Lesung Pipit: 8 Fakta Yang Tak Ramai Orang Tahu

Lesung pipit menjadi lambang kecantikan yang unik bagi sesetengah orang. Bahkan sehingga ada yang sanggup dan tertarik untuk melakukan pembedahan semata-mata untuk mendapatkan ia di wajah.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda fakta dan informasi mengenai lesung pipit yang pasti mengejutkan dan tidak ramai orang tahu.

Baca juga:

Apa itu lesung pipit?

lesung pipit

Lesung pipit adalah lekukan kecil yang terdapat pada pipi. Ia boleh dilihat sama ada pada satu bahagian atau kedua-dua belah pipi.

Walaupun keunikan ini nampak biasa, tetapi tahukah anda hanya 20% manusia di dunia ini mempunyai lesung pipit!

Jenis lesung pipit

lesung pipit

Terdapat beberapa jenis dimples yang perlu anda ketahui. Berikut adalah penjelasannya:

1. Long dimples

Long dimples adalah jenis yang berbentuk veritkal dan terletak pada sisi kanan atau kiri pipi dengan ukuran yang panjang.

2. Lesung pipit atas

Lesung pipi atas terletak pada bahagian atas pipi muka atau lebih tepat di bahagian tulang pipi.

Dari segi bentuk, ia memiliki bentuk yang horizontal atau sedikit serong ke arah bahagian atas wajah.

3. Mouth corner dimples

Mouth corner dimples adalah jenis lesung pipit yang boleh anda lihat pada bahagian sudut bawah mulut atau lebih tepat berdekatan dengan dagu.

Saiz ukurannya pula sangat kecil jika hendak dibandingkan dengan jenis-jenis yang lain.

4. Lesung pipit tengah

Lesung pipit tengah atau juga dikenali sebagai central cheek dimples terletak pada bahagian tengah pipi.

Ukurannya lebih kecil daripada long dimples, tetapi lebih besar daripada mouth corner dimples.

5. Lesung pipit pada dagu

Lesung pipi pada dagu, atau chin dimples merupakan jenis lesung pipi yang umumnya berbentuk vertikal. 

Chin dimples biasanya akan tampak membelah dagu, kerana ia terletak pada bahagian tengah dagu. 

Ada sesetengah mitos yang mengatakan semakin berusia seseorang maka akan semakin jelas dimples jenis ini kelihatan.

Macam mana boleh terbentuk?

Ia terbentuk akibat dari perubahan otot di muka yang dipanggil zygomaticus major. Otot utama zigomatik terlibat dalam ekspresi muka.

Ia bertanggungjawab untuk menaikkan sudut mulut anda apabila anda tersenyum. Namu begitu, dimples ini juga boleh hilang.

Mungkin ia jarang-jarang berlaku, tetapi ia boleh berlaku bergantung kepada beberapa faktor seperti berat badan, proses penuaan dan struktur muka yang berubah.

Keistimewaan ada dimples pada muka

Banyak orang menganggap lesung pipit memiliki daya tarikan tersendiri. Berikut adalah antara keistimewaan yang dikaitkan dengannya:

1. Muka kelihatan lebih muda

Mereka yang memiliki lesung pipit sering dikaitkan dengan berwajah “baby face”. Ia dibuktikan lagi dengan kenyataan saintis yang mengakui bahawa orang yang memiliki lesung pipit kelihatan lebih mudah

2. Senyuman lebih menawan

Dimples muncul ketika seseorang tersenyum atau tertawa. Ini boleh membuatkan senyuman anda terlihat lebih menarik dan ceria.

3. Buat ramai orang tertarik

Dalam beberapa budaya, dimples dianggap sebagai simbol keindahan atau kecantikan yang unik.

Hal ini membuatnya menjadi nilai tambah dalam dunia fasyen dan industri hiburan.

4. Menyebarkan aura keceriaan

Setiap kali seseorang yang memiliki dimples tersenyum pasti ianya membawa keceriaan kepada orang yang melihatnya.

5. Karakter yang ramah

Dimples sering dikaitkan dengan kesan ramah dan ceria. Orang yang memiliki dimples cenderung terlihat lebih hangat, ramah, dan mudah tersenyum, yang dapat membuat interaksi sosial menjadi lebih menyenangkan.

ML Studios

Hukum buat pembedahan muka

Hukum bagi sesiapa yang mencipta dimples melalui kaedah pembedahan atau bertindik bagi tujuan kecantikkan adalah haram.

Ini berdasarkan hadis  bahawa Nabi SAW bersabda:

لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ

Maksudnya: “Allah melaknat  orang yang membuat tatu  dan yang meminta dibuat tatu, wanita-wanita yang mencukur alis  (bulu kening) dan orang yang meminta mencukur kening dan orang yang mengasah gigi untuk kecantikan yang (semua itu)  mengubah ciptaan Allah  SWT.”(Hadis Riwayat Muslim, No. 2125)

Ia dilarang dan berdosa kerana pembuatan tersebut telah mengubahsuai ciptaan Allah serta terdapat juga unsur penipuan terhadap kecantikan wajah yang bukan asli.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan lesung pipit ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk

Sumber:

  1. Why Do Some People Have Cheek Dimples? Healthline
  2. Al-Kafi #1744: Hukum Cipta Lesung Pipit Buatan. Mufti Wilayah Persekutuan
  3. How Are Dimples Formed? Vinmec
Bantu kami share artikel ini: