Permohonan Baharu”.
- Pilih sama ada ingin meneruskan permohonan dengan MyDigital ID (imbas kod QR) atau klik ‘Ya, Teruskan’ untuk permohonan biasa tanpa MyDigital ID
- Lengkapkan maklumat pemohon isikan nombor MyKad anda dan tekan butang “Semak” untuk pengesahan awal.
- Isi semua maklumat peribadi, maklumat tanggungan, pendapatan, maklumat bank dan alamat emel yang diperlukan dalam borang permohonan.
- Muat naik dokumen sokongan seperti salinan MyKad, sijil nikah, sijil kelahiran anak, bukti pendapatan atau dokumen berkaitan sekiranya diminta.
- Sekiranya Pemohon berstatus Kahwin, sila muat naik dokumen sijil perkahwinan atau sila kemukakan sijil perkahwinan asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Sekiranya Pemohon berstatus Cerai, sila muat naik dokumen sijil cerai atau sila kemukakan sijil cerai asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Sekiranya Pemohon berstatus Kematian Pasangan, sila muat naik sijil kematian pasangan atau sila kemukakan sijil kematian asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Buat pengesahan dan tandakan kotak persetujuan sebelum menghantar permohonan.
- Hantar permohonan dan simpan nombor rujukan permohonan selepas berjaya dihantar untuk semakan status kemudian hari.
Rujuk dan muat turun PDF panduan permohonan baharu STR 2026 di bawah:
Permohonan Baru STR 2026 Secara Manual
Pemohon boleh muat turun Borang BK-01 untuk permohonan STR 2026. Kaedah penghantaran borang STR 2026 yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan boleh:
- Diserahkan ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL; atau
- Penghantaran secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima ke alamat:
- Peti Surat STR, GPO Shah Alam, 40800 Shah Alam, SELANGOR ; atau
- Sekretariat STR, Pejabat STR, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia, Presint 2, 62592 PUTRAJAYA
- Nota : Penghantaran borang secara faks dan e-mel adalah tidak diterima
Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:
| Individu | Jenis Dokumen |
|---|---|
| Pemohon | Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah; atau Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pemohon berumur 19 – 20 tahun pada tahun 2026 |
| Pasangan | Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan |
| Anak | Anak Kandung: i. Salinan Sijil Lahir; dan ii. Salinan MyKad / MyKid Anak Angkat: i. Salinan MyKad / MyKid; dan ii. Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN |
NOTA:
- Permohonan STR 2026 Fasa 1 dibuka bermula 13 Oktober 2025 sehingga 28 November 2025.
- Pastikan semua maklumat diisi lengkap dan betul untuk mengelakkan permohonan ditolak.
- Permohonan juga boleh dibuat di kaunter LHDN atau Pusat Khidmat Hasil jika menghadapi masalah akses online.
- Anda WAJIB daftar akaun MySTR baharu walaupun pernah mohon STR sebelum ini.
BACA JUGA: Permohonan STR 2026 – Syarat Kelayakan & Cara Mohon
Login STR 2026
Log Masuk ke akaun hanya boleh dilakukan menggunakan Log Masuk sedia ada bermula 15 Oktober 2025. Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my/ untuk log masuk.

Menu Log Masuk MySTR merupakan kemudahan secara dalam talian untuk kemas kini permohonan dan semakan STR 2026 bagi pemohon yang telah mendaftarkan akaun MySTR 2026.
Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam. Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi Pejabat LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
MUAT TURUN PDF PANDUAN PENDAFTARAN DAN LOGIN STR 2026:
Kemaskini Maklumat
Anda boleh tambah maklumat akaun bank sendiri atau pasangan jika tiada maklumat itu dalam borang permohonan STR 2026.
Maklumat akaun bank juga boleh dikemas kini jika bayaran STR fasa terkini tidak dimasukkan ke akaun bank anda atau pasangan.
Siapa Perlu Kemaskini Maklumat?
Sekiranya permohonan anda wujud di portal STR, anda:
- perlu mengemas kini permohonan sekiranya mempunyai perubahan maklumat;
- perlu mengemas kini permohonan sekiranya tidak pernah dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BKM 2022, STR 2023, 2024 dan 2025 untuk elakkan permohonan tidak dipertimbangkan;
- tidak perlu kemas kini permohonan sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat;
- tidak perlu kemas kini permohonan bagi pemohon kategori Warga Emas dan Pedalaman sekiranya tiada perubahan maklumat.
- Walau bagaimanapun sekiranya semakan permohonan anda tidak wujud di Portal STR, anda perlu membuat permohonan baharu
Jangan lupa kemaskini maklumat STR anda bermula 13 Oktober 2025 hingga 28 November 2025 untuk mendapat kelulusan STR FASA 1 2026.
MUAT TURUN PDF PANDUAN KEMASKINI MAKLUMAT STR 2026:
Cara Semakan Status STR 2026
Semakan status STR 2026 secara online boleh dibuat melalui pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Sila log masuk akaun anda, dan pilih menu “Semakan Permohonan”.
Sekiranya belum mempunyai akaun STR, anda boleh buat permohonan baharu. Klik “Permohonan Baru” di halaman utama portal Sumbangan Tunai Rahmah.
Atau, anda boleh juga hubungi talian di bawah untuk membuat semakan permohonan dan status bayaran STR:
- Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hadir ke Pejabat LHDNM yang berhampiran
Status terkini akan dipaparkan seperti berikut:

Kaedah Pembayaran STR 2026
Penerima bantuan ini boleh mendapatkan bayaran tersebut melalui dua cara iaitu:
- Walk In ke Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) : Bagi yang tidak memiliki akaun bank, bayaran boleh dituntut di cawangan BSN.
- Pengkreditan ke Akaun Bank : Wang bantuan akan dimasukkan terus ke dalam akaun penerima atau pasangan.
STR Fasa 4 akan mula dibayar kepada penerima secara berperingkat mulai 18 Oktober 2025 (Sabtu).
Untuk mendapat kelulusan dan bayaran STR 2026 Fasa 1, sila lakukan permohonan baru dan kemaskini sebelum 28 November 2025.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat terkini dan pantas berkenaan STR 2026, anda boleh layaran saluran berikut:
- Facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
- Perincian Belanjawan 2026
- Laman web rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Soalan Lazim Login STR 2026
MySTR login ialah akses ke portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my untuk membuat semakan status, permohonan baharu serta kemas kini maklumat STR. Pengguna perlu masukkan nombor MyKad dan kata laluan yang didaftarkan.
Klik “Daftar Akaun Baharu” di portal, masukkan nombor MyKad dan e-mel aktif, lalu sahkan akaun melalui emel/SMS. Set kata laluan dan soalan keselamatan untuk lengkapkan pendaftaran.
Klik “Terlupa Kata Laluan”, masukkan nombor MyKad, dan ikut arahan untuk dapatkan kata laluan baharu melalui pengesahan emel/SMS.
Ya, portal MySTR mesra peranti mudah alih dan boleh diakses melalui pelayar internet telefon pintar.
Ya, penerima sedia ada diwajibkan daftar akaun MySTR baharu bagi permohonan STR 2026. Akses lama boleh digunakan semula bermula 15 Oktober 2025.
Log masuk ke portal MySTR, pilih menu “Semakan Status”, dan status kelulusan serta jadual pembayaran akan dipaparkan.
Salinan MyKad pemohon, pasangan, sijil perkahwinan, dokumen pendapatan dan sokongan lain jika perlu.
Ya, selain online, permohonan boleh dibuat di cawangan LHDN, Pusat Khidmat Hasil, atau UTC.
Pemohon pertama kali atau mereka yang gagal kelayakan tahun sebelum perlu buat permohonan baharu secara online atau manual.
Permohonan baharu dan kemas kini kelayakan untuk STR 2026 Fasa 1 boleh dibuat mulai 13 Oktober 2025 hingga 28 November 2025.